7. 𝐇𝐄𝐑'𝐒 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

630 43 0
                                    

DERINGAN telefon yang sedari tadi memekik meminta disambut mengejutkan lelaki itu dari lenanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


DERINGAN telefon yang sedari tadi memekik meminta disambut mengejutkan lelaki itu dari lenanya.

Buat sejenak, dia asyik mengomel dek rasa lenguh di tengkuknya.

Masakan tidak, lenanya juga sekadar berbantalkan lengan dengan posisi tidur dalam keadaan duduk di meja. Dia picit belakang tengkuk yang rasa lenguh sambil matanya yang masih diulit kantuk mencari cari akan telefon yang tak henti berdering. Tsk. Unknown number? Detik hatinya.

Entah mengapa sejak akhir akhir ini, panggilan daripada nombor asing asyik sampai kepadanya.

Termasuk panggilan kali ini, sudah masuk dua kali nombor yang tak dia kenal kerap menelefonnya sejak majlis tempoh hari. Dek rasa lali, dia akhirnya tekad untuk menyambut panggilan itu dengan harapan si pemanggil tersilap nombor.

Rayne yang tak suka akan panggilan telefon bukan makanannya lah jenis orang yang suka menelefon.

"Hello?"

"Hey?"

Tak semena sepasang mata lelaki itu perlahan membuntang. Automatik dia angkat kelopak mata sehingga matanya melirik ke wajah mamai si isteri yang masih diulit kantuk. Bukan main cemberut wajah gadis di hadapan matanya itu. Barangkali dia tak puas hati kerana awal pagi lagi lenanya sudah diganggu.

Rayne Arzhael berdehem. Cepat cepat dia pusing tubuhnya membelakangi Nadine Aira yang terkumat kamit dek mengomel si pemanggil. Ada sahaja bicara meniti lewat bibirnya.

Lelaki itu geleng kepala, dia agaknya sudah lali akan perangai itu.

Dari ekor mata, dia asyik memerhati gelagat isterinya yang kini sibuk dengan suatu panggilan telefon. Ralit matanya memerhati raut wajah gadis itu sehingga lupa panggilan telefon di telinganya itu juga sudah lama bersambut. Sehinggalah namanya terdengar lewat corong telefon.

Tak semena kerutan di dahi berlapis.

Suara di sebalik panggilan telefon itu kedengaran cukup familiar.

Dia tebak, ini bukan kali pertama dia mendengar suara itu.

Sepanjang panggilan telefon itu, Rayne Arzhael cuma pasang telinga. Dia beri ruang kepada si pemanggil untuk berbicara kepadanya sehinggalah panggilan itu akhirnya terhenti. Usai itu, kelibat lelaki itu terlihat bangkit dari duduknya. Dia mengatur langkah hendak beredar.

Namun, langkahnya mati sebaik dia dengar namanya dipanggil.

Rayne pusing tubuhnya ke belakang.

Sehinggalah sepasang matanya jatuh melirik ke arah isterinya.

Gadis itu masih melentokkan kepala ke atas meja, berbantalkan lengan. Matanya juga masih dilelapkan. Barangkali panggilan telefon sebentar tadi sudah selesai. Rayne sekadar menggumam, kemudian lelaki itu ralit menunggu di posisi. Dia tunggu si isteri melanjutkan bicara yang jeda.

𝐇𝐄𝐑'𝐒 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now