Ep 8

2.5K 89 7
                                    

Lisya tergesa-gesa pergi kuliah. Dia terlambat kerana malam tadi dia tidur lewat mencari tempat tidur. Nasib baik Kharina dan Arina memaafkan dia semula kerana kelancangan mulutnya,dapat jugalah dia tempat tinggalnya kembali. Lisya masuk ke dalam dewan kuliah. Nasib baik pensyarah belum sampai lagi,Cuma dewan sahaja yang sudah penuh.

Lisya pun duduk mengambil nafas. "Hei,lambat nampak?" tegur Arina. "Salah kau la dia lambat! Tadi taknak kejut!" marah Kharina,menyiku Arina. Lisya ketawa,mujur kawan-kawannya sudah menerimanya semula.Dia mengakui kelancangan mulutnya kerana dia terlalu geram dengan Haswiza yang menyakitkan hatinya sebelum Haswiza mati.

"Tu..tu! Prof.Zalina dah sampai." Kemudian mereka memulakan kuliah seperti biasa. 2 jam kemudian, kelas bersurai. "Wei,aku nak jumpa Prof.Zalina kejap,korang pergi kafeteria dulu,nanti aku datang." Pinta Lisya. "Okey,jangan lambat.Bye!" kemudian mereka berpisah. Lisya kemudiannya terkocoh-kocoh mengikuti langkah Prof.Zalina. "Prof! Prof!" panggil Lisya. Prof.Zalina menoleh. "Ya,kenapa Lisya?" soal Prof.Zalina agak dingin. "Err...ni dokumen yang saya pinjam haritu sebab nak buat laporan." Lisya menyerahkan sebuah fail tebal kepada Prof.Zalina. Prof.Zalina merampas kasar fail itu.

"Say pergi dulu." Lisya mula menapak pergi. "Lisya.."panggil Prof.Zalina. Lisya terhenti. 'Alamak,jangan kata...' desis hati Lisya. "Awak mesti tahu kenapa saya panggil awak,kan?" soal Prof.Zalina,agak misteri nadanya. Lisya tertelan air liur. Lisya tahu, Prof.Zalina ada hubungan songsang dengan anak lelakinya, Zawin yang juga belajar disini. Tak hairanlah Zawin selalu dapat markah elok untuk subjek yang diajar emaknya. Dan,Lisya telah menampar Zawin tempoh hari kerana meraba dadanya. Siapa yang tidak marah?

Tapi,biasalah,pastinya Zawin memutarbelit cerita agar salah menuding ke dirinya. "Ya,saya tau prof." jawab Lisya. "Then,what should you do?" soal Prof.Zalina. "Saya kena minta maaf." Jawab Lisya. "So,cepat sujud di kaki saya! Sekarang!" tengking Prof.Zalina lalu menarik kepala Lisya agar bersujud minta maaf di kakinya. Lisya berulang-ulang kali meminta maaf namun Prof.Zalina masih menekan kepala Lisya agar terus mencium kakinya yang busuk itu!

Setelah beberapa saat,muncul Zawin mengajak ibu merangkap kekasihnya pulang.Barulah Lisya dilepaskan. Lisya menangis hiba.

PEMBERSIHAN DOSA(Completed✔✔✔)Where stories live. Discover now