Part 2

860 40 3
                                    

Jam loceng yang berdering di telefon ditutup oleh Raisya . Ah inilah sikapnya,liat untuk bangun pagi!Tambahan dia tidak boleh solat harini.

Ikutkan mahu sahaja disambung tidur sehingga 10 pagi malangnya harini terpaksa digagahi untuk bersiap mencari rezeki gituuu.

Baju kurung pastel yang tergantung elok di dalam almari dicapai oleh Raisya dan dipandankan dengan bawal bewarna krim . Setelah puas tilik diri sendiri dihadapan cermin,Raisya dengan yakin turun keluar menuju ke dapur.

"Umi abi , Raisya gerak dulu yer" Raisya menghulurkan tangan untuk disalam dengan kedua ibu bapanya.

"Hati hati . Perangai tu behave sikit ya Raisya" Umi melaung dari dapur. Ingat aku ni jahat sangat ke ? Sampai hati umi hm.

...

Jam ditangan dipandang sekilas. Displinnya aku datang awal ke tempat kerja ! Langkah terus menuju ke kak Linda . Masih segar di dalam ingatanku pesanan kak Linda.

"Hai kak!" tegurku ramah apabila melihat kak Linda yang tekun memandang komputernya. Awalnya dia buat kerja.

"Raisya! Datang pun kamu .Akak ingat awak bangun lambat.Tengok jam tu dah pukul berapa ?" soal kak Linda kepadaku.

" Baru 7.45 kak,kira awal la akak kan? ke jam saya yang salah" sebaris gigi ditayangkan kepada kak Linda .

"Eh awak ni! nak buat coffee cik boss tu bukannya 3in1 punya yang express! Boss awak pula datang awal sebelum pukul 8 lagi,tapi coffeenya mana?" balas kak Linda sedikit geram dengan aku mungkin. 

" Hehe mana saya tau kak. Daripada akak bising bebel kat saya , baik kita pergi ke pantry sekarang " badan kak Linda aku tarik dengan pantas.

...

'Hmm' aku mengeluh perlahan sambil tangan masih sibuk mengacau coffee dihapan pintu. Nak bagi dia ke tak ni? Entah berapa lama aku berdiri dihapan pintu ini . Agaknya kalau pintu ni boleh bercakap,mesti dia muak tengok muka aku kan.

"Tunggu apa lagi Raisya? Masuklah cepat,boss dah tunggu tu" jerit kak Linda bersama senyum yang lebar. Kenakan aku nombor satu la tu . Ada dia tengok je aku buat coffee tu tanpa diajar apa apa ? Aku pun campak campak jela apa yang patut. Katanya boss tak benarkan kak Linda ajar mahupun usik. Jahat ! Umi tolong Raisya!

Pintu diketuk perlahan dan tombol pintu dipulas. Aku langkah berhati hati ke mejanya . Tekunnya dia buat kerja sampai aku yang masuk ni pun tidak dilayan.

"Boss,ini coffeenya.Maaflah kalua tak sedap ya. Saya main campak campak je tadi" kata Raisya dengan perlahan .Takut untuk mengganggu singa itu .Eh ?

"Not sharp awak hantar coffee ni. Lain kali make it fast."Rayyan mengangkat muka memandang gadis dihadapannya. Cantik!Tiba tiba perkataan itu muncul dalam hatinya. Ah tak mungkin!Kopi diatas meja dihirup . Pelik . Rasa yang benar benar lain dari sebelumnya.

"Siapa yang buat saya punya air ni?" tegas Rayyan menanya . Tidak mahu gadis dihadapannya ini mengesyaki apa apa.

"Err sayalah siapa lagi. Boss juga yang tak bagi kak Linda usik apa apa kan?"soalanku berbau sindiran. Cari masalah sikit takpela kot?

"Okay after this I nak you yang buat . Kalau I rasa lain siaplah !"

"Baik boss."Aku menjawab lemah .Sedaplah tu aku buat.Sambungku dalam hati . Dah agak dah! Walaupun aku ni masak kelaut,kalau bab buat air ni mesti sedap nombor satu punya! Bukan nak riak,kalau tetamu datang rumah pun mesti puji air aku sedap hehe. Yela masak tidak pandai so hari hari practice buat air jela hm.

"Kau berangan apa? Jangan perasanlah coffee kau ni sedap. Aku suruh kau buat pun supaya kau latih diri untuk rajin,aku taknak staff-staff aku malas,tau makan gaji buta je" tegur Rayyan

"Ewah mana ada saya berangan.Boss ni tak baik tau main tuduh tuduh ! Dahlah saya keluar dulu"Aku mencebik.Tau tau je mamat ni apa yang aku fikir .Bahaya!Eleh mengaku jela. Langkah diatur dengan pantas menuju ke luar.

"Ish benci betullah macam ni!"protes aku dengan geram di tempat duduk.

"Hai amacam?" 

"Apanya kak?Entahlah saya pun tak faham dengan boss akak tu. Suruh hari hari kita buat lepastu nak bebel bebel !"

"Wah kira luluslah tu Raisya. Akak dulu pun kena buat hampir 3 kali tau. Tapikan boss akak tu kira boss awak jugaklah ! "

Aku menjeling tajam kak Linda disebelah. Orang tengah naik angin ni boleh pulak dia bergurau.

"Akak diam eh,sekali lagi akak cakap,saya taknak kawan dengan akak!"

"Garangnya!Takut akak haha"

...

Interkom yang berbunyi nyaring aku tekan dengan malas. Baru nak aman sebelum lunch hour bermula. Haraplah boss tidak rosakkan mood aku .

"Ya boss,ada apa apa yang boleh saya bantu?"

"Masuk bilik saya sekarang " punat interkom itu segera aku tekan. Dalam keadaan terpaksa, aku gagahkan kaki ini menuju ke bilik Rayyan . Sekarang time lunch hour tau tak . Patutnya aku rehat , apalah lagi masalah boss ni.

"Kau tak keluar makan ke?" soal Rayyan sebaik saja Raisya memasuki biliknya

"Nak keluar lah ni. Dah boss panggil saya kan " jawab aku lurus. Macam mana aku nak keluar ?

"Ok good. Kalau macam tu,teman aku makan" jawapan Rayyan sebentar tadi menyebabkan mulut aku ternganga.

What? Dia call aku semata mata nak ajak lunch? Gila apa boss ni . Memang taklah aku nak pergi. Tiba tiba satu idea terlintas dalam fikiranku.

"Saya puasalah boss,maaflah ye. Maybe next time ? atau boss boleh ajak kak Linda ke?" minta mintalah dia terima alasan aku ni . Tipu sunat je takpe kot.

"Ajaran sesat mana kau pakai sahur pukul 10 pagi tadi ?" kelihatan senyuman sinis di muka Rayyan 

Sekali lagi aku tercengang .Dia ni pasang spy ke dalam office ni? Bodohnya kau Raisya ! Sah sahlah ada cctv. Dahlah curi curi makan lepastu terkantoi pulak aah malunya!

"Alah boss saya busy la " jawab Raisya lagi menutup malu dirinya

"Aku tak minta persetujuan kau pun . This is an order,so you must follow it girl . Let's go!" Rayyan melonggarkan tali lehernya dan terus melangkah keluar

Raisya masih ditinggalkan terkebil kebil disitu. Pantas kaki ini mengejar bossnya yang gila kuasa ! Ops salah guna kuasa ! Ish sama jelah dua dua











Mine Mr Coffee Sweet Talker! [In Editing]Where stories live. Discover now