bab 4

5 0 0
                                    

Narina dan Umar berdiri di bawah pokok yang tidak jauh dari air laut di hadapan mereka, senyuman Narina tarik tepi bibir. Umar memandang wajah sisi Narina dengan penuh kasih sayang sebelum beralih wajahnya di air laut. Angin yang sempoi-sempoi bahasa meniup di tubuh mereka. Nikmat keindahan di hadapan mata.

"Kau tau tak kenapa aku ajak kau datang sini?" pandangan Narina masih di laut dengan ombak kecil membasah pantai. Umar memandang wajah Narina yang tidak beriak.

"Kenapa?" tanya Umar sepatah.

"Rindu." begitu juga dengan jawapan Narina. Sepatah.

"Rindu tempat ni?" Umar pelik. Bukan kali pertama mereka datang tempat begini. Setiap hujung minggu dia, Narina dan Darisha turut datang menghiburkan diri di awal pagi dan kekadang Dayana adik kembar Darisha ikut juga mereka datang ke sini.

"Rindu zaman kita kecil-kecil dahulu. Betapa rapatnya keluarga kau dan Rish dengan keluarga aku. Dulu hujung minggu keluarga kita selalu berkelah di sini dan sekarang.." Narina berhenti ayatnya. Rasanya selebihnya dia tidak perlu sambung, Umar mesti dah tahu kenapa dia tak boleh selalu borak dengan Umar dan Darisha. Hanya di sekolah, di luar sekolah mereka seperti musuh di hadapan keluarga masing-masing. Walaupun rumah berjiran tetapi di sebabkan kisah benci keluarga Darisha, umar dan dirinya, mereka jarang berborak malah bertegur sekiranya terjumpa di hadapan rumah.

"Aku dan Rish dah tak tahu nak pujuk keluarga kami untuk terima keluarga kau semula. Aku tak nak di sebabkan kebencian keluarga kita begini akan musnah persahabatan antara kita bertiga." Umar beralih wajahnya melihat laut. Tak sanggup melihat wajah Narina yang muram. Sudah banyak kali dia berusaha menyakinkan keluarganya untuk berbaik semula dengan keluarga Narina. Mereka pun tidak tahu apa sebabnya keluarga mereka terlalu benci dengan keluarga Narina, dengan Narina sekali sudah di cop kebencian mereka.

"Aku lagi takut kalau suatu hari nanti, kita tak macam sekarang ni. Aku takut dengan keputusan keluarga aku akan biarkan persahabatan kita jadi renggang." Narina memandang wajah Umar yang turut memandang wajahnya. Kerutan di dahi Umar lagi tambah perasaan resah di dalam hatinya.

"Keputusan apa?" Narina mengambil nafas berat.

"Keputusan hendak menghantar aku balik rumah atok. Selama aku umur 21 tahun." Narina mengeluh perlahan.

"Dah kenapa?" semakin mengerut dahinya saat ni. Dah kenapa nak hantar Narina balik kampung dah lah jauh perlis sana. Hujung negeri, lagipun 5 tahun Narina menghilang di hadapan dia nanti. Sudah lah Narina jenis jarang on whatsapp, lagi lah nanti dia meracau rindu dengan Narina.

"Untuk jauh dari kau dan Rish." jawapan Narina berjaya meluruh jantungnya saat ini. Umar hanya diam, tidak tahu balas apa dengan kata-kata Narina. Lagipun bila di fikir semula memang patut keluarga Narina hantar Narina balik kampung. Kalau Narina tinggal di sini tapi asyik di keji dengan keluarganya dan Darisha siapa hendak tahan kalau anak mereka di sakiti begitu. Walaupun parents Narina tidak berapa layan Narina tapi sebagai seorang ayah dan mak kepada seorang anak mereka takkan nak biarkan anak mereka yang tidak tahu apa-apa tentang kisah mereka turut di hina seperti mereka. Tapi hatinya tidak sudi kawan baiknya atau lagi tepat gadis yang di cintainya pergi dari hidupnya, pergi jauh dari pandangannya. Kalau Darisha tahu hal ini mesti Darisha macam dirinya tapi mungkin lagi teruk darinya, Darisha lagi rapat dengan Narina kawan dari umur 5 tahun. Narina dengan dirinya baru kenal dari sekolah rendah.

"Jom balik." Narina bersuara apabila mereka diam dalam beberapa minit. Umar hanya memandang Narina berjalan ke arah motonya.

'Rin.. Macam mana hendak pujuk keluarga aku terima kau, aku tak nak kau pergi jauh tinggalkan aku dan Rish.' Umar memandang laut buat kali terakhir sebelum melangkah menuju ke arah Narina yang sedang memakai topi keledar yang terkial-kial pasang tali keledar. Senyuman Umar meleret melihat aksi wajah Narina yang berkerut, dah tahu tak reti pakai topi keledar tu tapi tetap juga nak pakai. Salah dia juga sebab belikan topi keledar itu kepada Narina 4 bulan lepas semasa Narina pulang bersamanya.

¥¥¥¥¥¥

"Rin pulang dengan Umar?" Suara mamanya di sebalik pintu dapur sedang memerhati anaknya yang sedang membuka kasut sekolah. Anggukan dari kepala Narina membuat Puan Safiah mengeluh perlahan.

"Macam mana kalau keluarga Umar tahu yang Narina balik dengan anak mereka." Puan Safiah masuk semula ke dalam dapur untuk memotong sayur yang di tangguh tadi sementara mendengar pintu di kuak dari luar rumah. Narina yang sudah meletak beg sekolahnya di kerusi makan, dia menuju ke arah ibunya untuk bersalam. Puan Safiah menyambut perlahan salam anaknya.

"Biarlah kena maki pun, Rin dah biasa mama. Lagipun nanti Rin dah tak boleh balik dengan Harith, mama tahukan Rin tak boleh jauh sikit dengan Harith nanti Rin rindu." Narina sengih di hadapan Puan Safiah sebelum melangkah ke peti sejuk. Puan Safiah sudah tahu hati anaknya yang suka dengan Umar, dirinya pun suka dengan Umar anak jiran yang dulunya pernah jadi kawan baiknya tapi di sebabkan kebencian keluarga Umar dia terpaksa membuang perasaan suka itu kepada perasaan biasa sahaja dengan perangai Umar.

"Cuba luah perasaan itu. Mana lah tahu nanti papa dapat menantu." Kini suara Encik Hakim di belakang Narina yang di pakai songkok di atas kepala, hendak pergi masjid menunaikan solat jumaat. Narina hanya memandang wajah papanya yang tidak beriak.

"Nanti jadi betul-betul baru tahu." Narina menuang air oren di dalam gelas dan menghirup tanpa memandang wajah papanya yang berubah.

"Setakat bebelan mak ayah Umar tu papa tak kisah lah." dengan anaknya tidak boleh di bawa main. Apa yang di katakan itu menjadi benar. Tapi di sebabkan wajah anaknya yang tidak dia dapat tafsirkan dia melayan kata-kata anaknya. Kalau di larang lagi menjadi-jadi budak itu.

"Kalau begitu papa dengan mama pergi jumpa Harith bawa Rin kahwin free." Narina dah mula tersengih gatal, fikirannya dah melayang benda tak betul.

"Merepek!" Encik Hakim menggeleng dengan kata-kata anaknya.

Jeda.

"Papa.." Narina bersuara setelah berdiam dalam beberapa saat. Pandangannya melihat wajah papanya yang turut kepada wajahnya.

"Kalau Rin tak nak balik kampung tak apa ka?" Narina memandang wajah papanya dan mamanya yang turut memandang wajah Narina yang sedang berharap.

"Rin.." Narina cepat-cepat potong kata-kata mamanya.

"Rin tak nak berpisah dengan Rish dan Harith ma. Rin sayang dia orang, Rin takut nanti Rin balik kampung. Rin tak ada kawan, kalau ada tapi tak seperti Rish dan Harish. Rish dan Harith selalu ada masa Rin susah, mereka berdua tetap hendak kawan dengan Rin walaupun keluarga mereka tidak benarkan mereka kawan dengan Rin. Tapi mereka tetap kawan dengan Rin, pernah Hari itu Rin minta mereka berdua tak payah kawan dengan Rin tapi mereka tetap degil." Narina pandang wajah Encik Hakim dan Puan Safiah silih berganti.

"Kawan begitu lah selalunya akan kita terpaksa kena berjauhan." Puan Safiah berjalan menghampiri anaknya yang duduk di hadapan suaminya.

"Apa pun yang berlaku. Rin tak nak balik kampung!" Narina ambil beg di sebelahnya dan terus menuju di tingkat atas di mana biliknya berada. Puan Safiah memandang Encik Hakim yang memandang gelas yang berisi air oren setengah dari gelas lama.

Dia Pilihan HatikuWhere stories live. Discover now