Nasihat Bumi Para Wali (Tarim)

1.3K 58 0
                                    

_۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞_

_❝Janganlah kita menjadi seorang yang “fudhul” mahu tahu urusan orang lain, yang mana hal-hal tersebut tidak memberikan manfaat atau membawa manfaat atau tidak berguna sama sekali. Buat apa kita menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat kalau kita masih banyak tugas dari Allah dan Rasulullah shalallahu alaihi wasallam. Semoga kita dijaga dari perkara Fudhul (yang tidak bermanfaat).❞_

*[Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar bin Hafidz]*

     --------------🌹🌹🌹--------------


__________________________________

Nasihat Habib Umar dalam MENJAGA MATA DARI PANDANGAN YANG HARAM.

Melihat kepada aurat dan melihatnya seorang lelaki kepada perempuan atau sebaliknya dengan memperhatikan keindahannya dengan rasa syahwat adalah Haram.

Kerana ia dapat menyebabkan lemahnya Iman, dan dapat menjadikan Hati terpanah oleh Panah yang beracun dari panahnya Syaitan.

Sebagaimana di khabarkan Sebaik-baik Manusia ﷺ:

Pandangan (kepada pandangan yang Haram) adalah busur beracun dari busur iblis yang terlaknat.

Berfirman Allah SWT: Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaku, aku gantikan iman yang terdapat keindahan dalam hatinya.

Balasan yang besar untuk siapa yang menutup pandangannya dari yang diharamkan serta menimbulkan syahwat yang haram, seperti memandang gambar yang menimbulkan syahwat.

Siapa yang menahan (matanya) atas sesuatu yang tidak berharga, balasannya sesuatu yang amat besar ( Ganjaran keindahan iman dalam hatinya )

Dan apa yang didapatkan bagi mereka yang membiarkan matanya dan tidak berfikir dalam melihat yang Haram?

Suatu panah beracun telah menusuk dihatinya. Bukanlah matinya jasad apa yang dia akan dapatkan akibat perbuatan memandang yang Haram akan tetapi matinya Hati.

Setelahnya ialah diharamkan atasnya pahala, rosaknya amal soleh, melemahkan Iman, rosaknya ketaatan, maka dengan pandangan tersebut boleh mengganggu pada solatnya, membaca Al Qur'an bahkan sampai tidak beradab ketika berfikir, sehingga memikirkan yang buruk didalam beribadah kepada Allah.

Maka menjadi keburukan adab yang mendatangkan hukuman serta penolakan dan penghalang untuk mendapatkan pahala.

Tareem alghanaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang