I Choose To Love You -Hyolyn
*****************
Kepingan biskut Lexus berperisa coklat menjadi santapan masa lapang Fazreen. Matanya tertumpu kepada rancangan larut malam yang tersiar di kaca televisyen. Jam sudah menunjukkan angka 4 pagi, namun gadis itu masih tidak menunjukkan tanda-tanda mengantuk.
Filem Twilight masih setia berputar-putar menuju pengakhiran. Lagi-lagi Fazreena mengunyah snack nya tanpa beba-- ralat nyaris tanpa beban.
Entah kenapa sejak dua minggu yang lalu hidupnya menjadi semakin tidak tenteram. Hatinya bagaikan hilang fungsi. Semua yang sepatutnya terasa hangat bahagia hanya tawar.
Sudah dua minggu lebih hatinya tidak merasai apa-apa pun perasaan. Sedih? Gembira? Berdebar? Terkejut? Apa itu? Apa rasanya?
Insomnia lah penyebab kantung matanya sudah menghitam. Malam-malam nya dihabiskan dengan perkara yang sama.
Kaca televisyen
Biskut
Hembusan angin malam
Deruan nafas
Dan
Memori.
Fazreen sendiri berasa hari-hari nya semakin suram. Bunga-bunga mekar yang menghiasi tamannya dulu sudah mati diracun manusia. Rama-rama yang sibuk menari sudah menghilang bersama kehangatan.
Hanya ada satu nama yang bermain-main dalam fikirannya.
Sejak dulu
Kini
Dan mungkin selamanya
Hong Joshua
Rakan dengan gaya penuh gentleman yang mampu memikat hati sesiapa sahaja. Lagaknya penuh kelembutan bagai tidak mampu meluka. Senyumannya mampu menghangatkan hati yang membeku.
Bahkan mencairkan. Sejak dulu lagi hati Fazreen sudah mencair, menyuburkan tanah gersang dalam hatinya sehingga tumbuh taman seindah cinta.
My hot lips want to
touch your soft lips
So that my love will be delivered to your heart.Tapi,
Malangkah dirinya? Salahkan mencintainya? Sesusah itukah cintanya untuk digapai?
Egois kah dirinya mahukan cintanya dibalas? Cinta sucinya sejak dari bangku sekolah lagi. Salahkan dia?
If you still haven't known how I felt
I will love you more than anyone in this world.Dia sendiri yang menolak cinta Joshua. Dan dia jugalah yang menyesal.
Jujur hatinya bukan sekeras itu. Hatinya sakit menerima hakikat pahit ini. Yang dia harapkan hanyalah cinta tulus suci nya dibalas dengan keihklasan. Bukan hanya sebagai pengganti semata-mata.
Hatinya sudah remuk dengan keputusan dia sendiri.
Pergi dan melupakan cinta hati yang sudah dia jaga sejak dulu lagi?
Berpura-pura sudah move on padahal? Huh. Dia lah yang meraung menangis hampir setiap malam mengenangkan perjalanan hidupnya yang tidak seindah kisah Cinderella.
YOU ARE READING
The Climb
FanfictionA soulless oneshot fanfiction collection and life :') GotNoFeel_