4. 𝐇𝐄𝐑'𝐒 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

911 73 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SEBAIK sahaja tubuhnya melangkah masuk ke ruangan kamar, lelaki itu seperti dapat menghidu aura aneh.

Usai dia menutup pintu rapat rapat, matanya meliar ke segenap ruangan.

Ruangan kamar itu hening nan sepi. Seperti tiada kelibat orang. Dia cuba untuk baca suasana sambil lelaki itu ambil langkah berjaga jaga. Kala itu, dirinya dipersiapkan untuk peka.

Anehnya, ruangan kamar malap itu seperti ada bahaya menanti. Sehingga dia juga perlu berfikir banyak kali untuk mengambil setapak lagi langkah ke hadapan. Dia melirik ke arah jendela kamar yang dibiarkan terbuka sehingga langsir melambai lambai ditiup deruan angin malam.

Buat sejenak, matanya melirik ke kiri sebelum beralih memandang kanan.

Sehinggalah dia rasakan suatu mata tajam melekap di pangkal lehernya.

Kerambit.

Detik hatinya. Dengan tangkas, lelaki itu mencapai sepucuk pistol yang terselit entah di mana lalu tubuhnya dipusing ke belakang. Dia kunci tubuh gerangan yang cuba menyerang hendap dari belakang itu ke dinding sambil dia acukan mata pistol pada pelipis si kepala 'asing' itu.

"Pointing a gun on your wife head, on your wedding night, huh Rayne?"

Sepasang mata Rayne membuntang.

Sepucuk pistol dalam genggamannya kini terlepas, jatuh ke atas lantai.

Mulutnya terkunci, lidahnya kini kelu seribu bahasa. Rayne lekas mengambil langkah ke belakang. Dia kaget sehingga tubuhnya keras terpaku di posisi. Nadine Aira ketawa geli hati sambil jemarinya bermain main dengan kerambit di tangan.

Gadis itu galak bergelak tawa sambil dia hayun langkah ke katil.

Dada Rayne berombak.

Rasa kagetnya masih membuak buak.

"Aku minta..."

"Minta maaf? That's so not you."

Rayne Arzhael angkat kepalanya. Dia pusing tubuhnya, menghadap Aira.

Matanya ralit menatap gadis itu yang asyik mengeringkan rambutnya. Nadine Aira yang perasan akan gerak geri Rayne yang memerhati telingkahnya sejak tadi kini angkat mata. Dia sambut tatapan mata Rayne seolah olah menunggu sesuatu.

Dia seperti tahu sekiranya lelaki ini ingin bertanyakan sesuatu.

Tapi, tidak pula lelaki itu bersuara.

Keinginannya itu ditahan.

"Apa yang berlaku dalam masa lima tahun ni sampai mengubah kau?"

Sepasang kening Rayne rapat bertaut.

Lama dia membisu sebaik pertanyaan itu terjeda. Dia tidak tahu jawapan seperti apa yang diharapkan Nadine Aira daripadanya. Dirinya juga tidak tahu jawapan seperti apa yang perlu dilontarkan sebagai sahutan balas. Entah bagaimana pertanyaan itu juga sehingga meniti di bibir Aira. Atau, memang benar dirinya berubah?

Tapi, bagaimana dirinya sehingga tak sedar akan hal itu? Sedangkan mata orang lain pula mampu melihat.

"Apa maksud kau?"

"Tak tahu. Aku saja saja bertanya."

Nadine Aira ukir senyuman tipis. Dia sambung kerja yang tadi tergendala.

I'm an observer, Rayne.

And I could read you like a book.

*
*
*

"Pasal..."

"Kau bercakap pasal honeymoon?"

Rayne Arzhael tersentak. Namun, dia iyakan juga pertanyaan gadis itu.

Aira diam sejenak. Dia sepertinya lagi sibuk memikirkan soal itu. Lagipula dia tak punya sebarang perancangan. Tapi, setelah Rayne menyentuh pula hal itu, soal honeymoon itu tiba tiba bermain di benak fikirannya.

Rayne Arzhael sekadar pasang telinga. Dia tekun menunggu sambil menyusun langkah beriringan dengan Nadine Aira. Gadis itu bawa jari ke bawah dagu. Telingkahnya seperti lagi sedang asyik berfikir. Sehinggalah gadis itu angkat bahu. "Aku tak pernah terfikir pula. How about you?"

Sepasang mata Rayne membuntang sebaik lirikan mata isterinya itu beralih menatap wajahnya pula. Dia kunci mulut, lelaki itu membisu.

"Up to you?" Respons Rayne terdengar ragu ragu. Aira ketawa kecil.

Rayne Arzhael mengerutkan dahinya, dia keliru melihat reaksi gadis itu.

Sehinggalah gadis itu menghentikan langkahnya. Matanya kini beralih merenung kediaman besar di hadapannya itu. "Ayah dan Nick baru je pergi. Adam dan Louis dah balik. Sunyi lah rumah ni lepas ni." Terlukis senyuman tipis pada wajah gadis itu. Tapi, hatinya rasa geli pula terkenang akan wajah cemberut Nick tadi.

Bukan main masam mencuka wajah lelaki itu sebaik terpaksa meninggalkan adiknya yang seorang ini berdua duaan bersama Rayne. Padahal dia sudah rencanakan perjalanan keliling dunia itu rapi rapi. Tiba tiba, Nadine Aira pula tekad menerima lamaran Rayne. Mahu tak mahu, rencana itu terpaksa juga diteruskan walhal cuma dia dan Danial Haesar sahaja.

Aira hela keluhan panjang. Lantaran gadis itu sambung langkahannya.

Rayne Arzhael genggam kemas kedua dua belah jemarinya.

"Aira..." Nama isterinya diseru.

Tak semena langkahan kaki Aira yang perlahan memecut kini terhenti. Gadis itu menoleh sehingga matanya jatuh melirik raut wajah Rayne Arzhael. Dari air muka itu, dia tebak, lelaki itu pasti mahu memberitahu akan sesuatu. Sesuatu yang sepertinya dipendam dalam diri sejak tadi.

"Pasal semalam, aku minta maaf."

"Aku tak bermaksud apa apa."

"Mungkin, habit?"

Bicara itu bikin Nadine Aira kembali terimbas perihal semalam. Pada malam perkahwinan mereka, suaminya itu telah mengacukan mata pistol di pelipis dahinya. Nadine Aira diam sebentar. Jikalau difikirkan, hal itu berlaku pun kerana dirinya yang sengaja mahu mengusik.

"Habit?"

"Aku faham maksud kau, Rayne."

"Sebab orang yang dilatih oleh Tuan bukan kau seorang."

Kerutan di dahi Rayne kendur namun dia kurang jelas akan erti bicara itu.

Nadine Aira tersenyum geli hati. Dia kemudiannya menyambung langkahan kakinya mendahului lelaki itu yang masih termangu. Seolah olah mindanya lagi aktif mencerna bait bicara yang meniti lewat bibir isterinya. Sehinggalah sayup terdengar namanya dipanggil gadis itu. Dia menyahut, lantas menghayun langkah kakinya sehingga lelaki itu berjaya menyaingi isterinya.

"Jogging together after the wedding?"

"Sounds like a good idea for a date."


TBC

𝐇𝐄𝐑'𝐒 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now