Masuk harini dah dekat 2 minggu aku dan makhluk bernama Jimin bergaduh pasal bilik dorm tu. Aku memang harom tak tahu apa masalah hantu tak guna tu. Aku sekarang berada di taman berdekatann dengan kolej aku. Aku malas nak balik bilik, percayalah cakap aku, buka-buka je pintu, hantu gila tu akan kacau aku lagi. Penat sia.
Apabila detik jam tepat pukul 2 pagi barulah aku balik ke bilik dorm aku. Minta-mintalah hantu gila tu dah tidur. Penat lah nak gaduh dengan dia. Nasib aku baik, apabila security tu tak perasan yang aku panjat pagar untuk masuk kawasan asrama.
Aku membuka pintu bilikku perlahan-lahan, wah serius lah hantu Jimin tu tak tunggu aku harini. Sungguh aku bahagia. Aku mandi dan bersiap secara ringkas sebelum aku merebahkan badan aku di atas katil.
Apabila mataku mula nak tertutup, dapat aku rasakan bahagian katil di sebelah kiriku memberat seolah-olah ada yang tidur disitu. Aku memusingkan badanku dan seperti jangkaan ku, kelihatan Jimin sedang bersenang-lenang nak tidur si sebelahku.
"Woi hantu! Kau bangun sekarang dari katil aku! Nanti sial kau melekat kat aku!" aku cuba menolak Jimin jauh dari aku. Tapi malang dia tak berganjak sedikit pun. Dia memandang aku dengan pandangan sinis.
"Ni bilik aku so why not aku tidur kat atas katil ni wahai cik Jahee" Menggelegak darah aku mendengar jawapan hantu gila ni. Disebabkan aku dah terlalu penat nak bergaduh dengan Jimin, aku mengambil keputusan untuk tidur diatas sofa. Tanpa selimut dan bantal aku terus membaringkan badan aku disitu. Mungkin kerana aku penat aku terlena dengan mudah.
Aku tersedar dari tidurku apabila aku merasakan ada tangan yang sedang memeluk badanku. Mataku membulat apabila aku tengok Jimin si hantu tak guna ni tengah sedap peluk badan aku. Patut dari tadi aku membahang, si gila ni rapat gila dengan aku. Dahla sofa ni kecil lamak. Babilah apa yang dia buat ni.
"Woi babi! Apa kau buat ni! Lepaslah hanat!" aku bangun dari sofa itu dan menuju ke katil. Dia masih memandang aku dengan pandangan sinis. Aku tak tahu apa dia nak dari aku sebenarnya. Semak lah jantan ni.
"Tahu takut. Aku boleh buat lebih dari ini Jahee, better kau keluar dari tempat ni sebelum aku hilang sabar"
Aku memandangnya sekilas dan terus melelapkan mata. Kita biar dia membebel sorang-sorang padan muka.
☀☀☀
"Kim Jahee kenapa result awak teruk sangat ni, ujian permulaan semester satu universiti pun awak gagal? Macam mana awak boleh terlepas masuk sini? Haishh!" Cik Sehee memandang aku garang. Aku mengaku result ujian semester satu memang teruk sangat-sangat,kalau appa aku tahu mati aku kena belasah nanti. Tapi ni semua bukan salah aku, ni semua salah Jimin badigol tu, dia selalu kacau aku bila nak study.
"JAHEE SAYA BERCAKAP DENGAN AWAK NI!" Cik Sehee menengkingku kuat. Aku tersentak dari lamunanku. Aku meneguk air liur kasar, sepatah apa pun aku tak dengar apa yang dia cakap tadi. Aku takut nak pandang muka Cik Sehee.
"Awak tak dibenarkan balik ke asrama malam ni. Tidur lah kat mana-mana pun. Ini denda awak. Saya akan bagitau security supaya jangan bagu awak masuk kawasan asrama." Aku terkelu disitu. Atas salah Jimin tak guna tu, aku pula jadi mangsa? Cik Sehee sudah berlalu pergi sambil mengurut kepalanya. Mesti dia stress dengan result aku. Aku capai handbag aku dan terus keluar dari bilik dekan. Misi aku sekarang ni kena cari tempat nak tidur malam ni.
Aku sumpah, aku benci kau Jimin. Kau memang membawa sial.
Hate is simplest way to loving you i guess?
☀☀☀
YOU ARE READING
Dorm 2032-Pjm
Fanfiction"Don't you ever step in my place!"-pjm "Aku tak kira aku akan tetap tinggal kat bilik ni!"-jahee +Sejak suatu petaka berlaku di dorm 2032, tiada sesiapa lagi yang berani tinggal di bilik itu. Kononnya bilik itu didiami oleh 'entiti' misteri. +Apa ya...