-PROLOG-

18 1 0
                                    

Ttup! Ttup! Ttup!

Alif membuka langkah yang luas ketika menaiki anak tangga ke pejabat.Bukan kerana dia mahu menjadi anak-anak kecil yang selalu melangkau dua anak tangga sekaligus untuk suka-suka malah ini kerana dia sudah terlambat masuk ke tempat kerjanya.Alasan?Alasan Melayu : Bangun Lewat.Biarpun alasan tersebut memang benar kebenarannya tetapi apa yang disebabkan dia bangun lewat adalah kerana dia terlalu ralik menonton YouTube pada malam semalam sehingga jam 3 pagi.Kelekaannya sendiri menyebabkan dia akan menimpa kecelekaan di pejabatnya.

Krikk..

Pintu masuk pejabat di buka perlahan-lahan. "Aduh...pintu ni punya engsel berkarat lah pulak.Kalau macam ni memang aku tak dapat masuk senyap-senyaplah,asyik berbunyi je," Disebabkan kesalahan dirinya sendiri yang lewat ke tempat kerja pintu juga yang dipersalahkan.

Pintu kemudian ditutup rapat.Sedikit runut bunyi masih kedengaran daripada pintu tersebut.Langkah dipijak perlahan-lahan.Belum sempat Alif mahu memecut ke meja kerjanya,Boss tempat kerjanya sudah terpacak menunggu kehadiran Alif di suatu sudut di dalam ruang pejabat tersebut.Alif terpaku tidak bergerak pada kedudukan asalnya bukan kerana dia terkejut dan takut Bossnya akan memarahinya tetapi dia terpaku kerana melihat Bossnya yang anggun dan lawa berdiri menunggu kehadirannya.Berangan.Rambutnya yang dilepaskan bersama blazer hitam dan juga kemeja merah yang dipakai di dalam menjadikan wanita yang garang itu lebih menaikkan nafsu Alif.Tidak ditambah lagi dengan memek muka marahnya yang dianggap comel oleh Alif.

Lebih kurang 2 minit jugak Alif terpaku disitu menikmati keindahan ciptaan Tuhan sebelum dia disergah oleh Bos yang lawa tersebut. "ALIF!!"

"Oh,ye Boss?!" Alif terkejut dengan sergahan itu.

"PERGILAH BUAT KERJA CEPAT!!"

"Oh ye Boss,baik Boss,sorry Boss" Alif segera berjalan ke tempat kerjanya dan tiba-tiba berhenti. "Uhmm tapi Boss.."

"Apa dia?" masih nada yang marah.

"Nak gi toilet dulu boleh?"

"ISHH ADA-ADA JELAH DIA NI! PERGI CEPAT" Boss di Syarikat Art of Chemical Malaysia ataupum akronimnya ACM yang bernama Lisa tersebut telah menyampah dan pening kepala melayan kerenah pekerja yang langsung tidak berdisiplin semasa di tempat kerja.Kalau diikutkan dia memang tiada minat langsung menjadi Boss di syarikat tersebut.Tetapi disebabkan desakan bapanya yang merupaka Founder syarikat ini,dia terpaksa menyambung legasi bapanya biarpun pada usianya yang masih muda iaitu 25 tahun.

Pintu tandas lelaki dibuka.Alif membawa masuk sekali beg sandangnya yang dia sentiasa bawa walau dimana-mana dia berada.Beg tersebut diletakkan di tepi sinki.Paip air dibuka dan Alif membasuh mukanya buat beberapa kali.Dia kemudian memandang cermin yang memantulkan wajahnya lalu bermonolog sendirian "Lisa..Lisa..marah lah aku lagi.Comellah muka kau bila kau marah,"

Ketika bercakap sendirian tangan Alif membuka zip begnya dan sebilah pisau kelihatan keluar dari begnya.Pisau tersebut bukannya pisau biasa,malah pisau tersebut disalut dengan cecair berwarna merah pekat.Darah. "Lisa,kau lihat suatu hari nanti.." aksi Alif makin pelik dan menakutkan apabila dia menjilat pisau yang disaluti darah tadi.Alif memandang dirinya yang berada di dalam cermin dan mula bersenyum sinis.

"..kau pasti akan jadi milik aku."

P.S.I.K.O.

P.S.I.K.O untuk DiBunuhWhere stories live. Discover now