Bolehkah Hoshi menggelarkan dirinya bodoh? Dia memang tersangat bodoh sehingga melupakan Woozi seirang diri di bandaraya Seoul sementara dirinya berseronok ria.
Bodoh? Cih. Bahkan Woozi sering mengatakannya bodoh. Tidak peka, ceroboh dan banyak lagi kata negatif. Jadi kenapa dia masih tertanya-tanya. Memang sudah terang-terangan dirinya bodoh.
Bodoh kerana menganggap Woozi tidak akan apa-apa. Padahal dia tahu, pastinya hati woozi terguris sedikit.
Sejujurnya dia memang mahu mengajak Woozi ke Jeju-do. Tapi....
Namja kecil itu benci keramaian. Dia benci hiruk-piruk pesta. Dia benci di paksa. Dia benci banyak perkara. Mengajaknya bersama sama sahaja menyuruhnya melakukan benda yang dibenci.
Bukan kah begitu?
Tapi Hoshi tidak tahu kenapa dia tidak sedikit pun memberitahu Woozi tentang percutiaanya. Entahlah ketika itu Hoshi hanya memikirkan suasana Jeju-do yang menghangatkan jiwa.
Mata sipit Hoshi tidak lari daripada memandang lautan didepannya. Dia terduduk seorang diri di tepi pantai, bersandaran kepada sebatang pokok kelapa yang tumbuh condong.
Dan janganlah tanya author wujudkah pokok kelapa di sana kerana sesungguhnya author hanya penulis.
Dia yang hanya berpakaian seluar pendek hijau dengan hoodie kelabu terdian seorang diri di larut malam. Rakan-rakannya yang lain sudah lama pulang ke villa dan masuk tidur.
Pantai Jeju-do kelihatan berkali lipat lebih indah di waktu malam. Taburan bintang-bintang di langit ditemani sang rembulan. Bunyi ombak yang saling bersahutan. Dan angin sepoi yang membuatkan Hoshi kedinginan.
Bukankah itu indah?
'Woozi. Sedang apakah kau di sana?'
Hoshi memang berasa sedikit bersalah. Dia dari pagi tadi lagi ingin menghubungi sahabat kecilnya itu tapi... dia tidak berani.Sungguh dia lemah menghadapi Woozi.
Woozi itu kekuatan dan kelemahannya.
Mana mungkin dia berani berhadapan dengannya selepas menguris luka di hati namja itu.
"Ughhh" Hoshi mengeluh kesal. Lagi-lagi dia mengingati Woozi. Memang sudah tiada orang lain yang penting baginya? Memang dia seorang sahaja pernah Hoshi sakiti? Apakah memang dia belahan jiwanya?
Ahh soulmate.. entah kenapa Hoshi terasa begitu teringat dengan Woozi.
"Balik nanti aku akan bagi benda ni" Hoshi menggenggam sekalung rantai dengan hiasan cengkerang dan membawanya ke udara. Dia mengangkatnya ke atas bagi melihat ukiran nama besi yang tercatat di situ.
'Soon'
Dia tersenyum kecil. Sebelah tangannya lagi memegang hujung kalung yang sedang dipakainya. Sebuah kalung yang sama dengan hadiah buat Woozi namun dengan ukiran namabyang berbeza.
'hoon'
Bukan kah itu indah?
********************
Short fic. I told you
GotNoFeel_
YOU ARE READING
The Climb
FanfictionA soulless oneshot fanfiction collection and life :') GotNoFeel_