14. 𝐇𝐄𝐑'𝐒 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

515 30 0
                                    

SEPASANG matanya ralit meliar ke segenap ruangan serba asing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SEPASANG matanya ralit meliar ke segenap ruangan serba asing.

Sambil sambil lelaki itu orak langkah, membuntuti isterinya dari belakang.

Masuk sahaja lewat pintu dari ruang pameran seni, dia dibawa ke tempat dengan cat serba putih ini. Menurut si isteri, ada sesuatu yang Ran Kaiser ingin bicarakan. Anehnya, lelaki itu minta mereka ke ruangan ini. Seolah olah tidak mahu perbualan itu kelak sehingga diketahui oleh orang.

Ralit matanya memerhati sehingga dia dan gadis itu menemui Ran.

Ran Kaiser kelihatannya sudah lama berdiri menunggu di luar bilik.

"Apa yang kau nak cakapkan sampai perlu jumpa kau di sini?"

Nadine Aira terlebih dahulu mulakan bicara. Ran sekadar tayang senyuman sebelum ekor matanya mengerling Rayne Arzhael yang membisu. Lelaki itu biarkan sejenak pertanyaan Nadine Aira tanpa respons. Dia tarik pelitup muka lantas ditanggalkan.

"I'm sorry, Nadine. Boleh aku berbual dengan Rayne? Seorang?"

"Terpulang pada kau." Rayne Arzhael seperti tak percaya balasan itu.

Nadine Aira sekali lagi mengalah. Dia sepertinya tidak mahu ambil tahu. Ran Kaiser mengangguk lantas lelaki itu mengamit Rayne untuk mengekori jejak langkahnya. Rayne tak banyak soal. Sebelum langkahnya dibawa ke ruangan bilik itu, matanya sempat mengerling isterinya. Lirikan mata itu disambut oleh Nadine Aira.

"Kau tak beritahu, aku takkan tanya."

Gadis itu beri kata putus. Rayne diam sebelum dia pulas engsel pintu.

Kelibatnya kemudian terlihat masuk ke ruangan itu, membuntuti Ran.

*
*
*


Ruangan bilik itu seperti jangkaannya juga bercat serba putih.

Sebaik dia tutup daun pintu, matanya sambung memerhati segenap ruang.

Sehinggalah matanya jatuh tertancap ke arah lantai. Ada tumpahan cecair merah yang mulai kering. Dari hujung ekor mata, dia melirik pula ke arah wooden easel di samping meja. Di atas meja itu pula, tersusun pisau palet.

Rayne Arzhael tak juga berniat untuk menyoal. Lelaki itu sebaliknya menghayun langkah ke kerusi, lantas dia mengambil tempat duduk. Sambil sambil matanya masih mengerling ke segenap ruangan. Pada matanya, seolah olah ada sesuatu yang aneh di tempat ini. Tapi, dia tak pasti apa itu.

Ran Kaiser sandarkan tubuhnya pada meja, di samping Rayne Arzhael.

"Aku nak bercakap dengan kau sebab aku tahu benda ni kau rahsiakan."

"Nadine tak tahu. Right, Mr Arzhael?"

"Tapi, kenapa sampai perlu berahsia? She's your wife. Tak salah dia tahu."

𝐇𝐄𝐑'𝐒 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now