1. 𝐇𝐄𝐑'𝐒 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

2.1K 136 0
                                    

BUNYI hempasan kaca menampar nampar gegendang telinga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BUNYI hempasan kaca menampar nampar gegendang telinga.

Satu demi satu botol kaca kedengaran dihempas ke atas lantai, berkecai menjadi serpihan seribu. Seperti kaset rosak, bunyi bising itu seperti diputar entah ke berapa kali.

Bising! Desisnya. Sehingga tidurnya kala itu tak lagi lena.

Peluh merintik ke dahi, membasahi juga pangkal lehernya.

Sambil sambil jemarinya genggam kemas cadar katil. Sesekali kepalanya digeleng geleng, dia mahu menepis bunyi bising yang entah datang dari celah mana. Sehinggalah sepasang mata yang tadinya rapat terkatup kini tercelik. Automatik dia bangkit.

Kantuk yang tadinya melarat sampai dia memaksa diri untuk lena serta merta lenyap. Mimpi. Suara hatinya berbicara sambil matanya melirik ke arah pantulan tubuhnya pada cermin. Buat sejenak, dia raup wajah lantaran dia meloncat turun dari katil. Dia bawa langkahnya ke bilik air.

Ternyata bunyi bising itu mimpi.

Ternyata sekadar mimpi.

Pili air dipulas sehingga air mencurah deras. Dia tadah air dengan telapak tangan lantaran dia basahkan wajah yang masih mamai. Saban tahun telah berlalu namun trauma lampau itu masih lagi menghantui dirinya. Bunyi bising itu ternyata masih menampar nampar telinganya setiap lena.

Dia angkat kelopak matanya sehingga matanya jatuh menatap biasan diri di dalam cermin, di hadapan mata.

Atau, kau sebenarnya takut? Huh?

Rayne Arzhael?

Dia tatap sepasang mata miliknya itu.

Sehinggalah telinganya menangkap bunyi deringan telefon.

Dia sambar tuala lalu dililit belakang tengkuk. Lantaran langkah kakinya dihayun ke meja di samping katil. Matanya jatuh melirik skrin telefon. Panggilan daripada nombor asing itu sekadar dipandang sepi. Sedikit pun dia tidak berniat menyambutnya.

Barangkali nombor asing itu sekadar dianggap tidak penting olehnya. Atau, panggilan itu adalah daripada orang yang tersilap nombor. Juga tak mustahil panggilan itu scam semata mata. Atau, Rayne Arzhael itu sebenarnya tahu siapa si pemilik nombor sehingga dirinya tekad untuk biarkan saja tanpa bersahut?

Ttok ttok!

Panggilan itu terhenti selang seketika.

Dirinya dikejutkan pula dengan bunyi ketukan di pintu.

Dari ekor mata, dia mengerling muka pintu sehingga susuk tubuh milik Louis menjamu matanya. Lelaki muda itu menjenguk ke dalam ruang kamar dari celah pintu yang terbuka. Louis minta izin untuk masuk sambil menjinjing sehelai blazer hitam. Rayne iyakan sahaja sambil sambil dia keringkan rambut yang lagi basah.

"So, Rayne Arzhael sir, are you ready for the day?"

"From what I heard, usually the groom get nervous the most, huh?"

Louis tersenyum, sengaja mengusik.

Namun, wajah dengan reaksi datar lelaki di hadapannya itu bikin dahinya sedikit berkerut kehairanan. Dia jadi ingin tahu akan apa yang kala ini bermain main di minda Rayne Arzhael. Lagipula dirinya bukan mengerti air muka lelaki itu. Dirinya cuma mampu untuk mengagak saja.

"Louis..." Bahu Louis terangkat, kaget barangkali sebaik namanya diseru.

Louis sekadar pasang telinga. Lelaki muda ini tekun mendengar.

"What happened if I change my mind?"

"Would you think I'd still be alive?"

Kerutan di dahi Louis bertambah. Dia kurang jelas akan bicara itu.

Padahal sebenarnya peratusan untuk dia faham akan maksud di sebalik bicara itu adalah besar. Dia menolak untuk mengakuinya. Cepat cepat dia menggeleng kepala. Bicara itu hampir bikin luruh jantungnya sehingga pegangannya pada blazer mewah juga hampir terlucut. Louis hela keluhan.

"Maksud kau?"

"Kau faham maksud aku, Louis."

Rayne Arzhael melirik wajah pucat lelaki muda di hadapannya itu.

"Maksud kau, berubah fikiran sampai kau nak cancel wedding ni?"

"Itu ke maksud kau, Rayne?"

Louis bertanya lebih lanjut. Dia cuma nak memastikan tebakannya tepat.

Rayne membisu. Lelaki itu menapak ke jendela sambil mengeringkan helaian rambut dengan tuala kering. Pandangan matanya dilempar jauh ke luar sana lewat bukaan tingkap. Pertanyaan Louis sengaja dibiarkan tanpa sebarang sahutan balas. Dan, telingkah itu bikin Louis naik gila.

"Tapi, kau yang ambil keputusan ni."

"Keputusan kau sendiri."

"Takkan kau nak tarik balik, Rayne?"

Wajah Louis memucat.

Apatah lagi saat mindanya lagi aktif memutarkan hal yang belum terjadi. Jikalau mimpi ngeri yang barusan terlintas di fikirannya itu sehingga menjadi kenyataan, entah apa yang akan berlaku kelak. Lagipula tindakan itu seperti mengundang bencana besar. Rayne Arzhael tidak peduli kah pada kesannya kelak?

Sehinggalah lamunannya itu padam dek mendengar tawa Rayne.

Tak semena Louis angkat mata lantas menatap lelaki di hadapannya itu.

"Kan?"

"Keputusan aku sendiri."

"Aku tarik balik, aku akan binasa."

Dahi Louis kembali berlapis. Bicara itu memaksa mindanya bekerja.

Apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Rayne Arzhael? Bicara yang barusan dia lontarkan itu ada maksud kah atau sengaja meniti lewat bibirnya untuk menguji pemuda ini? Mentang mentang lah Louis paling gerun kepada Danial Haesar. Jikalau mendengar soal ini, mahu tak gugur jantung lelaki muda itu.


TBC

𝐇𝐄𝐑'𝐒 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now