Encik Iqmal dan Mira duduk di sebuah meja di dalam Gerai Makan Momok. Encik Iqmal melihat Mira dengan pandangan serius. Ketika itu, Mira bereaksi sedih dan monyok.
"Apa masalah Cik Ramlah sebenarnya? Kenapa dia kata namanya Syakilah? Saya beritahu nama sebenar dia, and then dia terus menangis. Seolah-olah dia kecewa namanya bukan Syakilah. Dia ada masalah dengan nama Ramlah ke?" soal Encik Iqram bertubi-tubi.
Mira mengetap bibirnya. "Bos, saya harap apa yang saya bagitahu Bos ni, hanya kekal di sini. Saya tidak ingin Bos beritahu sesiapa pasal benda ni." kata Mira serius. Encik Iqram menarik nafas panjang dan menghembuskannya. Kemudian, dia mengangguk tanda bersetuju dengan permintaan Mira.
"Sebenarnya 7 tahun yang lalu, pada usia 17 tahun (selepas SPM) keluarga Ramlah telah diculik oleh seorang perempuan. Pada waktu itu Ramlah demam dan berehat di rumah. Jadi, dia tiada di tempat kejadian. Pihak polis cakap, ayah, mak dan adik Ramlah sedang dalam perjalanan pulang daripada makan malam di sebuah restoren. Ayah Ramlah telah menumpangkan seorang perempuan kacukkan Melayu-Britain memandangkan perempuan itu menahan keretanya. Sewaktu dalam perjalanan, perempuan itu berkemungkinan telah mengugut Ayah Ramlah untuk membunuhnya jika tidak pergi ke destinasi yang ingin dia tuju. Pihak polis membuat andaian itu kerana mendapati beberapa kesan pergelutan di dalam kereta dan atas jalan raya. Antaranya beberapa geseran di tayar kereta dan kesan atas jalan raya yang agak mencurigakan." jelas Mira. Dia sedang menahan airmatanya daripada keluar.
"Perempuan itu telah mengurung ayah, mak dan adik Ramlah di sana dan...dan membunuh mereka satu-persatu selepas mendera mereka. Polis menjumpai mayat mereka dalam keadaan yang agak ngeri. Hanya Allah sahaja tahu betapa peritnya Ramlah tanggung semua tu. Dia dihantar ke tempat kebajikan memandangkan umurnya masih belum mencecah 18 tahun lagi. Saudara-maranya pula tidak sanggup menanggung Ramlah. Ramlah hidup di pusat kebajikan selepas itu. Harta Ibu Bapanya telah diambil oleh saudara-maranya yang rakus. Perempuan yang membunuh keluarga Ramlah telah dijumpai selepas beberapa bulan kejadian itu berlaku. Dia merupakan seorang guru Bahasa Inggeris dan...bernama Michelle. Michelle sebenarnya dalang kepada sendiket penjualan organ. Michelle pula telah dibunuh dengan kejam oleh rakan subahatnya." sambung Mira dengan airmata yang berpusu-pusu keluar. Encik Iqmal mengerutkan dahinya. Dia mula berasa simpati dengan nasib Ramlah.
Mira menyeka airmatanya daripada keluar dan menyambung semula. "Mengenai perangai dia yang berubah-ubah itu, saya minta maaf. Saya juga tidak tahu sebabnya. Ramlah sudah berubah sepenuhnya. Dulu, dia seorang yang suka marah-marah di dalam kelas, sekarang dia dah ceria dan agak mesra. Saya kasihan dengan nasib dia. Dia...dia...Um, dia masih menganggap ahli keluarganya masih hidup. Dia selalu cakap ayah dia yang hantar dia ke kedai, dan adik dia yang ambil dia untuk balik. Abang Mad ialah ayah dia, Mak Nyah ialah Ibu dia dan Shakir ialah adiknya. Kadang-kadang, dia panggil diri dia sebegitu. Kadang-kadang dia bercakap seorang diri sambil memanggil nama Shakir, Mak dan Ayah. Huuuuuu..." Mira menyapu airmatanya lagi dengan lengan bajunya.
"Dulu saya ingatkan dia main-main. Jadi, saya tidak ambil tahu sangat. Tapi, sejak belakangan ni barulah saya perasan dan mula mengambil serius akan hal ini. Bos, tolonglah jangan marah dan pecat dia. Dia bukannya orang jahat..." rayu Mira.
"Ya, saya faham." balas Encik Iqmal dengan perasaan serba-salah.
Mira dan Encik Iqmal meneruskan perbualan mereka di gerai makan terbabit. Mira menceritakan lagi tentang keadaan Ramlah yang sebenar. Encik Iqmal mendengarnya dengan khusyuk kerana turut terkilan dengan kisah hidup Ramlah.
Sementara itu, Ramlah turun daripada bas awam dan terus belari anak ke rumah sewanya. Dia membuka pintu pagar dan memasuki rumahnya dengan perasaan sedih. Masuk sahaja di dalam rumah dia berhenti. Keadaan rumah itu sunyi dan suram.
"Ayah! Mak! Adik! Jawablah Mak...Ayah, Ayah baliklah. Shakir, Shakir keluarlah. Aku akan beli semua benda yang kau nak. Aku janji Shakir. Tolonglah...!" rintih Ramlah sambil terduduk di kawasan ruang tamu dengan tangisan yang teresak-esak.
Kemudian, Ramlah berdiri dan berjalan dengan lemah-longlai ke biliknya. Kemudian, dia membuka almari pakaian. Ramlah mengambil pakaian arwah Ibu bapa serta adiknya. Dia memeluk baju itu erat sambil menangis teresak-esak. Dia telah kehilangan kedua-dua Ibu bapa serta adiknya sekaligus dan ia telah merobek hatinya.
Syakilah merupakan personaliti yang direka oleh Ramlah memandangkan Ramlah tidak ingin merasa kesakitan yang sama berulang-kali. Personaliti Syakilah merupakan minda separa sedar Ramlah yang mana Syakilah tidak pernah mengetahui hakikat keluarga Ramlah telah dibunuh. Syakilah juga telah mengalami episod halusinasi. Dia menganggap seolah-olah kejadian pahit itu tidak pernah berlaku.
Sebelum Ramlah 'menghilangkan diri', dia telah mereka watak Ibunya sebagai Mak Nyah yang matang dan baik hati kerana rindu akan sentuhanan seorang Ibu. Dia juga telah mencipta personaliti Abang Mad kerana Ayahnya sangat berdedikasi sewaktu berumur 30 tahun. Dia juga merindui kasih-sayang seorang ayah dan memerlukan kekuatan daripada ayahnya itu. Manakala, dia telah mencipta watak Shakir berumur 17 tahun memandangkan Shakir pernah memberitahu Ramlah bahawasanya dia teruja untuk menduduki peperiksaan SPM. Dia mereka watak Michelle pula kerana perasaan takutnya kepada Michelle.
Ramlah telah 'melemaskan' dirinya sendiri setelah Syakilah berjaya menguasai kehidupannya. Ramlah sudah tidak mampu untuk mengharungi kehidupannya itu. Kini, dia muncul kembali apabila kebenaran mula terbongkar semasa dia mengetahui namanya sendiri. Sudah hampir setahun dia 'mengghaibkan' dirinya itu.
~TAMAT~
"Sesungguhnya tiada manusia pun yang menyukai kehilangan. Kehilangan harta benda mahupun orang yang tersayang. Namun, harta benda tidak akan dapat menandingi betapa berharganya orang tersayang. Jadi, hargailah mereka semua sepenuhnya sebelum terlambat. Saya tahu semua orang pernah merasai suatu kehilangan. Kehilangan orang tersayang amatlah pahit untuk ditelan dan kenyataan itu memang menyakitkan. Namun, belajarlah untuk menerima dan REDA. Allah selalu bersama-sama hambaNya. Jadi, belajarlah untuk bergantung kepadaNya.
Sekiranya terdapat ahli keluarga anda yang mempunyai masalah seperti ini atau depresi yang melampau, sayangilah mereka. Mereka tidak meminta untuk menjadi seperti itu. Terdapat segelintir manusia yang mampu untuk menanganinya, dan ada juga yang tidak berjaya. Sesungguhnya mereka yang tidak berjaya untuk mengatasinya bukan kerana mereka jauh daripada Allah tetapi, kerana mereka telah SAKIT terlampau lama dan ia merupakan UJIAN Allah kepada mereka. Jika anda sebagai manusia tidak dapat membantu mereka, janganlah menjadi 'garam' kepada 'luka' mereka dan semakin membebankan mereka. Isu ini bukannya sesuatu yang remeh-temeh."
YOU ARE READING
Kebenaran [LENGKAP]
Short StoryCerita ini berkisarkan tentang Syakilah yang mempunyai masalah Dissociative Identity Disorder atau personaliti berganda. Dia melalui kehidupannya seperti biasa. Pada suatu hari, seorang lelaki membeli resit tambah nilai dengannya. Syakilah telah mem...