" Cepat sikit lari ! Terhegeh hegeh apa lagi ! "
" Hish , karl ni ! Dia nak lari , lari la sorang sorang , dekat 5 round padang dah kut kita lari " seorang budak perempuan merungut .
Ya , selamat datang ke sekolah Kolej Sains Sukan Wazan Kangsar atau dalam bahasa Englishnya Wazan Kangsar Science Sport College atau lebih dikenali sebagai "SSC" yang bermaksud Science Sport College . Dan sekolah ni ? Ofcourse lah , sekolah lelaki perempuan . Yang mana pelajarnya bukan sahaja cemerlang dalam bidang sukan , Malah , sangat cemerlang dalam akademik . Sebuah sekolah menengah berasrama pertama yg menjadi idaman pelajar pelajar Malaysia . Sebab selalunya , siapa je kan yg sukakan asrama ? Nahhhh , mimpi !
Karl , atau nama penuhnya ialah , Karlisha Nur . Unik kan ? Selalunya Nur tu mesti duduk depan . Tapi zaman dah moden , nama pun mesti moden untuk mendapatkan kelainan .
Dan Karl merupakan Kapten untuk rugby touch perempuan di SSC .
Bermulalah kisah di SSC
" Okay stop , hari ni kita tak payah main . hari ni kita just berlatih buat flow je . Prestasi semua dah semakin teruk . Kita kena start dari basic balik . Paham semua ? "
" Paham Beruk " Karl terkejut . Budak lain pun apa lagi , bukan main cuak la tetapi tahap lawak itu tak mampu control dah , terlepas gelak nantilah terima padahnya .
Karlisha mencari cari pemilik suara tersebut , kecil matanya apabila melihat seseorang tengah berjoget joget tak tahu malu kat tengah tengah padang ni .
" WEI PAKLAH , SINI KAU ! " Pak Lah ? Fikir dah muncul ke watak hero or watak lelaki utama ? No Pak Lah merupakan gelaran untuk kawan *perempuan* Karl , Aqilah . Khatijah Aqilah .
Nama macam lelaki ke ? Tak kut , normal lah kan Karl dengan Pak Lah ni ? Haha .
Karlisha pantas membuka langkah untuk mendapatkan Aqilah yang Sakai tak terampun ni .
" Kau panggil aku apa tadi ? Beruk eh ? " Ye , kan dah terima padahnya , bukannya Aqilah tak lari , tapi mungkin dia terlupa speed Karlisha tu selevel dengan Top10 sprinter budak lelaki .
" Auuu , auuuu . Sakitlah la weh " Aqilah terkinja kinja apabila kepalanya ditarik ganas oleh Karlisha . Ya kenalah ganas dengan Aqilah sebab Aqilah ni pun Bapak Ganas dah tapi badan tak lah besar mana , Flatty .
" AUUUUUU " Nampaknya Aqilah main ganas dengan permulaan tendangan di bahagian perut . Oh ya , jangan risau tentang mereka , "Go Go Fight Fight" ni sememangnya aktiviti harian mereka . Tapi sememangnya Aqilah lah ketua kepada segala pergaduhan .
" EIY , Jebonn Gendut NIII ! " Baru je Karl nak memulakan ilmu pertahankan diri dengan mukhadimah " SepakHead " nya tiba tiba ...
" Karl stop " Suara nya lembut tapi tegas , tapi yg memedihkan hati , " PANGG " bersama satu tamparan .
YOU ARE READING
About Him
RomanceJikalau inginkan dia , kau perlu tahu tentang dia . Tetapi , Siapakah dia ?