Bab 1

178 1 0
                                    

Kampung Pokok Jaya

Bab 1
Hidup aku yang baru bakal bermula, aku akan pindah ke rumah yang lebih besar dan aman di Kampung Pokok Jaya. Rumah aku yang dulu merupakan rumah yang tidak tenang bagi aku, kerana ruangnya yang kecik dan suasana yang bising akibat kesesakan lalu lintas yang berdekatan sering menganggu ketenangan aku.

Sebulan yang lepas aku melayari laman web untuk mencari rumah baru yang boleh aku sewa, dan aku terserempak dengan satu rumah bungalow di Kampung Pokok Jaya yang murah dan berdekatan dengan tempat kerja aku. Tetapi tempatnya merupakan kawasan pekan yang kecil yang masih lagi dalam operasi untuk menjadi lebih maju, suasana di dalam Kampung Pokok Jaya membuat aku rasa tersembunyi kerana hutan-hutan di kampung ini masih tebal lagi.

Kereta yang aku pandu telahpun sampai di destinasi, iaitu di rumah bungalow yang bernombor 350. Sebaik sahaja aku keluar dari kereta, aku menghirup nafas yang panjang dan menikmati udara yang segar dari hutan-hutan sekeliling rumahku.

"Assalamualaikum Izlan"
"Waalaikumsalam Pak Cik Kasim"
"Camner tadi bawak kereta okay?"
"Okay pak cik, jalan smooth je"
"Bagus la camtu, Haa ni pak cik dah kemas rumah ni bersih-bersih"
"Aish pak cik susah-susah je kemaskan"
"Takpelah Izlan memang tugas pak cik untuk kemaskan"
"Tugas?"
"Kita sambung berbual nanti ye, pak cik sibuk sikit sekarang"
"Assalamualaikum" kata Pak Cik Kasim sebelum bergerak keluar dari pagar rumah aku.
"Waalaikumsalam Pak Cik"

Pak Cik Kasim memulakan motosikalnya dan lalu bergerak hingga tidak lagi kelihatan, selepas Pak Cik Kasim pergi aku mula untuk mengangkat barang ke dalam rumah. Aku terpegun melihat kebersihan yang telah Pak Cik Kasim lakukan, memang betul-betul kemas macam hotel lima bintang sahaja. Aku pun tidak mahu membuang masa lalu aku teruskan mengangkat barang dan menyusun barang yang aku bawak, memang luas dan besar rumah ni aku gembira untuk menetap di sini.

Malam sudah tiba, setelah penat mengemas barang di rumah perut aku lapar kerana tidak makan sejak petang tadi. Aku pun pergi ke dapur untuk masak maggi cup kari yang aku bawa bersama aku tadi, aku pun memasangkan api dapur dan memanaskan air memakai ceret. Semasa aku tengah duduk bermain dengan telefon, mata aku tertangkap kelibat seseorang di hutan dengan cahaya api. Aku bangun dan keluar untuk tengok dengan jelas, disitu aku nampak seseorang sedang memakai pakaian hitam sedang memegang obor api hanya berdiri di situ memandang ke arah aku.

Pweett!!!!!!!...

Ceret berbunyi menunjukkan air sudah masak, aku terkejut mendengar bunyi ceret tersebut dan sambil itu aku memandang ke arah dapur. Apabila aku menoleh kembali ke arah hutan, orang yang memegang obor api tadi hilang dan tidak dapat dikesan dimana dia pergi. Kejadian itu membuat aku takut dan membuat tindakan untuk lari masuk ke dalam rumah untuk memadam api di dapur, mengunci pintu dan menutup semua tingkap.

Pada malam itu aku membuang niat untuk mengisi perut, dan berjaga sepanjang malam itu sehingga cahaya matahari terbit memancar di dalam bilik aku.

Kampung Pokok JayaWhere stories live. Discover now