"Ish mana ayah ni? Kenapa tak angkat call? Jarang dia ni tak menjawab kalau orang call. Takkan silent phone pulak, sejak bila? " Ayman tidak senang duduk. Sudah 2 minggu dia cuba menghubungi ayahnya. Emel tidak berbalas, panggilan telefon tidak dijawab.
Sesibuk apa pun, ayahnya pasti akan menghubungi semula Ayman. Tetapi kali ini, ayahnya langsung tidak dapat dikesan. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia segera pulang ke Malaysia.
"Argh duit biasiswa tak masuk lagi! Nak beli tiket flight pun takde duit. Aduh! Menyesal pulak belajar jauh-jauh ni," bisik Ayman."Man! Ayman! Kau buat apa kat sini?" tegur Khalis, teman sebiliknya. Khalis sudah dianggap seperti abang kandungnya. Khalis banyak membantu menguruskan kehidupan Ayman di Amerika Syarikat.
"Eh Khalis. Aku baru habis exam. Aku try call ayah, dah dua minggu takde response. Risau jugak, dia pun tak berapa sihat tu. "
"Jangan risau la. Insya Allah takde apa tu. Mungkin dia takde kredit kot nak reply." Khalis cuba menenangkan Ayman. "Oh by the way i found an interesting cases. Look at this. Seorang lelaki berusia 50-an dilaporkan hilang. Polis tak dapat kesan mangsa. sedih kan? dah 2 minggu hilang, orang yang sedar kehilangan mangsa adalah jiran dia."
"Nama mangsa? " tanya Ayman.
"Nama diaa ialah .. " perbualan mereka terhenti sebentar. Kelihatan dari arah belakang Professor Herring memanggil untuk masuk ke dewan kuliah.
"What are guys up to? Come here, my class is about to start" bebel Professor Herring. Beliau dikenali sebagai seorang yang tegas dan pantang melihat anak didiknya membuang waktu. Ayman dan Khalis lantas bergegas membuntuti beliau.
" 50-an? 2 minggu? " Ayman berteka-teki. Berdasarkan maklumat berita tersebut, seakan menepati ciri bapanya. Bapa Ayman berusia 51 tahun. Sudah 2 minggu dia gagal menghubungi bapanya. "Cuma nama je tak tahu." Ayman begitu runsing, dia mengetuk pen di meja lalu mengigit pen tersebut, tanda mindanya ligat berfikir.
"Ayman, what's that? You're disturbing the classes with your pen. Stop playing with that," tegur Professor Herring.
"S-s-sorry sir, " dia meminta maaf.
YOU ARE READING
HILANG.
Mystery / Thriller"Ayah! Ayah!" Ayman langsung terjaga dari mimpi. Keringat dingin membasahi tubuh. Dia menangis sendirian. Sudah lima tahun berlalu semenjak ayahnya hilang tanpa jejak. ************************************** Januari 2013. Suatu kes kehilangan lelaki...