Aurora || 03

3.5K 187 3
                                    

STERENG kereta digenggam erat. Mengingati Syafiq membuatkan Syakirah semakin membara. Tidak berpuas hati dengan abangnya itu. Kalau lah abangnya tahu siapa sebenarnya Damia, pasti keadaan akan menjadi mudah.

Telefon pintar di dalam beg, dicapai. Mahu menghubungi Liya, sahabatnya. Jari diketuk di stereng. Cuba bersabar menunggu Liya mengangkat panggilan.

"Ha kau nak apa?"

Suara Liya menyoal mula kedengaran.

"Kau boleh tolong aku tak?"

"Bagi gambar dia, nama or sesuatu yang memudahkan aku." Tanpa menunggu lama, Liya bertutur tenang. Tahu benar perangai sebenar Syakirah.

Selama ini, dia bertugas membantu Syakirah membalas dendam. Sudah ramai menjadi sasaran Syakirah. Dia jugalah yang mengumpul maklumat sasaran. Nasib sahaja Syakirah masih waras. Kalau tidak, pasti berlaku kes pembunuhan.

"Kau dah kenal dia. Damia Khalysa. Aku nak kau cari sebab kenapa dia pulang ke Malaysia. Bila dia pulang dan apa status dia sekarang. Aku nak maklumat itu secepat mungkin."

"Damia? Damia Khalysa? Orang suruhan... Tiara ke?" Mendengar sebaris nama itu, menaikkan amarah Syakirah. Tiara sememangnya tidak pernah puas merampas kebahagiannya.

"Ya, orang suruhan Tiara. Jangan banyak tanya. Kau cari je apa aku nak. Kalau perlukan apa-apa inform aku."

Enggan menunggu lama, talian dimatikan. Keluhan lemah dilepaskan. Mengapa dia perlu berhadapan dengan manusia seperti Damia dan Tiara?

Betul kah keputusannya pulang semula ke Malaysia? Ataupun dia patut kembali semula ke Itali? Dalam dilema dia dibuatnya. Dia sanggup meninggalkan Malaysia beberapa tahun lepas atas desakan keluarga.

Kata mereka dia akan lebih tenang di Itali. Namun, Syakirah tekad kembali semula ke Malaysia. Perasaan rindukan tanah air menariknya pulang. Sudah lah berjauhan dengan keluarganya. Tidak sedap hati pula dia jika berjauhan. Lagipun Syahirah memerlukan bantuannya di Malaysia.

Lamunan terhenti apabila kedengaran tingkap keretanya diketuk dari luar. Segera kepala tertoleh ke sebelah. Membuntang matanya melihat kelibat yang terpacak di hadapannya tika ini.

Lelaki yang dia cuba jauhi, kini berada betul-betul di hadapannya. Baru sahaja dia ingin mengunci kereta, pintu dibuka kasar. Tubuhnya ditarik keluar secara paksa lalu ditolak kasar ke pintu kereta.

Mendengus Syakirah menerima tolakan mengejut itu. Tangan yang mencengkam bahu menghalang dia bergerak.

"Kenapa lari?" Tajam mata helang Rayfal merenunt Syakirah di hadapannya. Nasib sahaja dia sempat menarik gadis itu.

Tadi pun, dia meninggalkan mesyuarat disebabkan mengetahui kedudukan Syakirah.

"Sorry, do I know you?" Sedaya-upaya Syakirah bereaksi seperti tidak mengenali Rayfal. Riak wajah keliru ditunjukkan. Menyakinkam Rayfal dengan lakonannya.

"Stop it, Irah! You know me! Kenapa you buat I macam ini? Apa salah I!" Suara Rayfal meninggi. Geram dia diperlakukan sebegitu oleh Syakirah. Lupakah gadis itu tentang hubungan mereka?

"Aku tak kenal kau lah!" Tangan Rayfal ditolak kasar. Dia datang ke sini untuk menenangkan diri. Alih-alih bertemu pula dengan manusia utama yang ingin dia elak.

Aurora [On Going]Where stories live. Discover now