T W E L V E

30 9 1
                                    

macam biasa. Aku bangun. Mandi. Pakai baju. Pakai perfume dan sikat rambut.

Aku tengok diri aku di cermin. Mata aku bengkak. Sebab nangis semalam. Aku rasa nak pakai makeup tapi tak payah kut, dia bukannya pandang aku pun. Aku cuba senyum sikit.

Aku turun ketingkat bawah. Aku masuk dapur.

Kaki aku terhenti apabila melihat suami aku, Jimin sedang memasak.

" awak buat apa ? " tanyaku.
Mulut aku tak habis-habis nak tanya soalan.

" cuba kau tanya diri kau? Kau masih nampak ke tidak apa yang aku buat? " dia tak tengok aku. Dia sambung masak.

Aku mengeluh.

Setiap kali aku tanya mesti ayat-ayat macam tu dia bagi kat aku.

" boleh saya tolong? " tanyaku.

Derhaka aku kalau tak tolong suami. Haih.

" boleh tolong angkatkan kereta aku ke Mall " jawabnya dan gelak perlahan.

Aku penat. Sakit hati.

" eh boleh ke awak jawab betul-betul sikit " aku mengeluh lagi.

" heh betullah tu kau yang nak tolong aku kan? Aku suruh kau angkat kereta je pun bukan rumah " Jimin gelak lagi.

Aku malas nak layan. Aku masuk ruang tamu, duduk atas sofa. Puas ke hati dia nak sakitkan hati aku.

Nak dikatakan gila tak pulak gila. Ada ke patut dia suruh aku angkat kereta besar dia tu kat Mall. Mati terhimpit aku.

Tiba-tiba, Telefon bimbit Jimin berdering disebelah kiri ku menandakan ada orang menelefon.

Nama panggilan Taehyung

Angkat ke tak ?

Angkat jelah.

' woi sialan kenapa lama sangat kau nak angkat telefon aku hah '

Suara Taehyung amat menakutkan. aku rasa tak sedap hati.

' mm sa..ya... Ha..neu.l '

Yes, aku gagap.

' eh saya minta maaf .. saya fikir Jimin tadi.. '

Suara dia berubah. Tak macam tadi.

' ta..takde pape..la.h '

' kalau macam tu, saya tutup dulu, maaf sebab mengganggu '

Dia terus tutup panggilan itu.

" kenapa cara dia cakap macam tu eh? " aku fikir bukan-bukan.

...

[ MALAM ]

Jimin sedang menonton tv di ruang tamu. Ada masa dia gelak ada masa dia bagi muka straight. Itu yang aku nak, dia gelak ikhlas macam dulu.

Aku berjalan perlahan ke arah Jimin dengan membawa hot chocolate. Aku memberinya hot Chocolate.

Huh syukur, jimin terima. Tapi malangnya matanya masih di kaca tv.

Aku duduk 15cm jauh dari Jimin.

" Jimin " panggilku.

Takde sahutan. Masih beri tumpuan di kaca tv.

" Jimin " panggilku lagi.

" apa yang kau nak? Kau ni memang tak habis-habis nak kacau aku " dia jeling aku. Pedih.

" saya nak tanya ni "

" tanya jelah, tak payah kau bagitau aku yang kau nak tanya haih " dia masih menumpukan di kaca tv.

Haih.. tak penting ke aku ni dalam hidup dia?

" saya nak tau tentang Taehyung, boleh? " soalku.

Terus dia menoleh ke arah aku. Kelihatan muka dia menahan marah.

" Yang kau nak tahu pasal dia ni dah kenapa hah? Kau ada jumpa dia ke hah?! "

Aku tanya elok-elok boleh pulak dia jerit-jerit. Hilang telinga aku sebelah nanti macam mana.

" Saya tanya ni sebab saya nak tahu "

" nak tahu apa?! "

" sebenarnya tadi Taehyung telefon awak, tapi awak masih kat dapur. Jadi saya jawabkan la "

Muka Jimin kelihatan marah dan sikit ketakutan.

" kau pergi angkat dah kenapa ?! Kau tau tak dia tu gila kan ka... haih " kata Jimin terhenti. dia memberantakkan rambutnya. Tanda dia kusut dan marah.

Aku sebenarnya Tak faham apa nak jadi dengan hidupku ini.

" saya nak tahu je .. bukannya nak dating dengan dia " kataku perlahan.

" kau boleh ke tak !? Jangan kusutkan lagi otak aku ! " Jimin menolak bahu aku kuat. Sakit. ia membuatkan aku terdorong kebelakang.

" lepas ni aku tak nak kau sentuh lagi barang aku terutamanya handphone aku ! FAHAM ! Blah !"

" baa..ik " aku terus melarikan diriku kebilik.

Aku terduduk di sisi katil.

" apa salah aku? " tiba2 air mata aku jatuh.

Aku kusutkan rambut aku.

Aku keliru.

Aku pening.

Aku kusut.

Aku tak tahu kenapa hidupku macam ni.

Ya Tuhan bagilah aku petunjuk. Sesungguhnya aku mahu dia yang dulu.

Air mataku makin deras jatuh.

Akhirnya aku terlelap di lantai dengan linangan air mata.

__________________________________________________________

Wait for next chapter guys ♡ i really need ur support (^^)

Saya akan cuba buat yang lebih baik dari sebelumnya.

[OG] painful love 고통스러운 사랑 ( jimin BTS )Where stories live. Discover now