Aurora || 06

3K 157 4
                                    

"EH, kenapa terkejut sangat?" Syakirah berpura-pura menyoal. Hampir ketawa dia melihat wajah puas Tiara. Tidak puas hatilah itu Syakirah menggantikan Syahirah. Aku dan Liya mengambil tempat di kerusi yang kosong.

"Kenapa kau yang datang? Mana Syahirah?" bidas Tiara lantang. Jelas dia geram dengan kedatanganku.

"For your information, aku kakak kandung Syahirah. Ada masalah ke kalau aku gantikan dia? Kenapa? Kau tak selesa? Alahai, bakal bekas suami kau ada sekali kut. Mana tahu dengan jumpa ini, hubungan kau orang makin baik?" sindir Syakirah selamba.

Liya menahan tawa yang ingin meletus. Boleh tahan pedas juga ayat Syakirah. Berubah terus riak wajah Liya.

"Syakirah, stop there. Jangan campurkan hal kerja dengan hal peribadi." Rayfal membalas tegas. Ayat sindiran Syakirah sebentar tadj sedikit sebanyak memanaskan hati dia. Syakirah seolah-olah menyalahkan semuanya kepada dia.

"Alright then."

Syakirah menghulurkan tangan kepada Liya meminta fail yang dibawa mereka sebentar tadi. Liya akur sebelum memberikan sebuah fail berwarna biru kepada Syakirah.

Syakirah diam sebelum menyelak satu-persatu helaian kertas di dalam fail tersebut.

"Jadi kau cuba dapatkan sponsor daripada syarikat kami? Berapa jumlah kau nak?" Syakirah kembali profesional.

"Dalam RM100 000. Fashion show ni diadakan di Itali." Tiara membalas laju. Mungkin cuba membuang rasa tidak puas hati.

"Kenapa kau buat dekat Itali? Kenapa bukan dekat Malaysia? Kau tahu kos buat dekat Malaysia lagi murah bukan?" Bertalu-talu Syakirah menghentam Tiara dengan soalan. Baginya, tidak masuk akal fashion show itu diadakan di Itali. Kosnya bukan mahal!

"Dekat sana, ramai fashion designer yang terkenal. Of course lah aku kena buat dekat sana. Ada apa aje dekat Malaysia?" Sinis Tiara membalas. Seolah-olah memerli Syakirah yang kelihatan tidak tahu apa mengenai fesyen.

"I'm sorry tapi kau tak kenal ke Riana Callen? Salah seorang fashion designer dari Malaysia? Rekaan dia top ten dalam dunia. Kau tak kenal? Oh ya, kau kenal Weena Adelia? Fashion designer dari Malaysia juga. Rekaan dia top ten juga. Kau tak tahu? " bidas Syakirah geram. Tiara ingat dia cetek sangat ke ilmu pengetahuan?

"Kau tipu! Dia orang dari Itali!"

Tersenyum sinis Syakirah mendengar bicara Tiara. Telefon pintar di dalam beg tangan dia keluarkan sebelum nombor seseorang didail. Pembesar suara dibuka sebelum dia menguatkan volume.

"Watch this." Berkerut dahi Tiara mendengar bicara Syakirah. Tambah pula melihat Syakirah menelefon seseorang.

Setelah beberapa ketika, panggilan akhirnya dijawab.

"Hello babe. Ada apa call I?" Lunak suara orang di talian. Tiara sedikit terkejut mendengar suara di talian. Macam pernah dengar aje.

"Hello Callen. You busy ke? Sorry I kacau you."

Membulat mata Tiara mendengar nama yang disebut Syakirah. Tidak mungkinlah itu Riana Callen!

"Tak adalah. I tak busy pun. Cuma tengah uruskan hal berkaitan fashion show I nanti. Kenapa Sya?" Syakirah memandang tajam Tiara. Seolah-olah memberikan petanda bahawa dia menelefon salah seorang idola Tiara.

Aurora [On Going]Where stories live. Discover now