Arina menangis sepuas hati ditenangkan oleh Kharina. Mereka sedang merenung mayat sahabat sebilik mereka, Haswiza. Haswiza mati kerana ditikam berkali-kali di dada dan di perut. Haswiza tidak mati seorang diri,tetapi mati bersama adik kembarnya, Haziq. Dua mayat itu mati dengan sungguh aib sekali. Mulut mereka dirobek hingga ke telinga,bagaikan tersenyum kengerian dan tangan mereka dipotong dan dijahit bersama.
"Dah la tu Arina. Jangan la nangis. Diorang dah takde. Usah tangisi diorang." Pujuk Kharina,menggosok-gosok belakang Arina.Arina masih tersedu-sedan. Kemudian,muncul Lisya di belakang mereka. "Kharina,bawak Arina ke tepi. Hilang ilmu karang tengok mayat diorang. Dah,dah. Jom jauh sikit dari sini." Arah Lisya,agak dingin. Kharina mengiring Arina yang menggigil ke tepi masjid,beberapa meter dari tempat mayat Haswiza dan Haziq ditemui.
"Hey Arina.Apsal kau nangis bagai nak rak pada perempuan macam Haswiza tu? Dia tu songsang kau tau!" tengking Lisya.
"Hoi Lisya! Kau apahal hah? Kau nampak kan Arina ni tengah sedih? Yang kau nak sedihkan dia lagi apahal?!" balas Kharina.
"Kau pun sama je la Kharina! Kau songsang,kan? Lesbian? Ingat aku tak tau,kau dengan si Arina ni memang dah lama buat projek malam-malam dalam bilik belakang kat rumah kita tu,kan?" tuduh Lisya.
"Diam la Lisya!" Arina tiba-tiba bersuara. Mereka berdua memandang Arina yang tiba-tiba bersuara. "Apsal kau marah? Sebab apa yang aku cakap tu betul? Kan?!" marah Lisya lagi. "Kalau betul pun kenapa?" soal Arina.
"Haa,bagus! Mengaku kan senang!" teriak Lisya. "Korang tau tak? Haswiza dengan si Haziq tu memang layak pun mati macam tu! Tiap malam buat projek kat hotel bajet. Apa kau fikir hubungan adik-beradik tu halal ke? And one more thing,korang pun layak la mati macam kembar songsang tu! Dasar lesbian!" tengking Lisya.
PAP!
Lisya memegang pipinya yang pijar ditampar Kharina.
"Kita putus kawan! Kau boleh blah dari bilik kitorang secepat mungkin! Kitorang tak nak hadap muka kau dah! Blah! Blah!!!!!" Kharina menjerit sepuas hati. Kali ini Arina pula yang menenangkan Kharina. "Okay fine! Aku pun tak hingin la dengar bunyi desahan kepuasan korang tiap malam!" dan Lisya beredar,memutuskan sebuah tali persahabatan.
YOU ARE READING
PEMBERSIHAN DOSA(Completed✔✔✔)
Mistero / ThrillerLGBT Semua tau LGBT tu apa Kenapa golongan ni makin berleluasa? Kenapa tak ada pihak yg menangkap mereka? Polis? JAKIM? Tok imam? Adakah penyelesaian dlm cerita adalah yang terbaik?