bab 2

13 1 0
                                    

"Kami minta maaf sebab tinggalkan kau sekali lagi." Umar duduk di hadapan Narina dan Darisha.

"Aku ok. Paham sangat." Narina sambung membaca novel yang bertajuk 'kau cinta hatiku'. Umar dan Darisya memandang buku yang di buka oleh Narina.

"Rish. Ni, hadiah ke-54." Raishdin meletakkan satu kotak di hadapan Darisha. Darisha menjeling Raishdin sambil menolak bahu Raishdin kuat.

"Dah la Din. Dah Rish tak suka hadiah kau tak payah la bagi hadiah." Umar memberi semula kotak Raishdin di atas meja Raishdin.

"Wahai puteri Nurul Darisha, mengapa puteri tidak menerima hadiah yang kanda beri? Mengapa puteri?" Raishdin melutut di sebelah Darisha.

"Sekali lagi kau bising Ish. Aku tak teragak-agak sumbat buku ni dekat mulut kau. Jangan sampai kau masuk hospital macam haritu." mendengar suara Narina di sebelah Darisha. Raishdin menelan air liur dan mula bergerak ke mejanya dan dua orang sahabatnya yang terkekek ketawa. Gelak ketawa rakan sekelas mencebik lagi bibir Raishdin. Narina menyelak muka surat baharu tanpa pedulikan ketawa sekelasnya.

"Aku dengar cerita Shaf keluar date dengan Rin semalam. Betul ke?" bisikan sekumpulan gadis yang selang beberapa meja dengan Narina. Darisha yang dengar bisikan rakannya memandang Narina yang asyik membaca novelnya dengan khusyuk. Umar yang turut dengar bisikan yang tak berapa bisik itu mengalih pandangannya melihat novel yang di pegang Narina.

"Haah! Rugi kau orang tak join sekali kelmarin." Balas Narina tanpa memandang sekumpulan ataupun turunkan novelnya. Sebaliknya membuka muka surat baru. Sekumpulan gadis itu gelak sesama sendiri kerana malu dengan perangai mereka. Terutama semua kelas memandang mereka pelik.

"Rin.. Rin.." Umar ketawa kecil dengan perangai kawan baiknya itu. Dia berjalan meninggalkan tempat Hanah dan mula duduk di tempatnya.

"Harith!" panggilan Narina mengalihkan perhatian sekelas.

"Hutang aku kau belum bayar. Rish pun." Narina tutup novelnya dan terus bangun dari tempatnya. Dia berjalan menuju ke meja Farish ketua kelas.

"Aku pergi tandas." Narina mengenyit mata kanannya kepada Farish. Farish menggeleng dengan perangai gadis di hadapannya.

"Nak aku teman?" Darisha yang masih duduk di tempatnya memandang belakang Narina yang mula keluar dari kelas. Narina melambai tangannya tanda dia tidak perlu di teman.

Narina berjalan menurun tangga dengan tangannya meletak di belakang kepalanya sambil bersiulan. Sedang Narina asyik dengan lagu yang hasil dari siulannya seseorang muncul di hadapannya yang sedang naik tangga dengan langkah besar.

"Eh. Kau rupanya. Lagu apa kau main?" Shafiq berhenti di tangga bawah sambil melihat Narina yang sibuk dengan siulannya.

"Lagu patah hati." Narina turun tangga dengan perasaan menyampah.

'Tak ada orang lain nak muncul selain galah ni?' Narina jeling Shafiq yang berdiri di sebelahnya. Narina teruskan langkahnya menurun tangga.

"Aku nak jawapan Rin." Narina berhenti langkahnya di anak tangga ketiga. Tangannya mula turun dari kepalanya, siulannya turut berhenti.

"Aku masih dengan jawapan yang sama. Tak akan pernah aku lupa janji sahabat aku. Lagipun aku tak minat kawan dengan si galah macam kau." Narina senyum sebelum melangkah semula anak tangga. Shafiq memandang Narina yang mula hilang dari pandangannya. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Aku tetap akan dengar jawapan sebenar kau Rin. Walaupun kau menyampah dengan aku." Shafiq mula melangkah anak tangga satu per satu.

Dia Pilihan HatikuWhere stories live. Discover now