Tringggggggggggggggggg!!!
Jam loceng berdering kuat, namun pantas tangan Ayman menyambar jam tersebut untuk menutup butang alarm.
Jarum jam menunjukkan pukul 5 pagi. Bingkas dia mencapai tuala, lalu bangun menuju ke bilik air untuk mandi.
Selesai mandi dan mengambil wuduk, Ayman melakukan solat tahajud dan solat istikharah dengan harapan untuk mencari tahu keberadaan ayahnya.
Usai menunaikan solat sunat, Ayman mencapai Al-quran,dia bercadang untuk membaca sedikit surah sementara menunggu azan Subuh berkumandang.
Tidak semena-mena, angin bertiup kencang.
Tokk.. tokk.. tokk.. tokk.. tokk..
Bunyi ketukan di tingkap bilik Ayman.
"Dangg.. apa pulak tu. Setahu aku takde pulak pokok tinggi tumbuh kat sebelah tingkap aku.." Ayman bermonolog.
"Eh kejap... tapi rumah aku kat tingkat 5...."
Ayman berdolak dalik sama ada mahu menyelak langsir untuk melihat apa yang berlaku.
Dia memberanikan diri untuk melihat siapa yang mengetuk cermin tingkap biliknya.
Sepi. Tiada apa apa di baliknya.
Angin yang bertiup kencang sedari tadi sudah berhenti.Fuhhh. Ayman menarik nafas lega.
"Boleh pengsan aku kalau betul betul ada makhluk tadi. "
********************************
Matahari mulai bersinar terik, burung pipit berkicau riang, menandakan hari sudah siang.
Ayman kelewatan bangun dari tidur, dek kerana peristiwa aneh yang berlaku subuh tadi. Dia hanya bisa melelapkan mata pada jam 7 pagi.Tok tok tok tok.
"Assalamualaikum Ayman."
"Waalaikumussalam. Kejap bu.."
Ayman lantas bangkit dari tempat tidur. Dia berjalan malas menuju pintu utama.
"Iya bu Rokiah, ada apa? "
"Eh kamu baru bangun ya. maaf la eh, ganggu je."
"eh takpe bu, saya sambung tido lepas Subuh tadi, tu yang bangun lambat"
"Ini ha, ibu ada masak sarapan untuk kamu. Kamu tinggal sorang mesti tak masak kan?"
"Eh macam tau tau je ibu ni, hahah. maklum la bujang kan"
"Hmm ye la man. Eh ni, ada apa-apa khabar dari bapak kamu ke? "
"takde la bu. itu saya risau. Lepas ni saya nak pergi balai polis, nak buat laporan."
"kamu rasa polis nak layan ke? bukan apa, dah berapa hari pulak kan orang hilang baru nak buat laporan polis... "
"nak buat macam mana bu, saya kan baru boleh balik Malaysia. Mana la nak tau dia nak hilang. Eh ibu, ni saya nak tanya. Malam tadi ibu ada dengar apa apa tak? Bunyi angin ke, orang ketuk pintu ke? "
"takde la pulak man. Ibu tido mati la man, mana nak sedar kan. Kenapa man, kamu kena kacau ke? "
YOU ARE READING
HILANG.
Mystery / Thriller"Ayah! Ayah!" Ayman langsung terjaga dari mimpi. Keringat dingin membasahi tubuh. Dia menangis sendirian. Sudah lima tahun berlalu semenjak ayahnya hilang tanpa jejak. ************************************** Januari 2013. Suatu kes kehilangan lelaki...