My Star

80 10 1
                                    

Senyuman itu. Ya senyum kecil dengan sejuta makna berjaya menghangatkan hati kecil milik Lyra. Gadis kecil dengan mata indah memukau.

Namja kecil didepannya tersenyum tanpa beban. Aiskrim yang berselerakan di tanah tidak membuatkan darahnya naik walaupun sedikit. Malahan dia dengan ikhlas membantu Lyra untuk berdiri setelah terjatuh.

"Gwenchana.." tangisan Lyra hampir sahaja pecah beberapa saat yang lalu jikalau tangan kecil namja tersebut tidak menepuk pelan kepalanya.

Lyra serba salah. Kalau lah beberapa saat lalu dia tidak berlari serata taman sambil melompat di sana-sini, pasti semua ini tidak akan terjadi. Pasti dia tidak akan melanggar namja ini dan menjatuhkan aiskrimnya.

"Oppa.. mianhaeyo"

"Uhmm uljima" namja tersebut mengangguk kecil sambil berusaha menyapu pipi Lyra yang terkena sisa-sisa aiskrim coklat. Lyra yang lebih rendah daripadanya membuatkan dia terpaksa menunduk sedikit.

Serentak itu mata kedua kanak-kanak kecil ini bertemu. Membina garisan lurus buat beberapa saat. Saling terlarut dalam iris kedua-duanya yang sama-sama indah.

"Soonyoung... lain kali jangan buat lagi tau" Lyra mengangguk kaku. Selintas nama disebut cepat-cepat disimpan didalam fikirannya. Rupa paras namja kecil itu sepintas lalu disimpan. Dia tersenyum kecil dengan pipi merah padam.

"Nae oppa..."

Diam-diam dia tidak menyesal sudah mencuri keluar dari istana dan turun ke bumi. Lari dari Istana Bintang Orion nuh jauh disana.

*******************

"YAHH LYRA!! WAKE UP YOUNG LADY!!"

Mata bersinar milik Lyra berkelip-kelip kecil sebelum pemiliknya kembali memejamkan mata. Dia menarik selimut biru terangnya hingga ke kepala dan menutup telinga.

"Ohh shut up Vega!! You know I hate my birthday!!"

Vega, gadis cantik bersinar serata galaksi memuncungkan bibirnya menghadapi kerenah kawannya seorang ini. Di kala setiap gadis di kerajaan Orion bersorak gembira di ulang tahun mereka, Lyra, gadis pujaan ramai ini pula lebih memlilih tidur. Padahal kedua ibu bapanya sudah menyiapkan majlis terhebat abad ini.

Istana Bintang Orion itu pagi-pagi lagi sudah sibuk dengan para pembantu berlalu-lalang menyiapkan istana. Setiap penjuru istana dihiasi dengan pelbagai jenis hiasan dan juadah bagi semua penduduk Orion.

Ibu bapa Lyra, atau lebih dikenali sebagai Raja dan Permaisuri Orion tidak mahu melupakan majlis anak tunggal mereka.

Kenapa?

Kerana di setiap ulang tahun kelahiran gadis yang ke-18, mereka perlu bertemu sang peneman hidup. Tidak kira mahu atau tidak tapi itu lah adab resam penduduk Orion.

Sesiapa yang membantah  pula akan dicampakkan ke luar ruang angkasa. Terapung tanpa tentu arah sehingga ditarik lohong hitam dan hancur bagai debuan awan nebula.

" wae vega? Kau masih setia dengan 'namja kecil' kau tu ke--OUCH YAH!!"

Sebuah bantal terbang betul-betul ke arah Vega. Gadis itu memekik terkejut. Dia mengambil kembali bantal tersebut dan menyerang balas.

Tidak terima, Lyra sama-sama membalas. Dia melemparkan semua bantal yang ada ke arah kawan baiknya itu. Lyra tersenyum menang kerana Vega sudah mencebik comel dengan tompokkan bantal disekitarnya.

"But Lyra, you know you can't marry a human right?"

Senyumannya luntur. Dia dan 'namja kecil' masa silamnya bebeza. Berbeza dari segi segalanya. Memang mustahil mereka berdua bersatu. Lebih-lebih lagi dia seorang puteri. Penyambung kerajaan yang dihormati lagi disegani.

The ClimbTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang