4

789 128 41
                                    

Aku sedang memeluk tubuhku yang kesejukan akibat hujan yang lebat yang turun secara tiba-tiba ini. Aku sekarang berada di salah sebuah pondok menunggu bas yang berdekatan dengan asrama aku. Hidung aku dari tadi tak berhenti bersin. Ni semua salah Jimin. Kalau lah dia tak ganggu aku study,mesti aku lulus dengan cemerlang semua ujian.

Tiba-tiba guruh berdentum dengan kuatnya sehingga aku dapat rasakan getarannya. Air mata aku mula bergenang, sesungguhnya aku amat takut dengan guruh, tambahan lagi aku berseorangan sekarang ni. Guruh tadi berdentum lagi, aku terkejut dan tanpa aku sedar aku menjerit nama Jimin meminta pertolongan. Aku sudah mula teresak-esak menangis ketakutan.

+Jimin Pov+

"Jimin tolong!"

Aku terbangun dari tidurku. Kenapa pulak aku dengar suara perempuan degil tu. Nightmare sia. Aku jelmakan diri aku di dalam bilik dorm Jahee dan baru aku perasaan Jahee tiada kat bilik dia. Sungguh aku geram dengan perangai diani, dia dahla perempuan tapi suka balik lewat malam.

Aku pandang jam di dinding, sumpahlah dah pukul 3 pagi sekarang ni. Mana pula budak Jahee ni pergi? Selalunya paling lewat pun pukul 2 pagi. Guruh yang berdentum di luar menambahkan lagi kegusaran aku akan Jahee. Aku tak tahu kenapa aku risaukan budak degil tu.

Aku cuba mengesan keberadaan Jahee menggunakan kuasa aku. Aku nampak dia sekarang berada di sebuah pondok bas berdekatan dengan asrama ni. Apa sajalah budak Jahee ni buat disitu.

Aku munculkan diri aku sedikit jauh dari pondok bas tempat Jahee berada. Aku nampak dia tengah menggigil kesejukan sambil menangis. Eh kejap! Jahee menangis?! Aku terus munculkan diri aku di hadapan Jahee.

"Jimin tolong aku hik J-jimin tolong"

Aku dengar dia sebut nama aku berulang kali sambil meminta tolong dalam keadaan menangis. Dia memejam matanya rapat. Aku duduk di sebelah Jahee dan memeluknya.

Jahee membuka matanya dan memandang aku. Dia memeluk aku erat. Mungkin mencari haba ataupun dia sedang ketakutan.

"Jimin tolong aku, aku takut bunyi guruh kuat sangat hik" Jahee menangis di dadaku sambil memelukku erat. Aku membalas pelukannya erat sambil tangannku menggosok belakangnya.

"Dah jangan takut, aku ada kat sini lah Jahee, aku ada kat sisi kau sekarang ni" Aku genggam tangan dia. Aku tahu dia tengah sejuk sekarang ni. Aku cuba nak salurkan sebanyak haba yang aku ada untuk Jahee. Kesian pulak aku tengok dia, kenapa dia tak balik dorm. Takkan dia dah putus asa nak berebut dorm tu dengan aku?!

"Jahee asal kau tak balik dorm?" Tanyaku apabila aku tengok tangisan dia dah reda sedikit. Dia pandang aku lemah. Aku alihkan pandangan aku dari mata Jahee. Asal jantung aku berdebar teruk sangat ni. Ingat Jimin kau ni roh yang tak tenang je.

"Aku kena denda denda tak boleh masuk kawasan asrama sebab aku gagal ujian semester satu" Jahee bersin beberapa kali. Habis aku tengok muka dia merah, macam nak demam.

"Tulah kau belajar main-main kan dah kena denda." aku yang masih memeluk Jahee masih ralit bermain dengan rambutnya. Still wangi walaupun dah basah. Aku sumpah tak boleh kawal diri aku sekarang ni. Secara tiba-tiba Jahee menolak badanku jauh dari dirinya. Aku memandang dirinya meminta penjelasan.

"Belajar main-main kau tuduh aku?! Kau lah penyebabnya! Kalau kau tak ganggu aku semua benda ni takkan jadi!" Jahee mula menangis semula. Kali ini aku hanya memandang dirinya, tak terdetik langsung niat aku hendak memujuk Jahee. Jika dia tidak memilih dorm tu, semua ni juga takkan berlaku. Aku betul-betul sakit hati bila dia tuduh aku macam tu. Aku mula bangun untuk meninggalkan Jahee.

Guruh mula berdentum semula kali ini, malah lebih kuat dari tadi. Aku memandang ke arah langit, nampaknya hujan masih lebat dan tiada tanda-tanda nak berhenti. Sebelum sempat aku melangkah pergi, tangan aku lebih pantas dicapai Jahee. Aku memandangnya.

"J-jangan ti-tinggalkan aku" Jahee memandang aku dengan mata berair. Aku memegang dadaku yang sedari tadi berdegup kencang. Aku mengeluh kasar sebelum aku kembali semula duduk di sebelah Jahee. Tangannya yang menggigil kesejukan aku pegang semula. Erat. Badannya aku tarik semula dalam pelukanku.

Jahee yang sudah tertidur dalam pelukanku, aku angkat perlahan secara bridal style dan membawanya pulang ke bilik asrama. Aku bawa Jahee pulang dengan mudah kerana aku sudah kaburkan pandangan security tersebut. Aku baringkan Jahee di atas katilnya seperlahan yang mungkin. Aku tahu dia penat dengan apa yang jadi harini. Perlahan-lahan aku menghilangkan diriku melalui kegelapan bilik itu.

Selamat Malam Jahee. Aku minta maaf.

☀☀☀

Dorm 2032-PjmWhere stories live. Discover now