Musim panas hari ini disambut dengan hujan lebat. Biasanya hari ini kanak-kanak di kota Seoul akan berpusu-pusu bermain di kolam renang. Menyejukkan diri daripada terus kepanasan.
Tapi kerana hujan lebat hari ini, suara kanak-kanak yang biasanya memecahkan kesunyian digantikan dengan bunyi hujan.
Dan waktu begini lah membuatkan Woozi menenggelamkan dirinya dalam tompokan selimut hangat sambil terus berdiam diri di atas katil empuknya.
Sejujurnya dia lebih suka musim sejuk. Tidaklah kulit putihnya terbakar terkena sinar matahari. Dan boleh lah dia terus tidur hingga ke siang tanpa berpeluh kepanasan.
Tapi nak buat macam mana kan? Perubahan musim bukan di bawah kuasanya.
Melihat titisan hujan, Woozi jadi mengingatkan sahabatnya. Sahabat penuh ragamnya. Yang selalu mengacau hidupnya dengan pelbagai lawak bodoh. Siapa lagi kalau bukan Kwon Soonyoung.
Woozi rindunya. Namja itu sedang tidak berada di Seoul. Beberapa hari lalu dia sudah pergi mengambil angin bersama beberapa rakan kelas yang lain.
Mereka ke Jeju-do. Bercuti di sana untuk menghabiskan cuti persekolahan.
Ahh indahnya. Kalau lah Woozi boleh pulang ke Busan dan menikmati pantainya yang indah. Ombak pantai itu bagaikan memanggil namanya dengan nyanyian alam yang menusuk kalbu.
Senyuman Woozi tiba-tiba sahaja luntur. Bagaimana tidak? Sahabatnya itu boleh sahaja berseronok dan meninggalkannya keseorangan.
Jarak rumah mereka hanya berjarak beberapa blok sahaja, mereka jauh daripada kata rapat. Tetapi kenapa sahabatnya satu itu tidak mengajaknya?
Bahkan Soonyoung tidak mengatakan dia akan ke JeJu-do bersama Seungkwan, Seokmin, Hansol dan Jisoo. Dia sendiri baru sahaja mengetahuinya semalam. Itu pun kerana tidak sengaja melihat gambar selfie nya bersama Seokmin dan Seungkwan di story instagram.
Hatinya terguris? Tidak. Woozi tidak marah dengan Soonyoung. Dia tahu sahabatnya itu memang tidak boleh berdian diri di rumah. Pasti remaja kelebihan tenaga itu mahu bersuka-ria dengan bercuti.
"Hujan.. adakah kau mendengarkan suara hatiku?" Woozi menatap titisan hujan dari jendela biliknya. Dia bangun dari katilnya dan membuka tingkap. Membiarkan hawa dingin hujan lebat memasuki ruangan bilik sederhananya.
Dia memejamkan mata berharap perasaannya hilang ditiup angin yang berhembus lembut di pipinya. Ada satu rasa yang menganggunya. Kecewa? Atau cemburu?
Kenapa pula dia cemburu? Mereka berlima hanya bercuti di pulau kelahiran Seungkwan buat beberapa hari. Bersenang-senang bermain pantai sambil menikmati masa bersama-sama.
Dan meninggalkannya sendiri.
Hahahahaha. Perasaanya bercampur aduk. Wajah sahabat kesayangannya yang tertawa bahagia bermain di dalam fikirannya.
Hidung woozi sudah memerah kerana terlampau sejuk. Rambut hitamnya juga jikalau disentuh sudah bersuhu dingin tetapi dia masih lagi setia memejamkan mata. Tidak bergerak walaupun seinci.
Woozi suka hujan. Dia suka segalanya tentang hujan. Bunyi titisan hujan membuatkan dia berasa tenteram. Bau khas hujan membuatkannya nyaman.
Dan hujan membantu perasaanya mengalir bersama air mata.
*******************
Very Short fic.
GotNoFeel_
