bab 3

5 1 0
                                    

"Maaf salah saya." Narina menundukkan sedikit kepalanya kepada cikgunya.

"Saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi dengan sikap kamu ni. Malas sangat belajar. Kamu ni pandai Rin tapi kamu tak mahu guna kepandaian kamu. Kamu memang suka pencapaian exam kamu teruk ka? Kamu selalu ponteng kelas, kelas tambahan yang saya buat selama setengah jam pun kamu tak datang. Kamu nak jadi bodoh ke Rin?" Cikgu Shaifol mula ceramah kali ke-49. Penat ceramah benda yang sama dekat Narina yang malas belajar ni.

"Saya pun dah naik bosan jumpa dengan parents kamu. Setiap kali jumpa parents kamu, papa kamu marahkan cikgu sebab ganggu dia masa kerja. Papa kamu pun tak peduli dengan pelajaran kamu. Saya pun dah tak tahu nak buat macam mana." Cikgu Shaifol memandang Narina yang hanya membuat muka toyanya sahaja.

"Macam ni lah Rin. Apakata saya bagi seorang rakan mengajar kamu? Boleh? Cikgu rasa kamu pun kenal." Narina memandang Cikgu Shaifol dengan kening berkerut.

"Siapa?" keningnya mula mengangkat. Cikgu Shaifol senyum gembira.

"Waktu rehat kamu datang sekejap jumpa cikgu. Nanti Cikgu kenalkan budak ni dekat kamu ok." Cikgu Shaiful mula membuat kerjanya. Narina hanya menggangguk dan mula melangkah meninggalkan bilik guru.

'Siapa rakan aku tu? Haish.. Belajar? Ah.. Malaslah.' Narina menghentak kaki kirinya geram.

¥¥¥¥¥¥

"Kau?!" Narina memandang Shafiq yang tersenyum dengan wajah terkejut Narina.

'Argh.. Kenapa mamat ni?' Narina mengetuk kepalanya banyak kali.

"Start esok kita mulakan kelas ajar kau." Shafiq memberi flying kiss kepada Narina. Narina memberi riaksi geli.

"Kau cakap apa dekat cikgu ha? Sampai aku kena belajar dengan kau pula tu."

"Eh.. Aku tak tahu apa-apa ok. Cikgu yang datang jumpa aku untuk ajar kau. Ala releks la waktu rehat ja pun." Shafiq jeling dengan bibir monyok Narina.

"Eee.. Kenapa lah dengan kau? Ee dah la galah. Ee tak sesuai lah jadi partner study aku. Tak sesuai!" Narina berjalan meninggalkan Shafiq yang terpinga dengan kelakuan aneh Narina.

"Dah gila ka apa budak tu." Shafiq menggaru kepala yang tidak gatal sambil melihat pergerakan gadis di hadapannya.

"Wey Rin." Umar menegur Narina yang baru turun tangga sebelum melangkah ke kantin.

"Emm Harith.." Narina memandang Umar dan Darisha dari jauh. Shafiq yang baru turun mula mendekati Narina yang tercongok menunggu Umar dan Darisha sampai di hadapannya. Senyuman Umar yang tadi lebar mula berubah perlahan-lahan setelah melihat tubuh Shafiq di belakang Narina.

"Eh. Kau pun ada Shaf?" tanya Umar dengab nada sahaja. Darisha hanya mengangguk dengan soalan Umar. Tak perlu di tanya Shafiq kalau soalannya sama seperti Umar.

"Aku dengan Rin baru lepas jumpa Cikgu Shaifol tadi. Sebab tu aku pun ada sekali." jawab Shafiq dengan bersandar badannya di dinding sambil melihat seorang demi seorang pelajar lalu di hadapannya. Umar dan Darisha mengangguk perlahan dengan soalan Shafiq. Narina hanya menjeling mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Shafiq.

"Harith, Darisha jom. Aku lapar.." Narina menunjukkan wajah laparnya di hadapan Umar dan Darisha. Narina menarik lengan Darisha dan menarik hujung baju Umar untuk mengikut langkahnya.

"Ye la sayang oi." Umar berkata selamba dan senyum manis di hadapan Narina. Narina turut senyum dengan perkataan yang keluar dari mulut Umar. Darisha hanya senyum nipis dan Shafiq hanya memandang Umar dan Narina dengan mata mengecil.

"Harith. Harini kita balik sekali nak?" Narina memandang Harith yang sedang menyuap nasi ke dalam mulutnya. Darisha memandang Narina dan Umar bergilir. Shafiq yang di sebelah Umar turut melihat Umar dengan menunggu jawapan yang akan keluar dari bibir Umar.

"Aku ok je, tapi aku bawa topi keledar satu je lah." Umar memandang Narina sekilas sebelum sambung menyuap nasi ayam dalam mulutnya. Shafiq memandang Narina yang sedang mengangguk dengan jawapan Umar.

"Aku bawa topi keledar, kau jangan risau." Narina sengeh di hadapan Umar yang memandangnya dengan wajah terpinga. Beberapa saat Umar mengangguk faham. Darisha hanya diam dan nikmati bihun gorengnya pagi tadi.

¥¥¥¥¥¥

"Harith..." panggil Narina dengan nada meleret.

"Apa kau?" Umar memandang Narina yang berada di belakangnya.

"Kita singgah satu tempat ni boleh?" Narina senyum manis kepada Umar yang sudah mula memakai topi keledarnya dan memasukkan kunci ke dalam pengunci.

"Ke mana?" tanya Umar dengan memulas kunci motonya.

"Tempat kita.. Aku ada hal nak bagitahu kau." Narina memakai topi keledarnya, Umar yang melihat Narina yang terkial-kial memasang tali keledar.

"Sini.. Lain kali kalau tak tahu pakai topi keledar ni amik buah kelapa pastu kau ikat dengan tali senang. Kan dah menyusahkan aku." Narina mencebik dengab kata-kata Umar tak beberapa saat dia tersenyum dengan kata-kata terakhir Umar. Shafiq yang jauh dari tempat meletak motor Umar memandang Umar dan Narina dari jauh yang sedang 'bersweet' di sana. Ada beberapa orang yang turut memandang pasangan itu dan ada beberapa orang yang tidak memandang pasangan itu. Sudah tahu dengan keakrab persahabatan antara Narina dan Umar.

'Dalam diam-diam kau ada hati dengan Rin kan Umar.' Shafiq bermonolog sendirian dalam hatinya sambil memengang erat topi keledar yang berada di atas raga motor.

'Rin.. Umar..' sayu Darisha berkata dalam hatinya. Walaupun dia jauh dari tempat Narina dan Umar duduk tapi matanya masih tidak rabun dengan adegan romantik pasangan itu.

Dia Pilihan HatikuWhere stories live. Discover now