Mata bertentangan mata , kadang diam itu lebih baik . Kerana hati mempunyai bahasanya tersendiri , yang hanya akan paham apabila hati itu bertaut .
Masalahnya..
Bertautkah hati mereka , atau hanya dia yang memendam rasa cinta ?
" Kau jangan nak jadi gila sangat kat sini , menyampah aku tengok " Kata kata yang keluar itu bukan dengan nada yang boleh dibuat lawak . Nada serius yang betul dimaksudkannya .
Maka dengan itu , ramai orang yang gelakkan Karlisha dengan adegan tanpa disangka . Buat aksi dekat padang kan ? Ramailah yang lihat tambah lagi Kapten kapten rugby yang membuat masalah . Mana hendak diletakkan muka ? Malu kian menebal , Sakit kian menyebal .
Banyak yang tergelak mengejek " Hah , padan muka kau ! " dan tak kurang ramai jugak yang molopong . Namun hanya segelintir sahaja buat muka tidak puas hati . Yang lain tidak berani , tambah lagi jejaka hot dan idaman gadis gadis kan ? Ramai la bersorak mcm monyet separuh otak !
Aqilah tidak puas hati , dia kasihan melihat Karlisha. Tambahan lagi kena dengan crush sendiri !
" Weh , jantan ! Kau apahal cari pasal denga kita orang , Eh , aku rasa lah kan ! Kau kut yang gila , tiba tiba nak menyemak pastu tampar orang ikut suka hati , Ewah, Kau rasa kau hebat la tampar perempuan ? Aku tahu la Karl ni jarang lah nampak keperempuanan dia tu , tapi kau fikir hati dia jantan mcm kau ke ? Ganas ke tak tetap ada perasaan beb ! " Aqilah geram . Itu baru mukhadimah dia , gerak kakinya laju mengejar lelaki tak guna tu , kaki dia dah bersedia untuk melayangkan double flying kick biar dia sedar sikit yg dia pijak tu padang , ramai orang memandang .
" Jom balik "Namun , belum sempat Aqilah membuat hal , Karlisha pantas menarik tangan Aqilah dengan wajah merah . Aqilah hanya mengikut walaupun dalam hati dia memprotes , nak biarkan je ke mamat bangang tu macam tu je ?
Dalam sibuk sibuk Aqilah menarik muka sambil mengutuk kawannya ni lembik lah , Harap kapten tapi hati bukan sekadar tisu . Tapi dah level kulit bawang ! Tiba tiba ..
" ADOII " Karlisha buat tak tahu , Aqilah bukan main terkejut beruk . Eh budak ni berani pulak ! Aqilah gelabak biawak , dia pulak yang cuak .
" Kau boleh jalan cepat sikit tak lain kali ? Menyampah aku tengok " Nada yang sama , reaksi muka yang sama cuma kali ini dengan sedikit senyuman menggoda dan kenyitan mata dari Karl kepada Asyraf . Kapten rugby tackle lelaki . Heh , sakitkan hati ?
Asyraf atau nama panjangnya , Aman Asyraf . Sedikit terkejut dengan tindakan Karl yang menyepak kakinya sehingga dia terjatuh . Weh , malu kut kena sepak dengan perempuan sampai terjatuh , kalau dia sepak tak terjatuh takpelah jugak . Nampak jugak kuat .
" Adillah kan ? Sekarang kita sama sama kutip sendiri maruah yang dah jatuh tu " Karl senyum . Sekali tengok tenang je muka . Perasaannya ? Entahlah . Entah hilang mana sakit hatinya yang tadi , yang tinggal sekarang hanyalah perasaan kemenangan dari seorang Diva .
Tiba tiba Asyraf bangun . Karlisha kembali kepada sifat seorang gadis normal cutenya , kendur sedikit semangat jitu Karlisha tadi . Sekarang dia kembali gelabah ! Baru dia sedar yang dia sepak tadi kaki lelaki yang dia minat separuh nyawa ! Langkahnya disusun teratur ke arah Karlisha . Eh , budak ni ! Pergi la balik asrama . Kau nak apa lagi ? Fair dah la kan tadi ? Karlisha tidak tentu hala .
Renungan mata Asyraf . Karlisha tidak dapat menipu , inilah pandangan mata yang telah mencairkan hati wanita dia . Ah , mana semangat diva dia tadi ? Karlisha nak lari , tapi untuk apa dia lari ? Hilanglah macho !
" Kau .. " dup dap . Karlisha membalas renungan mata Asyraf dengan seberani raninya . Nampak wajahnya dalam mata Aysraf . Ah , terlalu indah ! Cewwah , kau lupa dah ke tadi dia dah tampar kau ?
Kerana perasaan cinta , kau telah kaburkan segala derita dan kenangan pahit , Kerana itulah munculnya frasa " Cinta itu Buta "
" Kau okay ? Aku mintak maaf " Suaranya lembut , seksi menggoda . Matanya tajam menikam membuatkan Karl rasa jantungnya merasakan degupan luar biasa kalah lari 5 round padang ! Asyraf merenung seluruh wajah Karl . Matanya berhenti di pipi . Apa sebenarnya yang dia telah buat ? Entah , yang penting tu tamparan untuk suatu yang akan muncul dalam 1 , 2 , 3 ...
" OH MY GOD , Karl tengok sana ! " Aqilah sudah melopong .
Karlisha hampir memandang ke arah objek yang dimaksudkan Aqilah namun matanya sempat menangkap satu air mata yang berada di hujung mata Asyraf . Tidak jadi berpaling .
" Objek depan mata aku lebih sempurna " satu senyuman .
YOU ARE READING
About Him
RomanceJikalau inginkan dia , kau perlu tahu tentang dia . Tetapi , Siapakah dia ?