Letih kut

30 1 4
                                    

" Hana ! maggi kari satu ! " Jerit Karlisha kepada salah seorang junior noobnya . Hana .

" Baik kak " Jawab Hana sambil tersengih . Junior noob . Sengih je lah yang mampu bila senior mintak tolong . Gila nak melawan ? Kalau tak makan kaki mesti terobek emosi dengan kata kata yang menikam hingga ke tulang .

Tipikal penghuni hostel .

Karlisha masuk ke dalam biliknya . Terus menghempapkan badan ke atas katil empuk . Yes , apartment SSC memang menyediakan katil yang empuk . Tidak seperti katil di sekolah berasrama yang lain .

" Milo Ais Satu ! " jerit Karlisha lagi sambil cuba untuk menghilangkan penat .

2 minit kemudian , muncul Hana dengan maggi kari dan juga milo ais . Fuh , bagus junior sekolah ni . Masih tak melawan hukum asrama . Kalau sekolah lain . Junior kuang hajaq nk mampoih . Sikit sikit mengadu sana , report sini . Bler sekolah yang ada junior macam tu .

Sedang Karlisha enak menikmati maggi free yang dimasak ikhlas oleh juniornya , " Karl , awal kau balik . " Muncullah roomate Karlisha yang bernama Afiqah Sahara . Salah seorang ahli legasi dan mandom dalam sukan . Tahu tak mandom itu apa ? Manusia dorm . Tapi kat sini takde dorm , apartment sahaja . Well , sekolah mewah .

" Ha ah , ada friendly . Budak laki " Jawab Karlisha nak memulakan cerita hangat .

" Uik , pastu kau balik macam tu je ? Hah , habislah kau nanti Encik crush kapten rugby kau bising "

" Ada Hafiz Ibrahim " Karlisha straight to the point . Malas dah nk belok belok atau sebetulnya dia malas nk cakap pasal Asyraf , tak best .

" HAH ? SERIOUS WEH ? " Agak dah . Mesti Afiqah ni terkejut . Payah tak terkejut , Karlisha tengok seorang insan lelaki kacak yang bernama Hafiz tadi pun terpana , siap meleleh air mata .

" Habis , kau okay ke tak ni ? " tanya Afiqah risau takut Karlisha buat benda bodoh atau diluar jangkaan . Bukan boleh .  Hafiz kut . Efek besar tu pada hidup Karlisha .

" okay je . Dah dah , tolong basuh tupperware dengan cawan tu , thanks " jawab Karlisha dengan muka yang seletih boleh , malas untuk menyedihkan kembali hati ataupun menambahkan kesedihan yang tidak berpenghenti . Acewwahh ayat macam keling .

Afiqah hanya menurut , untungnya ada kawan macam ni . Kononnya faham membe tengah bersedih brader , tak banyak songeh tolong la basuh jugak .

Standard kalau dah malas , atau standard perempuan kalau dah bersedih , lepas makan tidur untuk menyambung kesedihan , Dah tau hati pedih syok lagi dok flashback kenangan kenangan indah pabila bersama si dia , Acewahh ayat keling level 2 .

Baru je Karlisha nak lelapkan mata dan mengenang kembali moment moment indah seperti kebanyakan gadis gadis broken buat  tiba tiba  " KARLISHAAAAAAA , Asyraf suruh kau jumpa dia dekat pondok guard aspuri ! " Aqilah datang menyergah tanpa salam masuk dalam bilik Karlisha dan membawa berita yang kurang memuaskan . Termengah mengah dia , bafu balik dari padang lah tu .

" Ish , apsal nak jumpa aku pulak !? " Karlisha yang baru nk lelapkan mata tak jadi nak lelapkan mata . Bengang dengan Asyraf yang macam monyet tak boleh nak uruskan rugby tanpa dia . Dan sejujurnya lebih bengang kerana spoil mood brokennya .

' Semua aku yang nak kena buat ! Noob , bler ' Kutuk Karlisha dalam hati . Dia segera mengapai tudung ariani dan menyarungkan selipar . Siap spare lagi selipar entah siapa ni sebagai habuan pipi Asyraf kalau dia cuba untuk menunjukkan kebodohan ketika bersua muka nanti .

Elok sahaja keluar dari kawasan aspuri , mata Karlisha melilau mencafi monyet tersebut bersama selipar di tangan " Kau nak apa ? " Tiada adat memberi salam daripada Karlisha . Dia terus menaikkan oktaf suara untuk menunjukkan bahawa dia bengang apabila diganggu ketenteraman jiwa .

" Apsal balik awal ? " Dan dengan tidak bersalah Asyraf bertanya , kononnya prihatin .OHMAIGOD , seriuslah lelaki ni nak jumpa dia sebab nk tanya benda tu je ke ? Weh kau nampak apa function aku bawak selipar kat tapak tangan ni ?

" Aku sakit kepala lah tu balik awal , Apsal kau tak puas hati apa ? " Karlisha tak dapat bersabar . Asyraf sudah menunjukkan kebodohan yang nyata . Tapi dia tetap mumujuk hati supaya lebih bersabar dan terus  menunggu manalah tahu itu hanyalah pembuka bicara di kala kemuncaknya perasaan marah Karlisha .

" Aku nak kau ... " See ? Bengapnya lelaki ni . Tak boleh nak pijak di atas kaki sendiri langsung . Macam manalah aku boleh suka spesis lelaki macam ni .

" Esok kau tolong buatkan air , bawak semua air mineral pergi padang , pastu tolong hantarkan dobi semua jersi rugby yang ada dalam closet dekat astaka , then SMASA esok datang lagi , friendly tapi lepastu diorang tidur sini sebab join kita buat training , kau tolong sediakan kelengkapan sikit sikit macam selimut , tolong settlekan dekat pejabat asrama "

Amboih lajunya cakap macam rap .Baru je Karlisha nak melawan . Asyraf menyambung " Sorry , susahkan kau . Tapi aku sumpah sibuk . Kau tolong settle dekat pejabat asrama je , ambik barang barang dalam stor , nanti aku pasang semua cadar tu , takkan nk biar kau settle sampai dalam aspura pulak kan ? Serius aku mintak maaf sangat sangat , bukan taknak suruh junior tapi diorang pun sibuk . " Asyraf hanya tersenyum sambil pandang tar . Rasa bersalah lah tu

Karlisha hanya melihat Asyraf . Comellah pulak dia buat reaksi macam ni . Macam manalah Karlisha nak marah dengan kecomelan yang cuba dipertontonkan. Haih . Sejuk hati Karlisha , takjadilzh nak marah macam ni .

" Hmm okay " Jawab Karlisha sepatah .

" Tapi bapak banyak aku kena buat , upah takde ke ? " Sambung Karlisha sambil buat muka yang dia rasa comel habis .

" Kau nak apa ? " Asyraf bertanya , diberikan sedikit senyuman pahit . Lupa , Asyraf bukanlah orang yang senang , dia dapat masuk sekolah ni pun dapat biasiswa sebab pandai teruk dan jugak terrer rugby .

Karlisha berfikir sejenak . Dia taknaklah sampai Asyraf terpaksa keluarkan duit . Kesian pulak tambah tambah lagi crush buat muka kesian kucing macam ni .

" Start esok kau ambik aku naik basikal darpada aspuri pergi maktab " Karlisha terus mengeluarkan idea yang agak memberangsangkan . HAHA terlintas sejenak .

" Siot weh , nanti mesti kena kecam " Asyraf terus tidak bersetuju , hehe kalau difikirkan balik . Ha ah la gila ka apa ?

" Ala bolehlah , orang tak berani nak mengata aku sebab aku well power , semua orang takut , mengata kau kut lah , Kut lah kau ni jenis loser ke " Cakap Karlisha menunjukkan betapa dia digeruni oleh Masyarakat aspuri .

" Eleh , eksyen . hm okay . " Akhirnya , Maybe Asyraf terasa tercabar dengan fakta bahawa Karlisha ni memang legend dan dia buat salah apapun takde sapa yang berani tegur . Jadi , untuk membuktikan bahawa dia juga setanding dengan Karlisha , dia menyahut cabaran itu .

" Start esok tau " Sambung Karlisha lagi dengan wajah seceria kanak kanak ribena . Weh , setuju kut . Cayalah power idok taktik aku ?

" Baik bos " Jawab Asyraf sambil tayang muka malas nak layan .

" Baiklah , Dengan ini aku berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rugby , aku masuk dulu nak mandi " Jawab Karlisha dengan sangat ceria . Sapa je yang tak seronok weh bila crush ambik kau pagi pagi pergi maktab @ sekolah . Tambah tambah lagi naik basikal , sweet kot . Amacam ? Macam drama korea tak ? Hewhewhew .

" Okay , esok awal tau . Lambat aku tinggal . " Jawab Asyraf sambil tersenyum comel . Dia ni mana pernah tak comel . Haih , cair Karlisha lama lama berhadapan makhluk yang digelar crush ni .

" Hello , ni ketua blok Dahlia kut . Apakes lambat " Jawab Karlisha dengan megah , dan dengan itu dia melangkah masuk blok Dahlia sambil hatinya berbunga tahi ayam . Ah Indahnya dalam hati !

About Him Where stories live. Discover now