13. 𝐇𝐄𝐑'𝐒 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

508 28 0
                                    

"TOUCH her? You're dead

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TOUCH her? You're dead."

Rayne?

Sebaik telinganya menangkap bicara itu, wajah Rayne terlukis di minda.

Dari hujung ekor mata, dia mencuba untuk curi pandang ke belakang.

Dia melihat sepucuk pistol diacukan ke pelipis dahi gerangan misteri itu. Tak semena gadis ini hela nafas berat. Nafasnya turun naik. Entah dia mampu untuk merasa lega melihat lelaki itu di sini atau sebaliknya.

Padahal sejak tadi, dia kerap panjat doa meminta lelaki itu supaya tak lagi kembali. Namun, Rayne Arzhael rupa rupanya sudah ada rencana. Lelaki itu cuma tunggu waktu yang sesuai untuk masuk campur. Gadis ini ketap bibirnya, dia rasa sedikit kesal. Sehinggalah dia rasakan jerutan di lehernya perlahan terlepas, tubuhnya yang melemah kini tersungkur.

Jemarinya mencengkam permukaan lantai. Gadis itu mahu bangkit.

Namun, kudratnya melemah sehingga untuk bangkit dengan sendiri juga dirinya tidak mampu. Sehinggalah dia rasakan rambutnya dielus lembut, sebelum sepasang lengan suaminya melingkar di pinggang. Perlahan lahan lelaki itu bantu gadis ini untuk bangun dari tersungkur di lantai.

Sepasang matanya yang membuntang kini sambut tatapan lembut Rayne.

Lelaki itu ukir senyuman sebelum jari telunjuknya mencuit dahi isterinya.

"Aku minta maaf."

"Sebab aku perlu tunggu masa sesuai, kau sampai cedera macam ni."

*
*
*

Luka lebam di leher isterinya dibalut dengan pembalut elastik.

Usai itu, lelaki itu hulur pula segelas air minuman buat Nadine Aira.

Pemberian itu lekas disambut lantas diteguk bagi membasahkan tekak. Buat sejenak, matanya mengerling ke arah gerangan misteri yang diikat di kerusi. Tubuhnya dikunci, pergerakan figura itu pastinya juga terbatas.

"Apa rancangan kau selepas ni?"

"Dia sedar, aku paksa dia buka suara."

Gelas di genggaman isterinya beralih tangan. Kini, di tangannya.

Lantaran air dituang ke dalam gelas itu sehingga paras penuh.

Rayne bawa langkahnya menerpa ke arah gerangan figura itu. Tanpa tunggu masa lagi, segelas minuman itu disimbah tepat ke muka figura itu. Tak puas dengan itu, dia sambar pula botol yang masih terisi baki air. Botol yang sudah dibukakan penutupnya itu diterbalikkan tepat di atas kepala si figura yang terikat di kerusi.

Tak semena figura itu dipaksa untuk mencelikkan mata.

Nafasnya pendek, terhela pantas dek merasa lemas disimbah air.

Sebelum berkesempatan dia hendak membuka mulut, rahangnya dicengkam kasar oleh Rayne Arzhael. Figura itu dipaksa untuk mendongak sehingga matanya menatap sepasang mata milik Rayne. Entah mengapa sebaik dia sambut lirikan mata lelaki di hadapannya itu, dia rasa merinding sehingga tubuhnya menggigil.

𝐇𝐄𝐑'𝐒 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now