Disaat aku,
perlukan dirinya,
disaat itu juga,
dia menjadi penyelamatku..🍁🍁🍁
Rambut gadis itu di ikat satu. Lalu masuk ke dalam gudang lama di hujung bandar cyber raya. Pakaiannya santai sahaja.
Namun tanpa dia sedar ada seseorang mengikutinya dari belakang secara senyap-senyap.Lalu dia mendekati Shaza yang sedang menikmati sup lobak merah. Rambut adik kesayangannya diusap sayang.
"Macam mana?" soal si kakak lembut.
Shaza senyum penuh makna.
"Semua dah settle" jawab Shaza lantas menghirup sup kegemarannya.
Si kakak tersenyum sinis.
"Welcome to the game ejen muda sekalian" ucapnya sinis.
🍁🍁🍁
Four legends, Tapops dan para ejen muda menelan liur kasar sebaik sahaja merek semua sampai di gudang yang agak usang di hujung bandar Cyber raya.
"Betul ke sini?" soal Lyza inginkan kepastian. Sungguh dia tidak percaya masih ada gudang usang yang lama sebegini di cyber raya yang maju seperti sekarang.
Rai hanya diam. Matanya melilau sekeliling. Takut ada perangkap lain. Siapa tahukan?.
"Hm, rasanya ya" jawab Daha. Dia sendiri tidak berapa berani mahu memasuki gudang lama itu. Seram.
Ejen muda yang lain hanya mendiamkan diri. Lagipun ini pertama mereka semua bekerjasama dan pertama kali menghadapi situasi sebegini.
"Rai cuba guna iris kau" arah Anna.
Rai mengangguk faham. Lalu mengimbas keadaan gudang tersebut menggunakan iris untuk mendapatkan maklumat soal selok belok gudang lama tersebut.
"Gudang ni ada enam bilik. Dua bilik dihuni oleh musuh kita dan satu lagi ada mayat lama kalau tak silap aku. Tempat kita nak masuk ada tujuh belas perangkap tapi pintu yang dibelakang sebarang perangkap dan selamat untuk kita masuk" kata Rai dengan teliti sekali.
Anna mengangguk faham.
"Moon, Iman dan Bulat korang tunggu dekat sini, kalau dalam masa satu jam kami tak keluar dapatkan bantuan dari akademi, faham?" tegas arahan Kapten Kaizo.
"Faham kapten!" serentak Iman, Moon dan Bulat.
"Mika, Roza dan Alicia aku nak kau cari mana Ali dan Rudy, kalau dah jumpa guna alat ni untuk bagitahu kami" jelas Rai pula lalu memberikan sejenis alat berkomunikasi untuk mereka bertiga.
"Baik!" serentak Mika, Roza dan Moon.
"Chris dan Jet aku nak kau jaga laluan masuk kami semua faham?" Kali ni giliran Anna memberikan arahan.
Chris dan Jet mengangguk faham.
🍁🍁🍁
"Tikus-tikus dah masuk perangkap ye" lembut Shaza berkata.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] Dia Penyelamatku Season 2 [RULI]✅
Fanfiction[ROMBAKAN DIA PENYELAMATKU BOOK 2] Dua tahun telah berlalu dengan pantas. Khai dan Shidah juga sudah bebas daripada hukuman. Namun, dendam di hati tidak pernah padam selama dua tahun itu. Apa yang pasti Khai kembali ke akademi dengan satu misi. Mis...