Disaat aku,
perlukan dirinya,
disaat itu juga,
dia menjadi penyelamatku..🍁🍁🍁
Setelah hampir seminggu menjalankan misi kini tiba masanya semua ejen muda M.A.T.A. merehatkan diri mereka daripada sebarang misi.
Itu pun kerana kerjasama antara Kapten Kaizo dan Rai Elendra yang memohon cuti daripada ketua-ketua teras.
Walaupun pada dasarnya mereka berdua tidak sehaluan namun pada masa yang sama mereka berdua memikirkan hal ejen muda yang lain.
Dan itu sangat dihargai serta dikagumi oleh semua ejen muda M.A.T.A yang lain
Disebabkan kesemua ejen di dalam mood bercuti. Kelihatan masing-masing sedang sibuk melakukan kerja sendiri. Di satu sudut di ruang akademi M.A.T.A. kelihatan Alicia sedang ralit membaca buku sambil mendengar lagu.
Moon dan Iman pula sedang rancak berborak. Sesekali mereka ketawa. Entah apa yang lawaknya pun tidak tahulah.
Manakala Jet dan Chris pula sedang beradu tenaga. Sesekali mereka tergelak akan kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Si raja segala makan pula sedang enak menjamu selera. Mentang-mentanglah misi tiada boleh mereka enak makan dan bersantai indah di sofa yang empuk lagikan aman itu.
"Bestnya kalau hari-hari macam ni kan Bulat?" kata Gopal sambil menikmati burgernya.
"Haah, aku setuju. Nikmatnya hidup" balas Bulat yang sedang menikmati spagetinya.
"Korang! Ada hari Karnival lah di bandar cyber raya" jeritan Lyza membuatkan kesemua ejen muda memandangnya.
Lalu merampas telefon milik salah seorang ahli four legends."H-hye!" jerit Lyza tidak berpuas hati IPhonennya dirampas oleh Rudy.
"16 ogos 2018" kata Rudy membaca tarikh tersebut.
"Esok! jomlah pergi wei" ajak Moon teruja.
"Kita kan tengah cuti dari misi, jomlah have fun kejap" tambah Mika pula.
Teruja gila. Tak sabar rasanya. Sudah sekian lama kesemua ejen muda M.A.T.A. tidak meluangkan masa bersama. Maklum saja masing-masing sibuk dengan misi yang diberi.
"Aku setuju! dah lama kita tak luang masa bersama-sama kan?" kata Jet pula.
Iman mengangguk setuju dengan kata-kata Jet.
"Semenatara kita semua tengah bercuti tak salah rasanya kita semua pergi ke karnival tu"
Zass hanya mengiakan sahaja kata-kata sahabatnya. Kerana bagi si bisu itu tak kisahlah ke mana-mana sahaja sekalipun boleh asalkan bersama kawan-kawannya. Itu sudah memadai bagi Zass.
"Pahtu gano? nok pergi ko dok esok ni? plan molek lah sek mung wei" soal Chris pula.
Masing-masing mendiamkan diri. Berfikir.
"Kita pergi je lah, dah lama tau kita tak pergi karnival macam ni, lagipun alang-alang dah cuti ni, kita manfaatkanlah. Bukan senang nak dapat cuti macam sekarang ni" Kali ini giliran Roza memberi pendapat.
"Ha betul cakap Roza tu, bukan selalu pun Ketua-ketua teras bagi kita cuti macam ni" tambah Alicia pula. Bersetuju dengan kata-kata Roza.
Bila lagi nak keluar bersama-sama sahabat sendiri. Sedangkan duduk di satu akademi pun jarang berjumpa inikan pula mahu berkumpul macam ni. Susah wei!.
"Hm, aku rasa.. Aku setuju dengan Alicia. Dah lama kita tak pergi jalan-jalan berdua Rudy" Akhirnya aku sendiri yang bersuara.
Kalau dilihat dari segi yang lain. Sudah lama rasanya mereka semua tidak menjalani kehidupan seperti orang biasa. Bukan selalu mereka semua diberi peluang sebegini datang.
Rudy memandang Ali lantas mengukir senyum. Ada benar juga bicara Ali. Bukan selalu mereka dapat meluangkan masa bersama-sama.
"Hm, betul juga tu, So esok kita pergi boleh kan Rai?" soal Rudy. Walau apa pun Rai Elendra dan Kapten Kaizo masih ketua mereka. Jadi apa-apa keputusan terletak di tangan mereka berdua.
"Baiklah kalau semua dah setuju, malam esok kita semua pergi ke sana" putus Rai yang sedari tadi mendiamkan diri. Kapten Kaizo hanya mengangguk setuju.
"Yeay!!!"
TBC..
Hye minna,
mohon abaikan segala typo,
vote jika best and komen bila perlu.Spam comment&Vote guys!!.
Sedih tau rai sebab macam dah tak ramai suka DP ni. Spam comment please!. Barulah semangat nak menulis😌Credit idea from : Dahaniah
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] Dia Penyelamatku Season 2 [RULI]✅
Fanfiction[ROMBAKAN DIA PENYELAMATKU BOOK 2] Dua tahun telah berlalu dengan pantas. Khai dan Shidah juga sudah bebas daripada hukuman. Namun, dendam di hati tidak pernah padam selama dua tahun itu. Apa yang pasti Khai kembali ke akademi dengan satu misi. Mis...