Aku membaringkan badanku di atas katil queen baru ini. Penat betul badan selepas seharian aku mengemas barang-barang aku ke dalam dorm baru aku. Masuk kali ini dah lima kali aku tukar kolej,ni semua sebab appa aku, kami terpaksa berpindah-randah sebab nak lari dari along yang sentiasa kejar kami sekeluarga. Tapi aku tak kesah dengan semua kepenatan ini, its better dari aku kena duduk sebumbung dengan keluarga aku yang bermasalah itu.
Tok! Tok! Tok!
Aku memandang ke arah pintu, siapa pulak yang ketuk pintu time ni, aku malas betul nak bangun. Penat tahu. Tapi sebab aku fikir aku ni masih baru kat kolej ni jadi aku rasa aku kena beramah-mesra betul tak?
Aku membuka pintu tersebut dengan senyuman yang lebar, kenalah nampak friendly betul tak? Tapi senyum aku mengendur apabila tiada seorang manusia pun di hadapan bilikku. Aku mula rasa darah aku mendidih panas, siapa pulak yang menyial senja-senja ni. Aku menoleh ke bilik di tepiku, sunyi. Bilik depan aku pun, sunyi. Aku malas nak fikir panjang dan terus menutup pintu semula.
Aku mencapai tuala untuk mandi, habis mood aku nak tidur tadi hilang. Oleh itu aku rasa baik aku mandi dulu. Badan aku mula mengeluarkan bau-bau yang tidak menyenangkan.
Aku mengeluarkan alatan mandiku dan menyusunnya kemas di dalam bilik air. Bilik aku ni bilik personal, tiada roomate sebab bilik aku bilik hujung. Nasib akulah junior kan.Usai aku mandi, aku membuka laptopku, aku ingat nak buat research sikit pasal kolej ni,so senang sikit aku nak cari kelas aku esok. Tapi mata aku tertarik dengan suatu artikel pasal dorm kolej ni.
13.10.2013; Seorang pelajar lelaki ditemui mati dipercayai bunuh diri di dalam bilik di asramanya....................
Aku membaca artikel itu sehingga habis. So dorm perempuan ni asalnya dorm lelaki dulu. Bunuh diri? Interesting.
Aku menutup laptopku dan mula merebahkan badanku ke atas tilam. Ah seronoknya dapat berehat. Perlahan-lahan mata aku tertutup,mungkin sebab keletihan aku mudah betul terlena malam ini.
<SKIP>
Aku sampai lewat ke kelas pertama aku hari ini, aku bangun lewat hari ini, aku tak tahu kenapa aku lena sangat. Dah lama aku tak tidur macam tu, lama sangat.
"Kim Jahee?!" Cik Saehi memanggil namaku. Aku bangun dan melangkah ke arahnya.
"Macam mana semalam dekat dorm? Ok tak? Ada apa ganggu?!" Cik Saehi bersungguh menanya aku. Aku cuma menangguk tanda semuanya baik sahaja. Ganggu apa ni? Aku tak faham. Cik Saehi memandang aku dengan pandangan yang susah aku nak tafsirkan. "Jaga diri awak baik-baik Jahee"
"Jahee! Sinilah kejap!" seorang gadis berambut pendek yang aku kenali sebagai Sooah memanggil aku. Aku ada dengar budak classmate aku cerita tadi yang Sooah ni antara pelajar paling cerdik kat kolej ni, untung betul dia, dahla cantik.
"Nae?" Aku sejujurnya memang tak suka bergaul sangat dengan orang lain, so jangan pelik kalau aku asyik sebut 'nae' sepanjang masa.
"What happened last night in your room? Ceritalah!" Sooah dan kawan-kawannya bersungguh memaksa menceritakan peristiwa yang aku tidak ketahui. Aku menggeleng kepalaku.
"Tiada apa yang berlaku pun dalam bilik saya semalam. Kenapa eh?" aku memandang mereka meminta penjelasan.
"Bilik tu berhantu" kata Sooah perlahan. Aku memandangnya pelik. Hantu? For real? In this eras?
"Semalam kami dengar ada suara lelaki sedang menyanyi dalam bilik awak. Suara dia sayu dan seram! Takkan awak tak dengar?!" Aku senyum pandang Sooah. Aku syak dia ni banyak sangat baca buku sampai berhalusinasi. Aku malas nak dengar cerita merepek ni lagi. Aku bangun dan terus ke tempat dudukku, aku menghiraukan Sooah dan kawan-kawannya yang sedang memanggil aku.
<SKIP>
Kelasku tamat lewat pada hari ini, pada pukul 6:30 petang barulah aku dapat pulang ke dorm. Sumpah aku penat gila. Sooah ada ajak aku pergi ikut geng dia pergi dinner tapi aku tolak sebab aku nak save duit. Parents aku mana ada duit sangat pun, semua benda berhutang.
Aku sungguh terkejut dengan permandangan di hadapan aku sekarang. Semua barang aku berselerakan di merata-rata tempat. Pintu bilik air aku ada sedikit retak seperti diterajang. Siapa yang sanggup buat aku macam ini? Aku terduduk di atas tilamku. Sungguh aku tak percaya, sebahagian bajuku ada yang koyak rabak. Siapa yang tak puas hati dengan aku ni?
Aku melangkah masuk ke dalam bilik air. Aku hampir pengsan melihat dinding bilik airku yang habis dicakar dan membentuk sebuah tulisan.
Keluar dari tempat aku lah sial!
☀☀☀
Holaa!
YOU ARE READING
Dorm 2032-Pjm
Fanfiction"Don't you ever step in my place!"-pjm "Aku tak kira aku akan tetap tinggal kat bilik ni!"-jahee +Sejak suatu petaka berlaku di dorm 2032, tiada sesiapa lagi yang berani tinggal di bilik itu. Kononnya bilik itu didiami oleh 'entiti' misteri. +Apa ya...