Bab 3

133 5 0
                                    

Bab 3

Aku pergi ke pintu rumah lalu membukanya, disitu aku nampak terdapat seribu orang berada di depan pagar aku. Berpakaian hitam dan wajah mereka ditutupi oleh kain putih yang nampak seperti kain kafan, secepat mungkin aku menutup pintu aku dengan kuat. Aku menjenguk mereka dari tingkap, mereka mula untuk membuka pintu pagar aku dan seorang demi seorang telah masuk.

Mereka berdiri dalam satu bulatan mengelilingi rumah aku, seperti mengepung diri aku agar aku tidak boleh melarikan diri. Aku dapat dengar mereka seperti sedang membaca ayat-ayat mantra yang tidak dapat aku fahami, semasa aku sedang memerhati pergerakan mereka aku nampak Pak Cik Kasim yang berdiri bersama dengan mereka.

"OH!!! TUHAN KISROH DATANG LA KAU KE SINI UNTUK UPACARA YANG TERAKHIR" kata seorang pak cik yang sedang memegang obor api
"KISROH!!!"
"KISROH!!!"|
"KISROH!!!"

Mereka menjerit nama itu berkali-kali, semakin lama semakin laju seakan mereka sedang berzikir. Aku menutup tingkap lalu lari menaiki tangga untuk ke bilik aku, dan dari atas aku membuka tingkap sedikit untuk memerhati mereka.

Secara tiba-tiba munculnya satu makhluk yang tinggi di depan pintu rumah aku, dan pada masa yang sama pintu rumah aku diketuk secara laju dan kuat. Pintu rumah aku telah pecah, mereka yang di luar mula menjerit . Kemudian suasana menjadi sunyi, aku menjenguk di luar dan melihat mereka yang di luar sedang duduk bersujud.

Boom!! Boom!! Pintu bilik aku ditolak, memberitahu yang mahkluk itu sedang mencuba untuk memasuki di dalam bilik aku.

"ALLAHUAKABAR!! JANGAN KACAU AKU LAH SYAITAN!!"
BOOM! Pintu telah pecah, makhluk itu berada di depan pintu.
Badannya yang tinggi, dan mukanya yang ngeri itu membuat badan aku terbeku.
"YA ALLAH!!!"
Makhluk itu mula untuk berjalan ke arah aku, aku mengelabah mencari jalan untuk lari dan aku membuat keputusan untuk terjun ke luar dari tingkap.

"ARGH!!" aku merasakan sakit di kaki aku sebaik sahaja aku terjun ke bawah.
Mereka yang sedang sujud tidak mengherankan aku yang telah terjun kebawah, dengan segera aku lari melepasi mereka. Setelah jauh sedikit aku menoleh ke belakang, mereka semua yang sedang duduk itu memandang ke arah aku dan mula untuk mengejar aku. Dengan keadaan begitu aku buka langkah seribu memasuki ke dalam hutan, setelah lama berlari aku membuat keputusan untuk sorok di dalam semak samun.

Tapak kaki mereka dapat aku dengari, mereka berlari-lari mencari aku. Aku menutup mulut aku dan tidak melakukan sebarang pergerakkan sehingga mereka telah tiada, di dalam semak itu aku tidak berhenti mendoakan untuk keselamatan aku.

Sebaik sahaja tapak kaki mereka tidak dapat didengarkan, aku mula untuk berlari ke arah jalan raya. Berlari dan terus berlari sehingga aku menahan sebuah kereta yang sedang memandu di kawasan itu, aku memberitahu segala pekara yang jadi kepada aku dan pemandu itu membawa aku ke balai polis.

Aku bersyukur yang aku telah selamat daripada kejadian malam itu, aku melaporkan kejadian itu kepada polis dan pada esok harinya polis pergi ke Kampung Pokok Jaya.

Pada malam itu aku berada di hospital untuk merawat kaki aku yang retak, semasa aku menonton televisyen.Rancangan berita baru disiarkan dan memberitahu bahawa terdapat seribu orang telah mati di padang Sekolah Kampung Pokok Jaya. Kematian mereka merupakan pekara yang aneh kerana kesemua penduduk Kampung Pokok Jaya disyaki membunuh diri dengan memotong leher mereka, dan mereka mati bersama-sama di padang sekolah tersebut.

Aku tertanya-tanya adakah itu balasan mereka kerana tidak dapat melaksanakan upacara malam tersebut? Adakah ini kerja Tuhan Kisroh?

"Kisroh.." seorang jururawat membisik kepada aku.

Ini merupakan cerita ketiga saya, jika ada salah tatabahasa ataupun susunan ayat sila berikan comment dan terima kasih kerana membaca

Kampung Pokok JayaWhere stories live. Discover now