Restoran lima bintang itu ditatap lama , siapa yang tidak mengenali restoran tu ? Pak Samad pasar malam tu pun tahu tau . Ni kalau aku makan mahu akhir bulan ikat perut ni .
"Woi,kau termenung apa ? Tak reti nak turun ? Ingat mak datin ke nak suruh aku bukak pintu pulak" tegur Rayyan selepas melihat gadis itu terkebil kebil di dalam kereta.
"Boss,kita makan kat sini ke?" soalan level budak 6 tahun Raisya tanya.
"Habistu aku berhenti kat sini buat apa? Nak basuh kereta ke kat sini ?" setepek Rayyan menjawab.
"Saya manalah dapat gaji lagi , duit pun tah cukup ke tidak , kita makan kat mamak jela ? okayyy?" Raisya tidak mengalah daripada tadi.
"Like seriously? Ada aku suruh kau bayar ke ? Aku suruh turun makan je kan?"
"Oh boss belanja ke ? Cakaplah awal awal,takdelah saya kira duit je dari tadi" purse dimasukkan semula ke dalam beg . Langkah laju mengetur masuk ke dalam restoran itu . Rezeki jangan ditolak gituu !
"Yes miss nak order apa?"
"Err kejap eh" Mak ai menu dia macam kat overseas! Tah ape nama je . Bubuh jela nama melayu .Alamak ai . Satu nama je aku tau , chicken chop tu pun tak bernafas aku tengok harga dia !
"Bagi saya chicken chop satu,milo ais satu" Belum sempat pelayan itu menegur kaki Raisya disepak oleh Rayyan
"Mana ada milo ais kat sini ! Nak minum milo buat kat rumah sendirila!" Rayyan separa berbisik
Raisya tersengih sumbang . Mana aku tahu !
"Sorry , just give us chicken chop 2,apple juice 2"
"Hehe sorry boss . saya mana pernah makan kat sini . Selalu mamak ada je milo ais" Raisya menjawab.
"Sekarang kita kat mamak ke ?" Sekali lagi Rayyan bertanya
Raisya hanya menjulingkan mata , suka betul lah buat aku nampak bodoh ! Nasib badan lah.
Dua set makanan dan minuman tiba di meja kami . Masing masing melayan perasan makan makanan sendiri . Kang kalau bertanya tak dapat jawapan straight forward . So,marilah kita diam bersama-sama heee.
Usai Rayyan membayar , kami mengatur langkah keluar . Harga tak payah tanyala . Congak je dah tau hahaha .
"Boss,saya nak tanya sedikit ni" Raisya memecahkan kesunyian di dalam kereta . Bosan daripada tadi lagu je yang bercakap
"hm?"
"Boss ni memang tak suka senyum eh ? Boss tau tak kalau muka kita tegang je,nanti cepat tua tau" Laju soalan itu terpacul dari mulut Raisya . Ikutkan hati bukan itu yang dia ingin bertanya !
"Kau ni memang tak ada soalan lain ke ? Mulut aku biarlah aku nak senyum ke tak nak . Malas nak senyum kang kau jatuh hati kat aku , parah nanti" jawapan berbau sindiran dilemparkan oleh Rayyan . Tiada masa untuk memikirkan jawapan yang tepat . Biarlah dia sahaja yang tau.
Raisya tiada idea untuk menjawab . Dahlah malas aku nak Tanya lagi . Lagipun dah sampai office yeayy ! Takpayah duduk lama lama dalam kereta ni dengan encik singa a.k.a. annoying nak mampusss.
Laju langkah Raisya menuju ke lobi office . Tak mahu dicop oleh pekerja lain makan gaji buta . Nak nak dia baru hari pertama ,dah keluar dengan boss pulak tu . Apalah diaorang gossipkan nanti . Manusia manusia , makcik bawang memang tak boleh lenyap ye.
Rayyan memerhati pemergian Raisya . Entah angin apa yang buat dia rasa nak keluar lunch dengan gadis itu . Senyum? Rayyan tanpa sedar mula mengukirkan senyuman yang telah lama disimpan selama ini . Bukannya dia tidak mahu memanggil gadis itu semula, tetapi dia ada hal yang perlu dilakukan .
Nisan GTR itu laju membelah jalan semula menuju ke rumah orang tuannya. Katanya ada perkara yang ingin dibincangkan .
"Eh Raisya sini kejap" panggilan Kak Linda menyedarkan aku dalam alam yang nyata .
"Iya kak . Kenapa ?"
"Tadi Raisya keluar dengan boss kan ?" senyuman misteri daripada Kak Linda menaikkan bulu romaku.
"Haah" Aduh mintaklah Kak Linda tak fikir yang bukan bukan .
"Habistu mana boss awak ? Tak ada pun akk cari "
Fuhh.."Manalah saya tahu kak . Tadi ada je kat belakang saya lepastu ghaib . Kena ambil dengan orang bunian kot kak" sengaja mahu usik Kak Linda . Ye tak ya jugak aku baru perasaan boss takda . Patutlah diam semacam je aku jalan tadi . Hilang rupanya
"Kamu ni ! Mulut tak makan insurans betul kan ."
"Mulut memanglah tak makan insurans , mulut Raisya makan nasi kak hehe" sekali lagi aku mengusik Kak Linda .Usikan Raisya dibalas dengan cubitan Kak LInda . Sakit woi ! Almaklumlah dah lama tak kena cubit.
...
Rayyan mengambil angin dihadapan rumahnya . Kata kata mamanya terngiang ngiang ditelinga. Ah sudah , bala apakah lagi ni.
"Rayyan , mama dengan papa dah buat keputusan minggu depan Rayyan akan bertunang and one month after that Rayyan akan berkahwin dengan pilihan kami noktah."
"Mama apa ni ? Rayyan dah bincangkan pasal ni?"
"You have no choices . Mama dah bagi masa hampir setahun and Rayyan tak ambil perkara ni serius pun. Rayyan dah 27 tahun takkan nak membujang lagi . Mama dah tua , nak jugak rasa panggilan nenek . Faham kan ?"
"Pa , apa ni ? Help me please !" Papa aku pandang silih berganti . Papa hanya menggelengkan kepala .Kalau dah mama buat keputusan orang lain tak akan mampu menghalang .
"Alah abang terima jela . Reen dah tak sabar nak dapat kakak ipar , yeay nanti adalah partner dapat pergi shopping"sampuk Ireen Elzahra, adik perempuan tunggal Rayyan.
'Nantilah mama , bagi masa Rayyan fikir dulu" Aku bingkas bangun keluar tak betah lama lama disitu . Kereta dipandu menuju ke condo miliknya.
YOU ARE READING
Mine Mr Coffee Sweet Talker! [In Editing]
Romansa(ROMANCE) Megat Rayyan Azzad , CEO MEGAT HOLDING yang amat dikenali di pelusuk dunia. Wajah kacukan yang tampan menambah lagi perfect dalam dirinya . Baginya, menu utama dalam list sarapan ialah secawan coffee di atas meja! Sakit hati Raisya Emelda...