Chapter 1

91 6 3
                                    


"huarghhh malasnya" rungut aku. Hari ini hari pertama aku sebagai pelajar baru di sekolah baru. Aku berpindah ke Kedah selepas kematian ayah aku akibat kanser paru-paru tahap empat. Aku tinggal bersama makcik aku dan ibuku serta adik beradik yang lain tinggal di rumah nenek aku. Sebabnya tak boleh bagitahu sebab panjang sangat nak cerita.

Nama aku Aisha ,,umur 16 tahun..HAHAH aku muda lagi. Macam yang aku kata hari ni aku akan ke sekolah baru. Perasaan aku jangan kata laa semua ada gembira,gementar dan apa2 je la.

Di sekolah,
aku ditempatkan di kelas Akaun maybe sebab keputusan aku boleh la..hahaha,, lepas habis perhimpunan semua pelajar di minta naik ke kelas untuk pdp seperti biasa.

Di dalam kelas aku blur nak duduk kat tempat mana tak sampai beberapa saat aku pening nak duduk mana.. sekali ada dua seorang perempuan iaitu Hana dan Nadia. Aku tahu nama dorang pun sebab tag nama okk.."awak duduk la sini tempat ni kosong" kata pelajar yang bernama nadia "oo ye ke terima kasih" kata aku sambil tersenyum. selepas aku duduk aku terus disapa oleh mereka berdua.

"haii nama saya Nadia dan ini Hana salam perkenalan" kata Nadia dengan ceria kepada aku manakala Hana hanya tersenyum dan mengangkat tangan sedikit. Aku terasa sedikit kekok dan aku senyum, maklumlah first day kot kat sekolah baru "oo haii nama saya Aisha salam perkenalan juga" kataku sambil berjabat tangan. dalam beberapa minit cikgu masuk kelas dan pdp berjalan seperti biasa.

Waktu rehat,
"weyy cepat laa aku dah lapaq dah ni perut buat bilik karaoke dah nii" kata Nadia dengan loghatnya "ehh hang ni Nadia boleh sabaq sikit dak kantin tu bukan lari pun" marah Hana dengan muka annoy. aku gelak je sebab terhibur dengan dorang, tak sangka dalam beberapa jam dah boleh masuk air sekali tibber rindu member kat kl. "wee apa yang special kat sini?" tanya aku well budak baru ann "nothing special" kata Nadia.

aku just angguk, cam x biasa lak kantin makanan x sedap,,HAHAHAHAH..ketika aku sedang berbual dengan Nadia tiba-tiba "aduhhh habis baju sekolah aku" marah pelajar tersebut "wee sorry x sengaja" terkejut aku dengan situasi sebegini kerana habis bajunya dibasahi air "lain kali jalan jangan bersembang tengok depan faham! la ni habis baju aku dah kotor tapi sokay laa aku maafkan sebab hang ni budak baru ann dan jangan fikir aku lepaskan hang macam tu ja nanti aku cari hang" kata lelaki itu dengan dingin disertakan dengan senyuman sinis plus menakutkan.

"wee siapa budak lelaki tu? dah la dingin sombong pula tu" bebel aku semasa makan "kalau hang nak tau dia tu la Khairul Hakim jejaka pujaan sekolah ni. Maybe sebab dia tu pelajar harapan SPM , atlet olahragawan dan paling penting orang minat dia sebab hensem.... aku tak tau kat mana yang hensem sangat tu" secara tiba-tiba Nadia memotong kata-kata Hana..

"apa ni Hana,, hang cubalah tengok dia tu memang hensem la.. Aisha FYI hana ni memang susah nak kata seorang lelaki tu hensem"😒 Hana kembali menyambung perbualannya dengan aku selepas dipotong oleh Nadia "tapi dia memang susah nak rapat dengan perempuan and dia suka bersendirian aku pun x faham sebab apa dia boleh jadi macam tu" kata Hana dengan riak muka menyampah. aku hanya mendengar dengan teliti,, "oo interesting but tak berminat HAHAHA lol" kata aku lalu kami bertiga ketawa. "pelik tapi menarik" bisik hati aku.

bersambung.....🌸

Vote and share😊

Who's He [ Malay Fanfic ] Where stories live. Discover now