Kisah 3

13 0 0
                                    

"Awak tahu dalam banyak semut, semut apa yang tak de kaki?" My love cuma buka perbualan dengan teka teki.

"Semut cacat?" Aku cuba menduga

"Salah"

"Semut yang kena potong kaki?"

"Teett salah. Jawapannya semut yang kena kencing manis. Haha"

"Kenapa pula?"

"Yela kan semut suka gula. Jadi dia kena kencing manis laa. Pastu kaki dia kena potong. Hahaha"

"Oh hahaha. Ish awak ni"

Lepas kami ketawa sama sama keadaan kembali senyap. Aku pun bawa kereta macam biasa. Kami nak menuju ke kedai makan. Tapi yang anehnya kami tak tahu lagi nak makan di mana.

"Hahahaha" Aku tergelak bila teringat semula teka teki My Love tadi.

"Eh kenapa awak ni?"

"Teka teki awak tadi. Kelakar. Hahaha"

"Awak boleh tak jangan mudah terhibur sangat. Eee geram la saya. Bukan lawak sangat pun"

"Hehehe okay okay"

"Tengok tu!"

"Err...okay boss"

Aku teruskan pemanduan macam biasa. Aku ni multipurpose sebenarnya. Boleh memandu sambil berbual. Kadang kadang aku menyanyi. Terer juga.

Untuk pergi ke tempat yang tak ketahuan hala perjalanan kami melalui sebuah masjid yang unggul dan cantik.

"Saya kagum dengan seni bina masjid ni" Aku cuma buka topik baru

"Apa dia?"

"Saya kagum dengan seni bina masjid ni"

"Oh. Yelah cantik kan" My Love menambah lagi.

"Cantik. Tapi yang saya lagi kagum ni terernya arkitek dengan engineer ni buat masjid ni"

"Kenapa?" My Love menyoal seraya dahinya mula berkerut

"Sebab dia boleh bina satu structure yang boleh kata perfect dari awal sampai siap. Dan mengadap kiblat pulak tu" Aku mula explain lebih

"Aah kan. Betul juga"

"Haa ni kedai makan berenti berenti!" Secara tiba tiba My Love menjerit kerana ternampak sebuah kedai makan.

"Lain kali buat la macam tu lagi. Bila dah depan kedai baru suruh berenti. Kalau kena sodok dengan lori belakang tadi macam mana!"

Ya tuan puan. Kami berjaya juga jumpa kedai makan tu selepas aku berjaya buat uturn. Tapi macam biasa tuan puan aku pandang dan bercakap nasik je.

Ada ka patut tuan puan?

My LOVEWhere stories live. Discover now