Cerita 4

146 10 5
                                    

Aku menilik jam tangan dan melihat waktu itu tepat-tepat pukul 5.00 petang. Shakir sedang menungguku di atas motor dengan wajah marah. Dia sedang melayari laman mukabuku dengan telefon pintarnya ketika itu.

"Lambatnya, makin kacak aku tunggu kau dekat sini." ujarnya dengan penuh kegeraman. Aku mendekatinya dan cuba untuk meminta maaf.

"Maaf, maaf. Hehe...Jom." ajakku apabila menaiki motor terbabit.

Dia mengangkat tongkat motor dan menghidupkan enjin. Selepas itu, dia keluar dari kawasan rumah dan menunggang motornya dengan agak laju. Acap kali juga aku menegur untuk dia pelahankan motor. Ada masa dia akur dan ada masa dia tidak menghiraukanku.

Setelah hampir lima belas minit kami menunggang motor, kami akhirnya sampai. Adik telah memarkirkan motosikalnya di bawah pokok bersebelahan motor yang lain. Kami mula berjalan ke arah pasar malam. Aku berhenti di kedai yang menjual ikan peliharaan. Aku sangat sukakan ikan yang berwarna-warni. Sudah lama aku ingin membelanya. Namun, aku tidak berani. Aku tidak ingin ikan tersebut mati di tanganku. Sekiranya, Michelle keluar, entah apalah yang akan berlaku.

Oleh sebab ralit melihat ikan, aku dan adik terpisah. Setelah tersedar kami terpisah aku mula membebel di dalam hati sambil meneruskan perjalanan. Sewaktu berjalan melepasi beberapa gerai makanan, seseorang menyentuh bahuku. Aku berpaling.

"Mira! La, kau ke pasar malam jugak ke?" soalku sambil tersenyum gembira. Mira mengangguk.

"Yalah, sebab tulah kau nampak aku di sini. Kau beli apa Lah?" Mira memandangku kemudian pandangannya teralih ke arah tanganku yangs sedang memegang beberapa plastik.

"Sate, keropok, pisang goreng, satar dan yang paling penting Laksa Penang. Hehehe...Kau?" dugaku pula

"Banyaknya. Dapat ke kau habiskan makanan ni semua." kata Mira dan melihatku pelik.

"Dapatlah...Aku memang makan banyak. Lagipun, adik, mak dan ayah aku boleh habiskan makanan ni semua. Banyak jugak kau beli..." ujarku apabila melihat plastik yang dipegang oleh Mira agak banyak. Mira mengangguk sambil membuat bentuk 'O' pada mulutnya.


"Biasalah. Ahli keluarga aku ramai kut..." balas Mira dengan mengerutkan dahinya. Dia menggaru-garu belakang tengkuknya. Walaupun, dia bertudung, tetapi aku tahu dia sedang menggaru-garu tengkuknya itu.

"Kau datang dengan keluarga kau ke?"

"Haah...Kau datang dengan adik kau lagi?" Mira melihatku dengan senyuman nipis. Aku mengangguk laju.

"Tapi, aku dah terpisah dengan dia. Kalau aku nak balik nanti aku akan call dia." balasku ringkas. Kemudian, dua orang perempuan tiba-tiba mencuit baju Mira. Mira tersenyum kepada kedua-dua orang perempuan terbabit.

"Mira, lamanya tak nampak kau. Kau buat apa sekarang?" soal salah seorang perempuan itu.

"Kerja dekat kedai Seven 13 di bandar. Korang pulak?" soal Mira kembali.

"Belajar. Kami tengah sambung diploma sekarang ni. Eh, bukan ke tu..." jawab salah seorang perempuan dan melihatku dengan wajah pelik.

"Haah, nilah kawan sekelas kita dulu. Dia baru habis buat Ijazah Sarjana Muda dekat Pulau Pinang. Korang ingat lagi tak dia?" Mira tersenyum dengan lebar apabila terserempak dengan dua orang perempuan itu.

"Ha, mestilah ingat." balas salah seorang perempuan dengan riak muka menyampah apabila melihatku. Aku berasa pelik dan janggal dengan reaksinya. Aku tidak berjaya mengingati wajah mereka berdua. Aku mengetap bibir dan ingin pamit.

"Er, Mira. Aku pergi dulu ya. Aku nak cari murtabak. Adik aku nak...Saya pergi dulu ya." celahku sempat melemparkan senyuman kepada kawan-kawan Mira. Aku dapat melihat Mira mengangguk dengan wajah yang agak kecewa. Kemudian, aku berjalan pergi ke kedai murtabak yang dikerumumi orang ramai. Murtabak di gerai itu sangat popular dalam kalangan penduduk di sini.

"Tak sangka kau sanggup berkawan dengan orang macam dia...Hahaha! Aku tak boleh lupa apa yang dia dah buat di sekolah dulu. Sekarang macam berlagak baik aje." ujar salah seorang perempuan yang menegur Mira tadi. Mira memandang perempuan itu dengan pandangan sedikit tidak berpuas-hati.

"Haih, jangan cakap macam tu boleh tak. Aku tak suka. Dia yang dulu dan sekarang dah jauh berbeza. Lagipun, dah banyak sangat benda yang dia lalui sebelum ni. Tolong jangan tambah arak dalam api. Daripada bercakap pasal orang, lebih baik kita tengok diri kita sendiri jugakan. Jangan jadi manusia yang suka bercakap dengan cermin. Jika manusia itu ingin berubah, kita sebagai masyarakat ni kena tolong. Kalau tak boleh nak tolong, jangan jadi batu api. Okeylah, gembira jumpa korang berdua. Jumpa nanti..." balas Mira dengan wajah yang agak tegang. Dia terasa dengan teguran daripada kawannya itu.

Kedua-dua orang perempuan itu mendiamkan diri dan sekadar tersenyum nipis. Mira membuat keputusan untuk pamit dan mula menelefon Ibunya pula.

Semenatara itu, ketika aku cuba membayar murtabak yang dibeli, aku ternampak kelibat adikku yang sedang melambai-lambaikan tangannya kepadaku di sebelah gerai. Aku tersenyum keriangan sambil berlari anak kepadanya apabila aku sudah selesai membayar murtabak tadi.

"Dah siap ke?" soal Shakir.

"Ya. Kau ke mana. Nah pegang ni, dan ni..." aku menyerahkan beberapa plastik kepada adik dan dia mengambilnya dengan wajah yang tidak rela. Aku tergelak kecil melihat gelagat adikku itu.

"Ish, cerewetlah kau ni..." bidas Shakir tidak berpuas-hati.

Aku memukul lengannya perlahan. Aku perasan beberapa orang yang lalu-lalang di situ melihatku dengan aneh. Mesti mereka fikir aku sedang bermanja-manja dengan teman lelakiku. Tidak mengapalah. Perkara itu bukan sesuatu yang besar dan menyakitkan hati pun. Jika, aku berada di tempat mereka, mungkin tanggapan yang sama akan hinggap dalam benak fikiranku. Aku membiarkan tanggapan itu ke tepi dan meneruskan perjalanan untuk ke tempat kami memarkirkan motor tadi.

Setelah sampai ke rumah, aku memasuki rumah dengan perasaan gembira. Sudah lama aku mengidam Laksa Penang. Aku memasuki rumah sambil memberi salam. Selepas itu, aku berlari anak ke dapur dan mengambil beberapa pinggan untuk menghidangkan makanan di atas meja makan. Ibu turut membantuku menyusun juadah tadi di atas meja. Adikku pula, masih khusyuk dengan telefon pintarnya.

Semasa mencari plastik berisi pisang goreng dan satar, aku menaikkan bulu kening kiri ke atas kerana kepelikkan. "Mana pulak pisang goreng dan satar?" bisikku. "Shakir, mana plastik pisang goreng dan satar? Aku bagi kau pegang tadi kan..." laungku lantang.

"Memanglah kau bagi aku pegang, tapi masa nak naik motor, kau yang letakkan ke dalam raga motor." balas Shakir. Dia masih ralit dengan telefonnya itu. Aku menghembuskan nafas berat dan menuju ke luar rumah kembali untuk melihat raga motor. Aku mendecis tatkala aku tidak dapat melihat apa-apa pun yang berada di dalam raga motor.

Aku melangkah masuk ke rumah kembali dengan lemah-longlai kerana kecewa. "Mak, tak adalah. Mesti tercicir..." ujarku kecewa dan mengeluh berat.

"Tak baik mengeluh macam ni. Tak ada rezeki nak buat macamana...Kalau ditakdirkan itu bukan rezeki kita, makanan yang dah nak masuk mulut pun, sempat untuk jatuh ke lantai." templak Ibuku sambil menggelengkan kepalanya.

Aku menuju ke arahnya dan memeluknya daripada belakang. Aku merehatkan kepala pada belakang bahunya. Dia membelai kepalaku dengan lembut seolah-olah cuba memujukku. Kami kemudiannya mula menjamu selera di atas meja makan. Usai makan makanan yang dibeli di pasar malam, aku ke bilik untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak.

Pada pukul 9.30 malam, selepas selesai solat Isyak, aku menuju ke katil dan mengambil komputer riba yang tersadai di atas katil. Aku ingin menonton cerita kegemaranku iaitu cerita The Bone Collector. Lakonan Angelina Jolie dan Denzel Washington. Aku sudah menonton ceritanya hampir tujuh kali. Aku sangat menyukai cerita misteri, penyiasatan dan jenayah. Aku baring di atas katil dan mula terlelap tanpa aku sedari.

Kebenaran [LENGKAP]Where stories live. Discover now