Warm: Soonhoon, bxb, Yaoi
Rate: T
Genre: Fantasy
Length: Twoshoot [Part 1]
***********************
Bermain hujan sudah menjadi satu kebiasaan bagi pemuda mungil ini. Betapa indahnya apabila air hujan yang sejuk mendingin membasahi permukaan kulitnya. Menyegarkan fikiran dan badan kecilnya dari kesibukan duniawi.
Aliran air hujan yang mengalir jatuh ke tanah bagai membawa kelelahan Woozi bersama. Air hujan yang gugur dari langit yang membiru berjaya menjadi pelempias stressnya. Hatinya berlonjak gembira setiap kali melihat titisan indah tersebut.
"Hujan lagi?" Woozi sedang memandang ke luar tingkap. Dia terduduk diatas katil dengan selimut tebal yang masih membungkus badan kecilnya. Tidurnya pada pagi ini sedikit terganggu kerana hujan yang lebat besertakan kilat dan guruh diluar sana.
Seiingat Woozi negaranya sekarang mengalami musim panas, tapi kenapa hujan lebat tiba-tiba turun? Dan seingatnya juga kelmarin pagi juga sudah hujan walaupun tidak selebat hari ini.
Bukannya marah, hanya Woozi berasa sedikit hairan dengan kejadian alam ini. Dia tersenyum kecil. Anak matanya menangkap seseorang dihujun jalan sana.
Namja itu. Namja yang muncul bersamaan dengan titisan hujan. Yang sentiasa bermain hujan di hujung jalan sana. Namja yang sering diperhatikan Woozi.
Ada satu lagi perkara yang Woozi suka mengenai hujan. Iaitu susuk bermata sipit yang sentiasa menemani hujan. Sering kali namja tersebut tersenyum sambil mendongak ke langit. Membiarkan gugusan hujan menerpa muka tanpa cela nya.
Sejujurnya, Woozi suka senyuman itu. Senyuman penuh keceriaan dan tanpa masalah. Membuatkan hujan yang dianggap kesedihan menjadi satu keseronokan dan kegembiraan. Membuatkan Woozi ketagihan dengannya; hujan dan namja tersebut.
Kadang-kala Woozi menangkap namja tersebut menari didalam hujan. Bukan tarian gila dan seksi tetapi tarian penuh dengan makna tersembunyi. Sangat indah dan sangat mengusik hati.
Sungguh Woozi sudah kemaruk dengan dia!!Kedua mata sipit yang sebenarnya mempunyai iris mata yang sangat indah. Bibirnya yang melengkung ketika mengukirkan senyuman. Gelak tawa nya yang samar kedengaran kerana derasnya hujan. Rambut hitamnya yang dibasahi titisan hujan.
Ahh woozi jadi tersenyum hanya dengan mengingatinya.
"Mwo.. Kenapa dia... " Woozi bergegas turun dari katilnya tanpa ada niat menyambung kata. Dia menukar baju tidurnya kepada T-Shirt hitam plain dan terus berlari ke luar dari rumah.
Sebaik sahaja membuka pintu, pasti lah hujan yang pertama kali menyapa dirinya. Tanpa berfikir panjang, Woozi berlari meredah hujan. Suhu dingin ditambah hujan lebat pagi ini tidak dapat memberhentikan langkahnya. Dia terus berlari walaupun sudah basah kuyup.
Tanpa disuruh, langkah Woozi menjadi perlahan dan dia terhenti ditengah jalan. Kedua tangannya terdiam disisi. Dia cuba meneutralkan nafasnya yang memberat. Mata Woozi tidak berkelip memandang seseorang didepan sana.
Namja tersebut.
Terduduk di tengah jalan.
Menunduk.
Dan.
Menangis?
"Hiks" walaupun samar kedengaran, Woozi pasti itu adalah sebuah tangisan. Walaupun di dalam hujan, Woozi dapat melihat riak wajah namja tersebut.
Tersakiti.
Terluka.
Sunyi.
"W-wae?" Woozi teragak-agak untuk bertanya. Walaupun sering berjumpa, mereka berdua tidak pernah bertegur sapa. Hanya sesekali melempar senyuman kepada satu sama lain.
Namja tersebut mendongak memandangnya. Kedua matanya merah akibat menangis. Tiada sedikitpun perasaan lain yang dipaparkan kecuali kesedihan.
Dan melihat itu, hati Woozi bagaikan ditikam seribu pisau.
Entah mengapa Woozi tanpa sedar sudah memeluk namja tersebut yang sedang menangis didalam dakapannya. Entah kenapa Woozi membisikkam kata-kata semangat dan mengusap rambut basah namja tersebut. Entah kenapa. Entah.
"Woozi.. Kau?" setelah berasa tangisan namja tersebut sudah reda, Woozi memperkenalkan diri. Dia tersenyum manis walaupun masih di dalam hujan.
"Hoshi.." lagi-lagi senyuman woozi melebar. Dia kembali memeluk Hoshi dan menariknya untuk menari bersama.
Ya berduan menari di dalam hujan di pagi hari. Bukan kah itu perkara gila?
"Kita kawan sekarang jadi berhentilah menangis"
Dan senyuman kegemaran Woozi terukir betul-betul di depan matanya.
****************
Evil laugh wahahahaha hello private part
GotNoFeel_