Aku tekan punat nak tersusun pada remote kawalan televisyen itu untuk membuka. Agak bosan pada hari itu.
Seusai membaca beberapa helaian Quran, aku fikir perlu juga untuk menonton televisyen dan kebiasaanya waktu sebegini ada rancangan yang sedap dimainkan.
Cerita tamil di siaran. Nampak macam sedap. Aku layan untuk setengah jam macam tu. Kemudian aku sedar bahawa cerita tamil ini juga tidak mampu untuk ubati rasa sunyi dalam diri.
Waktu seakan bergerak perlahan. Jam yang tergantung di dinding itu aku amati dan memang benar. Sangat perlahan pergerakannya. Cuaca di luar agak panas sehinggakan mampu menyalai kulit kulit hanya terkena aku kira.
Kemudian aku mendapat ilham. Aku pun mencapai telefon pintar yang sedari tadi berada di sebelah. Masuk ruangan favourite dan tekan pada nama yang tertera. Untuk hari ini aku pilih My Love.
Truuttt..Truttt
"Hello. Assalamualaikum" My Love menjawab dengan suaranya yang lembut di talian
"Waalaikumsalam, boleh saya bercakap dengan Mei Ling.. He he he"
"Eeee tak payah la main-main, orang puasa ni" My Love balas dengan nada yang sedikit merengek
"Haha okay okay. Awak buat apa tu, jom berbuka sama"
"Berbuka.. Kat mana?"
"Haa ada lahh. Tempat special punya"
"Okay ambil saya macam biasa tau. Nak mandi heee"
"Aik tak mandi lagi. Eish bertuah punya anak dara, dah pukul 1 pun masih belum mandi lagi. Apa nak...."
Tutt tutt tuttt
My love meletakkan telefon sebelum aku sempat menghabiskan bait-bait perkataan yang terakhir. Tak apa, aku dah biasa.
***
"Pakai seatbelt tu, nanti kena saman pulak"
"Eihhh.. puasa puasa ni polis tak buat roadblock la, dia pun nak pergi bazar jugak"
"Siapa kata, semalam Badrul Muhaimin kena saman tau. Haa"
"Alaa tak nak pakai. Please" My Love membalas dengan nada yang memujuk.
"Okay suka hati. Kalau jadi apa apa sendiri tanggung ye. Kot kot tercampak keluar dari cermin kereta ni ke. Saya tak tahu"
"Eihh dia ni, yelah yelah"
Aku tersengih kecil melihat telatahnya yang seakan budak kecil. Lalu aku meneruskan pemanduan dengan cara yang berhemah. Tidak lupa memberi signal, memakai seatbelt dan mendengar IKIM Fm. Kereta yang dipandu meluncur dengan bergaya di antara ratusan kenderaan lain yang menghuni jalan raya tersebut.
Petang tu aku tidak berhajat untuk ke bazar ramadhan. Aku sudah punya rencana lain iaitu ke shopping mall. Aku ingat nak romantik sikit la kali ini.
Rancangan aku, telah disusun teratur dan cantik. Di mulakan dengan window shopping. Melihat dan membelek baju raya, kemudian barulah masuk ke kedai makan yang terdapat di dalam shopping mall tersebut.
"Kita nak makan dekat mana ni awak?" My love bertanya
"Adalah, nanti awak tahu jugak"
"Saya ingat nak berbuka macam western western tu la. Nak tak?"
"Untuk awak semuanya boleh" Aku membalas dengan segaris senyuman
Selepas hampir satu jam kami berjalan melihat lihat tanpa membeli, aku terasa nak terberak pula. Lalu aku pun mencari tandas yang berhampiran.
"Awak saya nak terberry ni, awak masuk dulu kedai makan yang awak nak tu"
"Okay sayang. Cepat tau, nanti ada orang ngorat padan muka. Hehe"
"Eihh yelahh. Kejap tau"
***
Seusai aku melaksanakan tuntutan hajat, aku dapati My Love dah tiada di tempat aku tinggalkan dia. Mungkin dia dah masuk ke kedai makan yang dia suka. Aku tanpa berlengah mendail My Love
"Hello awak dekat kedai mana?"
"TGIF ni. Cepat wak, saya dah order ni"
"TGIF?!.. Wadehel masuk situ, tak payah mengada keluar balik"
"Eih orang dah order lah, tak kan nak keluar?"
"Tak de tak de, hari ni hari Sabtu, bukan Jumaat so keluar sekarang, kita makan kepci je"
***
Aku ada baca di media sosial yang lelaki perlu bertegas dalam menentukan sesuatu, dan perempuan juga suka lelaki yang dominan. Aku dah praktiskan tu. He he he
