2. 𝐇𝐄𝐑'𝐒 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

1.1K 101 0
                                    

MATANYA melirik sebentuk cincin di jari manis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


MATANYA melirik sebentuk cincin di jari manis. Sebentuk cincin mewah.

Tubuhnya juga masih lagi tersarung blazer perkahwinannya.

Buat sejenak, dia lempar lirikan mata ke luar lewat bukaan tingkap. Ralit matanya melirik langit senja. Sambil sambil jemarinya bermain dengan sebentuk cincin yang barusan dilepas dari jari manis. Lantaran jemarinya dikepal sehingga cincin mewah itu kini lemas dalam genggaman.

"Kau sendiri yang buat keputusan ni."

"Kau sendiri yang kembali ke rumah ni untuk melamar Nadine Aira."

"Sekarang, kau nak tarik balik pula?"

Sayup kedengaran suara lelaki muda itu menampar gegendang telinganya.

Bicara itu terlontar penuh kekeliruan.

Rayne bawa sebentuk cincin itu pada aras matanya. Sebaik cahaya menyentuh permata cincin mewah itu, cincin di tangannya itu berkilau. Sehinggalah dia dikejutkan dengan deringan telefon. Tak semena matanya jatuh memandang telefon di atas meja kecil, di hadapannya.

Panggilan itu adalah daripada suatu nombor asing. Jikalau tak silap, nombor itu lah yang menelefonnya siang tadi sebelum majlis.

Seperti siang tadi, panggilan itu cuma dibiarkan tidak bersambut.

Dia juga tak berniat untuk tahu akan asbab pemanggil kerap menelefon.

Panggilan itu berdering cukup lama sebelum akhirnya terhenti.

Sepasang mata Rayne Arzhael masih menatap skrin telefon. Puas si empunya nombor asing itu menelefon dirinya, pemanggil itu akhirnya lali. Akhirnya, pesanan ringkas terhantar oleh pemilik nombor itu. Isi pesanan itu sekadar dipandang mahu tak mahu sambil dahinya terlihat berkerut entah mengapa.

Sehinggalah telinganya menangkap bunyi derapan langkah.

Lantaran dia ambil telefon di meja.

Lantas dimatikan.

Dari hujung ekor mata, dia lirik muka pintu sehingga masuk kelibat gadis berpakaian gaun pengantin. Rayne tegakkan tubuh. Posisinya seolah olah menyambut kunjungan gadis itu sambil dia sarung kembali cincin ke jari manisnya di belakang tubuh.

Dahi yang sedia berkerut bertambah. Apatah lagi saat lirikan mata gadis itu menatap wajahnya penuh sangsi.

Tak semena Rayne Arzhael silangkan lengan di belakang tubuh.

Telingkahnya persis mengaku salah.

Padahal dirinya sendiri kurang pasti apa yang menjadi ketidakpuasan hati gadis di hadapan matanya itu. Hendak bertanya juga seperti tidak kena pada pandangan matanya. Jadi, akhirnya dia cuma mampu membisu. Sambil matanya mengekori jejak langkah gadis itu sehingga Nadine Aira menghenyak punggung di kerusi, ambil tempat di sampingnya.

"I thought you're being serious." Huh?

"But, you're still here."

Bicara yang terlontar lewat bibirnya bikin Rayne bertambah keliru.

Gadis itu berkias. Bicaranya sengaja terlontar dengan makna tak jelas.

Sepasang mata gadis itu juga cuma sebentar melirik Rayne Arzhael.

Pada bicara yang selebihnya, lirikan matanya itu dibuang ke arah lain. Rayne mahu bertanya akan maksud di sebalik bicara itu. Tapi, suaranya pula seakan tersekat di kerongkong. Sehingga keinginannya itu terpaksa dikubur, disimpan dahulu.

"Kau terpaksa melamar aku, Rayne?"

Rayne Arzhael tersentak.

Matanya perlahan membuntang usai pertanyaan Aira itu terjeda.

"Atau, kau sebenarnya takut menolak lamaran anak Tuan kau ni. Sebab tu ke kau terpaksa melamar aku? Konon dengan cara ni, kau boleh balas budi baik Danial Haesar kepada kau?"

Nadine Aira angkat kelopak matanya.

Dia menatap sepasang mata lelaki itu yang membuntang dek kaget.

Sehinggalah dia melihat raut wajah yang tadinya terlihat memucat itu perlahan lahan tenang. Tak semena Nadine Aira pula yang jadi kaget melihat sekuntum senyuman terlukis pada wajah Rayne Arzhael. Kening gadis itu bercantum. Apatah lagi setelah melihat Rayne bertinggung sebelah lutut di hadapannya.

Bukan main hebat detak jantungnya kala itu. Lebih lebih lagi setelah lelaki itu raih pula jemari Nadine Aira sebelum disatukan dengan jemarinya.

Nadine Aira teguk liur.

Wajahnya rasa panas. Dia rasa segan. Sehingga dirinya tak senang duduk. Jikalau boleh, dia mahu lekas angkat kaki dan meninggalkan tempat ini. Dia tak mahu berlama di situ. Jikalau tidak, mahu meletup dirinya.

"Kau anggap aku akan larikan diri?"

Rayne angkat sebelah kening.

Senyuman nakal terlukis di bibirnya, sengaja mengusik gadis itu.

Nadine Aira ketap bibir. Dia membisu mendengar usikan itu. Dirinya juga tidak berniat untuk menyahut. Rayne ketawa kecil, dia geli hati melihat air muka gadis itu. Gotcha! Ralit matanya melirik wajah merah padam isterinya itu sebelum matanya jatuh menatap cincin yang tersarung di jari Aira.

Jemari kiri Nadine Aira yang diraih olehnya digenggam kemas.

Lantas dia kucup jari manis isterinya.

Nadine Aira mematung.

Tindakan Rayne Arzhael bikin gadis itu semakin tak keruan.

Apatah lagi setelah mata redup lelaki itu kembali menatap wajahnya.

"I'm already your husband."

"How could I think of running away?"

TBC

𝐇𝐄𝐑'𝐒 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋 (EDIT)Where stories live. Discover now