Disaat aku,
perlukan dirinya,
disaat itu juga,
dia menjadi penyelamatku..🍁🍁🍁
Kek red velvet di atas meja ku pandang penuh teruja. Aku tidak tahulah bagi Rudy rasanya macam mana. Tapi dari cara Rai dengan Anna. Nampak macam sedap. Haraplah menjadi idea mereka berdua.
Bunyi pintu dibuka menandakan Rudy sudah pulang. Aku memandang Rudy dengan senyuman.
"Hai sayang, sini aku ada buat kek kegemaran kau" kataku dengan senyuman.
Rudy mengeluh. Kata-kata daha masih lagi terngiang-ngiang ditelinganya sedari tadi.
"Cuba kau tanya dia, mungkin apa yang kau nampak hanyalah salah faham. Mana lah tahu apa yang kau nampak tak seperti mana yang kau fikirkan. Ingat Rudy dua tahun lalu kau pernah hampir nak kehilangan dia"
"Rudy.. Rudy.. Kau dah sampai mana tu?" soal ku geram. Sedari tadi aku memanggilnya tiada sahutan.
Rudy tersentak.
"Ye, aku dengar. Mana kek tu?" soal Rudy.
Sekurangnya dia menghargai apa yang dibuat oleh Ali. Nampak sangat, dia mahu memperbaiki hubungan mereka.
"Ni dia" lalu menyuap ke dalam mulut Rudy.
Rudy gelak kecil lalu mengusap lembut pipi Ali.
"Sedap. Beli ke buat hm?" soal Rudy perli.
Yelah, selalu Ali akan beli jika makanan yang bernama kek. Memandangkan Evy tiada jadi tak mustahil Ali kesayagannya ini membeli.
"Beli? aku buat dengan Rai lah. Anna pun tolong tau" kataku bangga.
Gila kau tak. Selalu aku upah Evy untuk membuat kek red velvet. Namun berbeza untuk kali ini. Aku sendiri yang membuatnya.
Rudy curiga. Seakan tidak percaya. Agak mustahil untuk Ali buat sebab dia pernah kata buat kek benda paling susah dari misi. Kau rasa?.
"Yeke kau buat? bukan kau pernah kata ke buat kek lagi susah dari menjalankan misi hm?" soal Rudy. Err.. Macam mengungkit je?.
Aku mengembungkan pipi ku geram.
"Sudahlah tak percayalah tu!" kataku nada seakan merajuk. Kedua tanganku disilangkan.
Protes.
Rudy gelak besar. Comel betul!.
"Alolo.. Dia merajuk pulak. Yelah, aku percaya kau buat semua ni untuk aku. Terima kasih sayang" kata Rudy lembut.
Mungkin betul kata Daha semua tu salah faham. Biarlah, dia sudah berlalu pun. Sekarang masa untuk pulihkan semula.
Aku senyum lega. Berjaya jugak. Ingatkan gagal tadi.
"Rudy maafkan aku kalau aku ada sakitkan hati kau tanpa sedar. Jujurnya aku tak tahu kalau aku ada sakitkan hati kau" pohonku. Kedua tangan Rudy ku genggam erat.
Rudy senyum memandang Ali penuh sayang.
"Aku pun sayang, maafkan aku sebab jauhkan diri dari kau. Maaf sebab marahkan kau. Maaf sayang aku abaikan kau dua tiga hari ini" Ujar Rudy.
Aku senyum manis. Pipi Rudy ku usap lembut.
"Aku.. Sayang kau landak!"
"Aku pun ejen lembik!"
Dan kami berdua ketawa besar.
Bahagia pada malam itu.Dalam perhubungan,
jika meninggikan ego,
pasti akan adanya kehilangan,
jadi.. Buang ego mu,
dan terus menyayangi dia,
seperti dia menyayangi mu.. - Rai.TBC..
Hye minna~
mohon abaikan segala typo,
vote jika best and komen bila perlu.Done for this chapter.
Maaf kalau hambar. Maaf kalau dah tak best macam dlu. Rai cuba sedaya upaya Rai.So, ok tak chapter ni? sweet tak? huwaa.. ak failed bab ni😭 im sorry guys.
Agak² ada tak konflik lagi? ada tak scene sedih? scene kejam? spam comment&vote!!.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] Dia Penyelamatku Season 2 [RULI]✅
Fanfiction[ROMBAKAN DIA PENYELAMATKU BOOK 2] Dua tahun telah berlalu dengan pantas. Khai dan Shidah juga sudah bebas daripada hukuman. Namun, dendam di hati tidak pernah padam selama dua tahun itu. Apa yang pasti Khai kembali ke akademi dengan satu misi. Mis...