Born on the wrong side of the ocean
With all the tides against you
You never thought you'd be much good for anyone
But that's so far from the truth************************************
Kampung Stanggi...
Sudah dua jam pacuan empat roda Mitsubishi Pajero dipandu ikut laluan kampung ini. Sesekali keadaan tanah yang becak dan berlumpur memperlahankan perjalanan untuk sampai ke kawasan perkampungan. Sebuah perkampungan dekat dengan sempadan Thailand. Kawasan yang pada pandangannya masih belum diterokai sepenuhnya. Masih agak jauh dari arus pemodenan seperti di Kuala Lumpur.
Punggung terasa kebas ekoran tayar kenderaan yang sering menghentam lopak air dan lubang jalan. Jalan raya yang bertanah kuning semakin becak dan berlopak air yang besar setelah mula menjauh dari jalan besar. Ia akibat daripada hujan yang terlampau lebat malam tadi.
Alam yang dipamerkan di layar korneanya kelihatan menghijau diperhatinya dengan penuh khusyuk. Sungguh, Tuhan maha kaya. Dia mempersembahkan kemewahan ciptaanNya buat tatapan makhluk di muka bumi ini. Makhluk kerdil seperti dirinya. Hati terpahat rasa terharu. Berbanding di luar sana, di bandaraya dan di kota metropolitan yang seusia umurnya kini tidak memberi kesan seperti ini kagum. Di sana hanyalah sekadar hutan batu dan sekelompok hutan buatan manusia. Gah dengan gelaran kota raya namun malangnya dipenuhi oleh warga asing sehingga ia menjadi salah satu pusat tumpuan pekerja asing, pelancong dan pelabur dari luar negara. Juga dihuni oleh segelintir golongan yang berstatus tinggi seperti dirinya. Tidak kurang juga golongan pekerja tempatan yang mencari punca rezeki, hidup ala kadar dan pulang ke kampung halaman jika cuti umum.
30 tahun hidup di dunia ini, menikmati kemewahan tanpa penghujung. Harta milik orang tua yang kini akan menjadi miliknya tidak lama lagi.
Baru kini dirinya berada jauh di kawasan pedalaman kerana diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tugas. Menempuh cabaran sebenar di tempat seperti ini sama sekali bukan pilihannya. Inipun kerana terpaksa. Namun...lihatlah, hati sudah terpaut. Matanya sudah seperti mesin pengimbas. Dia menilik setiap ruang hijau yang sungguh menenangkan. Asyik tanpa kerdipan memerhati setiap penjuru pemandangan yang segar mata memandang.
Kedengaran bunyi air terjun yang deras dari arah yang dia tak ketahui. Melilau anak matanya mencari punca bunyi yang menarik perhatian gegendang telinga.
Tiba di satu selekoh, pemandangan yang sangat memukau beransur-ansur terpampang jelas di hadapan mata. Redup dan sejuk. Aura alam yang cukup menenangkan sekaligus menakjubkan buat bibirnya terukir senyum teruja dan tidak lupa, rasa syukur.
Di dalam hati tidak henti-henti dia memuji keindahan ciptaan tuhan.
Suasana yang sangat membahagiakan hatinya lalu tingkap kenderaan cepat-cepat diturunkan sehingga habis ke bawah. Luas, membolehkan udara segar dan nyaman masuk ke dalam kereta. Dihidu dan disedut dalam-dalam oksigen yang masih belum tercemar dengan segala macam bahan dari asap kimia dan bauan tercemar yang pastinya menjejaskan kesihatan.
"It's amazing hah, Jay! " Ralphael memecah kesunyian. Dia turut sama menurunkan tingkap di sebelahnya. Sama-sama berkongsi udara dan oksigen.
"Truly breathtaking. Indeed... Speechless... I am... " balas Jay seperti berbisik perlahan, bermonolog sambil anak matanya memerhati. Alam yang memukau. Tidak pernah terlintas di fikirannya sebuah kampung yang agak mundur ini tersembunyi alam yang sebegini kesannya terhadap dirinya.
"I'm lucky to be here. Thank god. I...I think I'm in heaven right now. Oh god...what a wonderful world right in front of my eyes!" Jay tersenyum lebar. Bahagia. Gembira.
Jika Tan Sri Malkiat Singh dan Puan Sri Regina Tan melihat suasana ini, pasti akan terdetik di hati mereka untuk settle down di sini.
Bangga rasanya Jay dengan bumi Malaysia yamg indah dan permai. Kaya dengan sumber alam dan keindahan pemandangannya.
YOU ARE READING
Rumah Papan Atas Bukit
General Fiction"Cahayanya datang tiba-tiba, menyuluh sinar ke dalam ruang hatiku yang suram..." Kisah dua beradik yang hilang tempat bergantung. Bagaimanakah cara mereka berdikari tanpa sokongan orang yang bernama ibubapa? Sikap tabah dan sabar, redha dan kuat s...