S E V E N

35 11 3
                                    

[ 25 Ogos 2018 ]

Hari yang ditunggu2 dah tiba. Hari perkahwinan aku dengan Jimin. Aku tak tau nak nangis atau nak happy. Aku gelisah. Aku mundar-mandir. Aku sudah siap berpakaian kahwin. Omma Appa datang ke arah ku. Omma bagi semangat kat aku supaya tak payah gelisah. Appa memupuk belakangku pelahan. Aku senyum sikit. Ya aku mesti kuat depan omma appa. Ni permintaan omma. Biarlah apa yang akan jadi ..jadilah. Asalkan omma appa happy.

" Anak Appa kejap lagi majlis nak bermula " appa mengukirkan senyuman. Aku senyum sikit.

" tak sabarnya nak tengok anak omma kahwin " omma mengoyangkan tangan ku perlahan menandakan omma gembira. Omma tinggalkan aku sebab nak duduk tempat pengantin perempuan.

10 minit kemudian.

Appa sudah sedia berdiri disebelahku untuk memimpinku. Kami jalan perlahan-lahan menuju kepada Park Jimin, Yang bakal menjadi Suamiku.

" Jaga anak Appa elok-elok " Appa menasihati Jimin sebelum berbalik semula.

" adakah kamu sedia wahai pengantin berdua? " pederi mulakan pembicaraan.

Kami berdua hanya mengangguk perlahan.

" baiklah, kita mulakan dengan pengantin lelaki . Park jimin, adakah kamu bersedia untuk menjadi suami kepada Kim Haneul sehidup semati ? " tanya pederi.

" saya sedia " Jimin berkata.

" pengantin perempuan. Kim Hanuel " panggil pederi.

" ya saya "

" adakah kamu sedia untuk menjadi isteri kepada Park Jimin dan menjalankan tugas sebagai isteri ? "

" saya.. sedia " jawabku perlahan.

" now kiss your bride " pederi suruh.

Jimin mencium mulutku perlahan. Kalau dia jijik kenapa cium aku (?). Sebab tak nak sedihkan omma appa dia lah tu. Perlahan dia melepaskan ciuman tu.

" kenapa ? Kau suka ? Nak lagi ? " kata jimin perlahan.

Aku diam. Malas nak jawab.

....

" eh PARK JIMIN ! kahwin juga kau eh " kata seseorang lelaki. Mukanya macam kurang gembira. Dia memupuk kuat belakang Jimin.

" kenalkan ni Kim Taehyung kelas sebelah kita dulu bila sekolah menengah " jawab Jimin menahan sakit.

Bila aku lihat balik muka taehyung dan Jimin macam ada yang lain. Macam bukan kawan. Musuh.

[OG] painful love 고통스러운 사랑 ( jimin BTS )Where stories live. Discover now