Ice lemon tea dalam tin dibukanya dan diberikan buat insan disebelah. Air Cola yang sudah dibukanya diteguk rakus menghilangkan rasa haus yang hadir.
"Safar Nurmelliana Binti Dato Shahrudin. Itu nama sebenar kamu. Bukan Park Seul Rin. Kamu macam kami juga Islam" Ujur Uwais . Rooftop hospital menjadi pilihannya untuk menceritakan perkara sebenar buat gadis disebelahnya.
"Oppa tak tahu cerita sebenarnya. Yang oppa tahu nama kamu Safar bukan Seul Rin"Ujur Uwais sekali lagi. Matanya memandang tepat kearah bandar seoul di waktu petang.
"Ma-macam mana oppa kenal RoWoon oppa ?" Soalnya.
"Kim SeokWoo dengan JongIn dan Fartini sepupu . Tahu tak masa Fartini muda-muda dulu dia pernah tumbuk muka si SeokWoo tu sebab cakap mendiang Junmyeon hyung yang tengah sakit tu tak lama lagi mati. Dia tumbuk tu perghhh nampak sexy. Tapi itulah time tu tak sempat oppa nak menikmati, dah mendiang Junmyeon hyung datang tampar Fartini" Cerita Uwais dengan penuh bersemangat.
"Tapi oppa tak sangka SeokWoo sanggup bunuh Junmyeon hyung sebab nak balas dendam saja. Sangat klise" Ujur Uwais sekali lagi.
"Tadi oppa ada cakap Seul Rin ni Safar, dan appa masih hidup. Boleh Seul Rin jumpa appa ?" Pintanya dengan lembut.
"Boleh ! Nanti Oppa suruh Umar tunjukkan bilik appa. Tapi oppa nak minta sesuatu dekat Safar boleh ?"
"Uh ?"
"Jangan panggil Seul Rin. Panggil Safar. Bukan Safar tu maknanya baik ?" Tersenyum Uwais.
"Ba-baik. Rin maksud saya Safar cuba" tertunduk dia memandang bawah. Kekok takala menyebut nama Safar.
"Nahh macam tu baru good girl" Digosok kepala Safar dengan lembut.
"Safar. Oppa tak salahkan Safar pasal keguguran Fartini tu. Oppa tahu bukan rezeki Oppa dengan Fartini lagi. Jangan ikutkan perasaan sangat. Afif memang bergitu dia emo sikit" Pujuk Uwais tenang. Dipandang wajah insan disebelahnya. Terubat rindu pada si adik takala dia melakukan sebergitu.
"Dah jom. Nanti penguin kesayangan oppa sedar oppa tak ada menagis pula, payah nak pujuk dia" Seloroh Uwais . Dibetulkan segala jenis urat yang sudah tersimpul akibat duduk yang agak lama.
______________________
Bilik VVIP milik Dato Shahrudin dipandangnya. Kepala yang berdenyut dari tadi benar-benar menganggu pandangannya. Digunakan kekuatan yang masih ada dalam dirinya. Ditolak perlahan pintu bilik tersebut.
Sekujur tubuh tua sedang terbaring dengan mesin denyutan jantung memenuhi ruangan bilik tersebut. Bingkai gambar sebuah keluarga yang berada disisi katil menjadi tarikan pandangan matanya. Seluruh tubuhnya mula mengeletar takala melihat isi didalam bingkai gambar tersebut.
Gadis yang raut wajahnya tidak tumpah sepertinya, cuma gadis didalam itu bertudung seperti Ifti dan Fartini. Penampilannya ayu dan manis takala tersenyum disamping seorang kanak-kanak yang sebaya dengan Khalish.
"Itu keluarga kau" Ujur seseorang dari arah belakangnya.
Mata yang sudah bertakung dek air mata memandang kearah suara tersebut. Dikesat butiran jernih tersebut dengan belakang tangannya. Nafas ditarik sedalam yang boleh bagi mengurangkan rasa yang hadir dalam dirinya ketika itu.
"Semasa kemalangan , kesemuanya cedera parah kecuali kau. Sebab tu suami SooHae ambil kau. Dia fikir semua dalam tu dah mati. Tapi tak sangka kau lupa ingatan. Bila suami SooHae dapat tahu bapa kau sorang sahaja selamat dan didapati koma , dia bertindak bunuh diri." Terangnya lagi.
"Tapi aku tak sangka pula kau boleh bawa malang kau pergi dekat keluarga Afif. Lelaki yang kau pernah jumpa dulu. Tapi mesti kau tak ingat bukan ?"
"a-awak siapa ?" Soalnya.
"One day kau kenal aku juga." Jawabnya dengan bibir mengaris senyuman sinis sebelum dia berlalu keluar meninggalkan insan tersebut seorang diri.
Hanya mengambil masa 30 minit sahaja untuk dia berada didalam bilik tersebut. Kakinya melangkah longlai menuju kearah pintu lif , selepas dia keluar dari bilik tersebut, sedikit pun dia tidak menangkat wajahnya, lantai hospital lebih menarik dari pandangan hadapannya. Fikirannya celaru ketika itu.
Akibat berjalan tidak memandang kehadapan, dengan tidak semena dia berlanggar dengan sesuatu 'benda' yang keras tetapi lembut.
"Lain kali jalan tengok depan bukan pandang lantai" suara garau yang cukup dia kenali menyapa halwa telinganya. Cukup kedengaran sinis sekali percakapannya.
"Ma-maaf" berundur setapak dia kebelakang . Kepala masih lagi menunduk memandang lantai .
Sebaik sahaja dia berundur. Insan dihadapannya turut melangkah kehadapan . Lagi diundur , makin galak insan tersebut mendekatinya. Sehinggakan tiada ruang lagi yang membolehkan dia berundur.
Kedua tangan kekar milik insan tersebut diletak pada dinding , mengunci dirinya dari bergerak kemana-mana .
"Kau memang tak serik lagi bukan ?"
Kepala didongak memandang insan tersebut . Kedua mata hitam merenung tepat kearahnya. Jarak diantara mereka ketika itu terlampau dekat sehinggakan dia dapat merasa hembusan nafas panas menyapa wajahnya.
Bau kolegen pada tubuh insan tersebut memasuki rongga hidungnya dan cukup membuat dirinya mengalami suatu perasaan aneh dalam diri.
"Aku cakap jangan sesekali muncul depan aku mahupun keluarga aku. Tapi kau tetap degil. Cukup sekali kau pernah buat aku gila bayang dengan kau. Dan sekarang kau buat aku gila melayan perasaan sendiri" ujurnya lagi tetapi lebih kearah bisik. Nada suara yang ditekan sedikit membuatkan suara garau tersebut kedengaran seperti sedang menahan rasa geram.
Dengan berani dia memandang wajah insan tersebut. Hendak memgeluarkan suara terasa seperti ada sesuatu yang menyekat kotak suaranya.
"Aku tak mahu tengok muka kau lagi
Safar Nurmelliana . Jangan muncul depan aku mahupun keluarga aku . Cukup kau buat keluarga aku musnah" Dikembalikan jaraknya semula. Kedua tangan disilang kedada."Afif ! Ehhh Seul Rin pun ada ?" tegur Fartini yang ditolak perlahan oleh Uwais kearah mereka. Mereka (Uwais dan Fartini) yang baru sahaja selesai mengambil angin di ruang atas hospital (rooftop) mengambil tindakan untuk membuat lawatan percuma diseluruh bangunan hospital tersebut.
"Korang buat apa dekat sini ?" Soal Uwais . Berkerut dahinya melihat kedua insan yang sekarang melancarkan perang dingin tanpa senjata itu sedang berdua duaan di korido hospital.
"Fartini kenapa kau keluar ? Bukan doktor cakap kau tak boleh keluar ?" Dengan bijak dia (Afif) bertindak mengabaikan persoalan dari Uwais dengan bertanya akan hal-hal berkaitan soal hati si Uwais.
"Aku bosan duduk dalam tu. Asyik hadap muka dia saja. Aku nak juga ambil udara dekat luar. Sekali sakala kena layan macam princess" ujur Fartini dengan senyuman terhias di bibir pucatnya.
"Afif kau tolong nasihat dia ni. Aku tak larat nak nasihatkan . Asal cakap sikit ja . Dia tarik bibir tu macam itik kampung" kali ini Uwais berjaya memakan umpan yang dilemparkan oleh Afif sendiri.
"Sa-saya minta diri dulu" pinta Seul Rin (Safar).
"Ehh . Seul Rin tolong unnie kejap . Unnie nak pergi toilet . Kamu tolong ya" lengan Safar dipegang kejap oleh Fartini.
Jelas sekali wajah Safar sudah berubah takala mendengar permintaan dari Fartini. Dipandang wajah Uwais seketika sebelum dia melemparkan pandangan kearah Afif.
"Errr"
"Please"
"Pergi jelah teman dia. Oppa dah tak larat" Ujur Uwais sambil bersandar , melepas keluhan lelah di bibir.
"Ta--"
"Jom Seul Rin . Tolong ye"
'Aku akan buat diorang bencikan kau. Safar'
-To Be Continue-
YOU ARE READING
18🍒 - DIA LELAKI IDAMAN 2 [COMPLETE]
FanfictionWARNING : This story will be full shit of drama . Thanks Kematian si isteri sewaktu melahirkan anak keduannya sedikit sebanyak membuatkan dirinya dilanda emosi yang sukar dikawal. Dibawa diri ke tempat dimana dia patut berada untuk tenangkan jiwa...