Bab 2

123 2 0
                                    

Bab 2

Selepas berasa sedikit lega dan selamat, aku cuba untuk merehatkan diri dan tidur. Aku terlelap dan terbangun pada pukul dua petang, sakit kepala dibuatnya kerana aku jarang tidur lewat. Aku mengharap agar pekara semalam tidak akan berlaku lagi, dan mengharap tidak ada apa yang akan jadi yang difikirkan oleh aku.

Aku keluar dari rumah dan lalu menghidupkan enjin kereta, aku memandu menuju ke pekan untuk membeli barang-barang rumah di kedai runcit di sana. Semasa tengah memandu aku masih tidak rasa sedap hati tentang pekara yang terjadi semalam, lalu aku mengambil telefon bimbit aku dan menelefon Pak Cik Kasim.

"Assalamualaikum Pak Cik Kasim"
"Waalaikumsalam ya Izlan kenapa call ni?"
"Pak Cik semalam saya rasa ada orang kacau saya dekat umah"
"Dia pegang obor api pastu dari kat hutan tu dia pandang saya, pastu baju dengan seluar dia semua warna hitam"
"Kamu okey ke sekarang Izlan?"
"Okay je pak cik cuma tak tido je semalam "
"Sekarang kamu kat mana?"
" Saya tengah drive ni nak pergi kat kedai runcit"
"Okay, kamu beli barang kamu dulu nanti senja pak cik datang rumah kamu"
Talian diputuskan.

Tiba aku di kedai runcit yang masih lagi nampak lama seperti pada zaman kanak-kanak dahulu, kedai itu membuat aku berasa kagum kepada tuannya kerana barang yang terkini tetapi kedai menggunakan design old school.

"Ya dik, nak beli apa?"
"Umm saya nak bel" kata aku terhenti apabila melihat seorang lelaki berpakaian hitam bertanya kepada aku.
"Ye?"
"Ouh saya tengok-tengok je kedai ni nak tengok apa stok yang ada"
"Betul ke tengok je? Takde niat untuk beli dah ke?"

Soalan lelaki tersebut membuat aku membeku dalam keadaan curiga seperti dia tahu apa kehendak aku, aku pun segera keluar dari kedai itu dan memandu kereta aku dengan laju untuk balik ke rumah. Badan aku mengigil ketakutan dan berpeluh, mamat tu ke yang kacau aku semalam? Kenapa dia pakai baju sama macam orang semalam tu?

"Ya allah kau lindungi la aku" Aku bercakap di dalam hati.
Aku selamat sampai di rumah pada pukul 7 malam, tetapi motorsikal Pak Cik Kasim tidak kelihatan. Mungkin dia belum sampai lagi, jadi aku pun masuk ke rumah lalu makan maggi cup yang aku bawak keluar semalam.

Dua jam telah lepas, Pak Cik Kasim belum lagi sampai di rumah aku. Kenapa dia tidak sampai lagi ni? Bukan tadi cakap nak jumpa kat rumah lepas senja?, aku pergi ke ruang tamu untuk mengambil telefon bimbit. Kerisauan aku membuat aku nekad untuk membuat menghubungi Pak Cik Kasim,

Trutt. Trutt..
Trutt. Trutt..

Hati aku berdebar apabila ringtone telefon Pak Cik Kasim dapat didengari di luar rumah aku, aku memotongkan talian dan ringtone itu berhenti.

Kampung Pokok JayaWhere stories live. Discover now