Kisah 4

9 0 0
                                    


"Tadi kenapa awak cakap macam tu?"

"Cakap macam mana?" balas aku sambil dahi berkerut. Sejujurnya aku memang lupa. Sebab banyak perkara yang sempat dibualkan tadi. Dari hal kucing sampai ke hal politik.

"Yela, cakap yang tak tahu perempuan boleh tunggu awak ke tak?" My Love tanya sekali lagi

"Oh yang itu ke. Betul la. Tak semua orang boleh setia pegang pada janji. Tak semua orang boleh ada kesabaran untuk tunggu"

"Hmm..."

Wajahnya terpancar kecewa. Aku tak mahu tanya lebih. Aku juga turut berdiam diri dari meneruskan perbincangan itu. Perbincangan yang semacam itu aku rasa tak akan jumpa titik penghujung.

"Tapi kalau awak explain pada dia betul-betul maybe dia boleh tunggu"

"Maybe?"

"Aah..."

'Maybe' itu bermaksud mungkin. Terdapat dua kebarangkalian yang aku boleh tanggung. Bersama atau ditinggalkan. Yang namanya manusia itu tak boleh meramal masa depan.

Hati manusia itu berbolak-balik sifatnya. Tidak pernah tetap dan kukuh. Tak pernah berpegang pada yang satu. Segala kemungkinan boleh berlaku.

Aku ambil keputusan untuk berdiam diri sekali lagi dari teruskan perbualan itu. Aku teruskan pemanduan dengan berhemah. Tidak melanggar lampu isyarat. Memberi signal dan duduk di lane kiri jika tidak berniat untuk memotong.

Lima minit berselang. Suasana diisi dengan lawak hambar dari penyampai radio Era. Fikiran aku sedikit terganggu. Sesekali aku jelingkan mata pada My Love, dia sibuk dengan telefon pintarnya.

Kali ini aku ambil keputusan untuk berhentikan kereta bawah pohon Brownea Ariza sebelum masuk simpang perumahan My Love.

"Kenapa awak berhenti dekat sini?"

"Awak"

"Ye saya"

"Awak boleh tunggu saya ke?"

"Hmm..."

My LOVEWhere stories live. Discover now