"Rin tak turun makan?" Encik Hakim yang baru turun dari bilik atas selepas menunaikan solat asar memandang di tingkat atas. Kakinya menuju ke arah isterinya yang duduk di sofa sambil menonton televisyen. Entah rancangan apa pada waktu begini.
"Belum B, dah banyak kali saya ketuk pintu bilik anak B yang seorang tu." Puan Safiah melentok kepalanya di bahu suaminya.
"Mungkin nak provok macam hari tu." bisiknya kepada isterinya takut-takut anak singa anaknya itu dengar. Entah datang dari mana sifat cenge anaknya itu. Nak kata isterinya tidak pula, baik sahaja melayan anaknya itu. Dirinya lagi lah, tidak pernah naik suara pada anaknya, isterinya ada lah juga suaranya meninggi semasa dia penat di pejabat.
"Rin dengarlah." Narina berjalan selamba dan duduk di tengah-tengah mama dan papanya.
"Aik. Ingatkan tak nak turun tadi. Nak mogok sampai esok pagi ataupun nak mogok sampai Umar datang pujuk." kata-kata isterinya menyambut ketawanya melihat wajah anak dara gadisnya yang sudah masam mendengar kata-kata isterinya.
"Memang nak mogok, tapi sudah di pujuk oleh bakal menantu papa dengan mama." Narina sengih sambil matanya melihat televisyen yang masih tayang iklan di kaca tv.
"Patut lah. Pujukan kita dia tak layan B, nak pujukan dari kekasih tercintanya. Patutlah menempek dekat sini. Tak benarkan kita romantik dekat sini." Puan Safiah menjuih bahu suaminya yang tersengih dengar kata-katanya dan anaknya.
"Dah hati terpujuk dengan bakal menantu papa bila lagi nak naik pelamin ni?" Soalan Encik Hakim membuat wajah Narina menukar warna.
"Malas nak borak dengan papa dan mama.. Sambunglah adegan mesra tadi. Rin nak makan. Lapaq!" Narina bangun dari sofa dan terus menuju ke dapur, Encik Hakim senyum melihat anaknya sebentar tadi, matanya beralih melihat isterinya yang sedang bersandar kepala di bahunya sambil mata menonton iklan yang di tayang di kaca tv. Lama betul iklannya.
¥¥¥¥¥¥
"Soal Rin balik kampung atau tak, benarkan papa fikir kemudian." Encik Hakim bangun dari sofa dan terus menuju ke tingkat atas menunaikan solat isyak, Puan Safiah mengikut langkah suaminya. Narina yang duduk di sofa memandang televisyen yang tidak bernyala. Dia memandang bayangnya di dalam televisyen, fikirannya melayang tentang tadi.
Matanya beralih melihat Umar yang duduk di sofa berhadapannya, mak ayah Umar dah balik beberapa minit yang lalu. Peperangan mulut yang baru habis sebentar tadi mengiang-ngiang di fikirannya. Matanya tak lepas dari mata Umar yang turut melawan anak panah mata milik Narina.
Kali ini lagi teruk keluarga Narina dan Umar bergaduh di sebabkan kesalahan Umar yang asyik memaksa keluarganya menerima keluarga Narina.
"Aku rasa kau boleh balik rumah kau, aku tak nak mama papa kau marah kalau kau masih ada di sini." Suara Narina lain dari sebelum ini.
"Rin.. Aku tak na-" kata-kata Umar berhenti selwpas mendengar suara nyaring Narina.
"Aku cakap balik!" sampai terbeliak matanya dengan suara yang baru keluar dari bibir gadis di hadapannya. Dada Narina naik turun dengan amarahnya, memang dia tidak tunjuk berangnya kepada orang luar tapi umar.. Umar baru mencabar amarahnya.
"Rin.."
"Kau ada kaki kan? Lagipun pintu rumah aku dah terbuka luas, tak ada alasan lagi aku nak dengar dari mulut kau. Harith aku tak nak gaduh dengan kau, aku masih hormat kau sebagai kawan aku. Aku tak nak dengan marah aku boleh hancurkan persahabatan ni. So please.. Keluar dari rumah aku!" jari telunjuknya di arah ke luar rumah yang sudah terbuka luas pintu rumah, wajahnya di pandang wajah Umar tajam. Puan Safiah dan Encik Hakim yang dengar suara nyaring anaknya sudah berada di belakang Umar yang masih terdiam di sofa. Matanya tak lepas memandang wajah gadis di hadapannya, baru dia tahu perangai sebenar Narina. Sebelum semua ini jadi lagi teruk, Encik Hakim membuka suaranya.
"Umar,balik.. Papa dengan mama kamu sedang tunggu di rumah. Nanti lagi teruk kalau kamu tak balik lagi." Encik Hakim berkata perlahan sambil tangan kirinya memegang bahu kanan Umar. Dengan perlahan-lahan Umar bangun dari sofa, matanya masih melihat wajah Narina.
"Rin.. Aku akan berusaha pujuk mama papa terima keluarga kau. Aku tak nak jauhan dengan kau. Aku janji dengan kau." terus langkah Umar menuju ke luar rumah selepas bersalam dengan Encik Hakim. Narina mengetap bibirnya sebelum lari naik tangga menuju ke biliknya.
Pintu biliknya sudah di kunci, dia menuju ke tingkap biliknya melihat sesusuk tubuh Umar yang sedang berjalan menuju ke rumahnya. Narina menarik nafas dalam-dalam, sungguh sakit hatinya apabila teringat situasi dia menengking Umar. Tidak pernah-pernah dia naik suara kepada kawannya.
"Maafkan aku Harith.." setitik air matanya jatuh di tubir kiri, dia pegang dadanya yang terasa sakit. Ruangan biliknya yang sepi menjadi pendengar suara tangisannya, semakin lama semakin laju air matanya mengalir.
"Entah sampai bila keluarga kau akan berhenti bencikan keluarga aku Harith?" Narina memandang siling biliknya sambil di genggam kedua tangannya erat.
YOU ARE READING
Dia Pilihan Hatiku
Romance•●^●• Narina Fisya, Umar Harith, Nurul Darisha dan Shafiq Aiman +_+ Umar kawan baik kepada Darisha telah menyimpan perasaan suka dekat Narina dari zaman sekolah rendah, begitu juga dengan Narina yang ada hati dekat Umar. Walaupun begit...