Ep 4

3.3K 96 5
                                    


Lisya menggeliat bangun dari tidur. Ya,dia menumpang di bilik Citra malam itu,walaupun Lisya dianggap tidak wujud oleh Citra di situ kerana adanya Syazli. Malam semalam memang dipenuhi desahan kenafsuan mereka. Rimas Lisya dibuatnya,tapi disebabkan Lisya dihalau keluar dari biliknya,dia terpaksa menahan juga tinggal di situ.

Lisya mengikat rambutnya yang panjang. "Citra? Ooo Citra." Panggil Lisya. Sunyi. Lisya berdiri di depan pintu bilik Citra membuat 'projek'. "Kalau aku masuk,takut nampak dua ekor tu tengah berasmaranda." Detik hati Lisya. Dua tiga kali berfikir,akhirnya Lisya terus menerjah masuk. Terkejut dia dibuatnya melihat keadaan bilik tersebut yang sangat bersepah bagaikan telah berlaku suatu pergelutan yang dahsyat. Tapia pa yang lebih mengejutkan, Citra dan Syazli tiada di dalam!

Lisya melihat ke luar beranda. Gymnasium berada di seberang jalan kolej kediaman perempuan. "Hei what is happening there?" desis hati Lisya apabila melihat polis,ambulans dan ramai pelajar mengerumuni gymnasium. "Hari sukan ke apa? Tapi takkan la sampai ada polis ambulans bagai." Kemudian Lisya mengambil keputusan untuk ke gymnasium itu.

Setibanya di situ,Lisya menyoal seorang pegawai polis di situ. "Encik,apa yang berlaku di sini?" soalnya. "Dua orang pelajar di sini ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam gymnasium." Terang polis itu. "Boleh saya tengok siapa mangsa itu?" soal Lisya. "Baik,mari saya tunjukkan." Kemudian mereka beriringan ke pintu masuk gymnasium,di mana kedua mayat diletakkan. "Inilah mayat mereka berdua" Pegawai polis menunjukkan ke arah dua mayat yang dibungkus plastic hitam.

Lisya memberanikan diri menyelak plastic hitam itu. Terlompat dia apabila melihat mayat di dalam plastic itu ialah Syazli! Tapi wajah tampan Syazli telah diragut pembunuh kerana pembunuh telah merobek pipi Syazli dan menorah dahi Syazli. "Kalau ini Syazli, ini pula.." Lisya menyelak plastic hitam kedua. Terlompat lagi Lisya buat kali kedua. "Cit..Citra!" teriak Lisya. Wajah anggun Citra telah dihancurkan oleh pembunuh kerana bibirnya telah dipotong dan matanya telah dijahit.

Lisyapengsan di situ.         

PEMBERSIHAN DOSA(Completed✔✔✔)Where stories live. Discover now