BAB 2

7K 234 6
                                    


"Indera Kayangan Saksi Bisu Perkenalan Dua Jiwa"

 

"KENAPA dia masih tidur, bapak?"

"Tenaganya masih lemah. Dia perlu istirahat. Menjelang senja, sedarlah dia."

Aku angguk. Aku tahu bapak seorang yang berkebolehan. Bapak seorang ilmuan. Tinggi ilmunya berbanding aku. Aku? Cuma anak bapak yang menuntut ilmu dengan ajaran bapak.

"Kenapa dia pakai pakaian lain daripada orang sini?" Pakaian lelaki itu aku masukkan ke dalam tempayan. Tempat aku mencuci baju.

"Bukan warga sini barangkali. Daripada pemakaiannya saja, bapak rasa dia bukan di kalangan kita."

Ya betul. Lelaki itu berbaju kemas. Warna hitam dan seluar juga hitam. Di dalamnya ada lagi baju putih. Di lehernya dililitkan tali berwarna hitam. Entah tali apa tapi kelihatan cantik. Tak panas ke pakai macam tu?

"Kita makan dulu. Nanti dia sedar baru kita tanyakan."

Aku angguk. Lalu bapak bacakan doa. Kami makan tanpa sebarang bicara. Adab ketika makan kata bapak.

BAPAK mengimamkan solat maghrib kami. Merdu bacaan bapak seperti selalu. Seusai solat, bapak duduk menghadap aku. Al-Quran kecilnya dibuka. Aku tunduk faham. Seperti lazimnya seusai solat, bapak akan menyemak hafazanku.

"Al-Mulk dan As-Sajjdah."

Aku mengangguk. Mata aku dipejamkan rapat mencari fokus lalu kubacakan ayat demi ayat. Satu pun tak tertinggal.

"Bagus. Besok kamu bacakan pada bapak surah Al-Anfal dan At-Taubah."

"Baik bapak."

Bapak memusingkan badannya kembali menghadap kiblat dan aku membuka telekung. Aku berlalu ke bilik untuk memakai selendang sebelum ke dapur.

"Kau siapa?"

"Allah!" Aku mengurut dada akibat terkejut. Aku tahu siapa yang bersuara walaupun aku tidak berpaling. Mesti lelaki tu.

"Aku Mawar. Kau dah sedar?" Aku bertanya sambil tubuh masih tidak menghadap ke arah sana.

"Mawar?" Dia mengulang.

Aku mengangguk. Aku berlalu ke dapur. Tak manis rasanya berbual sedangkan bapak masih di tempat solat. Walaupun sebenarnya aku yakin, bapak dengar suara kami.

"Kau sudah sedar wahai orang muda?"

Aku dengar suara bapak. Oh! Mesti bapak dah selesai membaca al-Quran.

"Pak cik ni siapa?" Suara lelaki itu kedengaran hairan.

"Aku Datu Said. Itu anakku, Dayangku Mawar. Anak ini namanya apa?" Bapak bersuara ramah.

Aku memanaskan lauk. Air teh herba yang masih berbaki aku letakkan di dalam mangkuk. Kemudian aku letakkan di dalam dulang lalu dihidangkan di sebelah bapak.

"Saya tak tahu." Lelaki itu menjawab.

"Anak muda ini asal dari mana?" Bapak bertanya lagi.

"Saya tak tahu." Lelaki itu menjawab lagi.

"Anak lupa siapa nama? Lupa asal dari mana?" Bapak masih bernada lembut.

"Saya tak ingat. Sedar-sedar saya ada dalam hutan. Saya kat mana pak cik?" Lelaki itu lambat-lambat bersuara. Dia menyandarkan badan di dinding dengan bantuan bapak.

HAQ MAWAR ✔Where stories live. Discover now