o n e

723 41 8
                                    

edited

"adik packing baju dah nak pergi ni!" mak jerit dari bawah. bunyi tv dapat didengari sampai ke bilik aku.

aduh malaslah nak ikut...

aku turun menuju ke ruang tamu. mak dan ayah sedang menonton drama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo.

tak move on langsung. tengok la drama baru.

" mak, ayah sara tak nak ikut bole?" aku duduk di hadapan mereka. mata diorang tak beralih pun dari TV.

" asal tak nak ikut pulak?" ayah cakap, tapi mata tetap tak beralih dari TV.

" haah, sara tak rindu opah dan sedara-mara ke?" mak kata dengan nada lembut. baru pandang aku yang berada dihadapan mereka ni.

" rindu. tapi tak best ahh kat kampung... takde internet!
macam mana nak tengok lagu baru seventeen?" aku merayu sambil buat puppy eyes. ewww..

" okay, ayah janji kalau adik ikut, ayah beli album baru seventeen tu" aku terkejut dengan kata-kata ayah. aku memeluk mak dan ayah dengan kuat.

" dah, dah lepas!! ayah nak tengok bok jong" ayah menolak aku ke tepi.

" bukan BOK JONG,BOK JOO" jawab aku sambil melepaskan pelukan tu.

•••

aku lari masuk ke bilik dan ambil luggage soft pink dari bawah katil. aku memasukkan baju yang hendak dibawa dan lipat cantik-cantik then susun dalam beg.

penat jugak packing barangkan?

aku rehat kejap kat meja belajar tu sambil berangan dapat jumpa seventeen. AHHH BEST NYA aku jerit sekuat hati.

" nape?! ade lipas ke?" tu lah abang aku yang nosy, daniel. bukan kang daniel pakwe korang tu.

" taklah. tengah fikir, cam mana muka ko takde hidung! WAHAHAHHAHA!!" aku gelak macam evil.

" haha lawaknye.." daniel menjeling aku.

" ha, jeling..jeling. cungkil bijik mata tu kang baru tau."

" suka hati aku la" dia serabaikan rambut aku pastu lari. habis rambut aku yang cantik macam nayeon ni dah serabai.

aku hanya mengabaikan dia.

then, aku buka phone and buka instagram. seventeen upload gambar, 12 minute ago.

•••


akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba.. okay stop merapu.

kami bersiap sedia untuk balik kampung. aku excited lah jugak nak jumpa sedara-mara. lama tak jumpa diorang.

ayah dan daniel memasukkan beg ke dalam kereta. mak pulak tengah sediakan bekalan untuk perjalanan.

aku cuma duduk.. hahahaha... aku tolong mak bungkus makanan. lepas tu, kitorang pun memulakan perjalanan.

dalam perjalanan, aku hanya mendengar lagu. daniel pula sedang main mobile legend. noob betul... mak ayah tengah borak.

selepas lama main phone, aku pun tertidur.

•••

𝐎𝐇 𝐌𝐘! ♡. kim mingyuWhere stories live. Discover now